Bomoh menyesal memperolehi nafkah batin dengan nikah batin

Bomoh menyesal memperolehi nafkah batin dengan nikah batin

“Saya sudah menyesal dengan perbuatan dilakukan.

Sepanjang bulan Ramadan lalu, saya berpuasa penuh dan tidak pernah meninggalkan sembahyang dan saya merayu agar mahkamah mempertimbangkan hukuman di atas kesalahan pertama yang dilakukan,” kata tertuduh, Muhammad Sombhas Abdullah, 49, yang merayu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Zaky Mohammad ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban dekat sini, lewat petang kelmarin.

Dalam prosiding tersebut, pengamal perubatan Islam yang berhadapan dengan tiga tuduhan melakukan upacara nikah batin yang berlawanan dengan hukum syarak dan menghina al-Quran di sebuah rumah di Kampung LBJ, 17 September 2012 itu, menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah di atas kesemua tuduhan ke atasnya.

Hakim Syarie, Abu Zaky yang mendengar pengakuan bersalah tertuduh kemudiannya menetapkan hukuman setahun penjara sejak tarikh ditangkap terhadap tertuduh setelah mengambil kira rayuan yang dikemukakan.

Bagaimanapun, Muhammad Sombhas yang hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban dengan memakai baju tahanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) dibebaskan serta merta berikutan tempoh penahanannya sudah tamat.

Sebelum ini, tertuduh ditahan dan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, atas tiga pertuduhan iaitu mempermainkan, mengajuk atau mengejek amalan atau upacara berkaitan agama Islam dan perjalanan mazhab yang muktabar dengan menjalankan upacara pernikahan batin dengan seorang wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Kampung LBJ pada 17 September lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mempermainkan, mencela, mengejek-ejek dan menghina ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan senaskhah al-Quran di dalam pernikahan yang dilangsungkan bertentangan dengan syarak dan meletakkan kitab suci tersebut di atas lantai semasa melakukan pernikahan itu di lokasi dan tarikh yang sama.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s