Kenapa isteri curang ?

Kenapa isteri

Terdapat kajian yang menyatakan wanita Malaysia menduduki tangga ke tiga sebagai wanita yang paling curang di dunia. Pokoknya kenapa wanita curang. Di bawah ini adalah diantara sebab sebab kenapa mereka curang.

1)Tidak cukup atau tidak puas seks.

Rata-rata lelaki sebenarnya agak mengambil remeh tentang ini. Maksud tidak cukup seks diatas bukanlah maknanya nak kena buat seks hari-hari. Wanita sebenarnya ingin merasa dirinya diperlukan dan dihargai oleh pasangan. Janganlah baru-baru kahwin je ada rasa ‘geram’ kat isteri, tapi bila dah lama isteri mahu bermanja pun marah. Sebab itu wanita curang.

2) Naluri liar.
Seperti juga lelaki, kaum wanita juga sebenarnya punya naluri liarnya sendiri. Walaupun naluri liar tersebut tersembunyi dibalik kelembutan dan sopan santun wanita namun jika keadaan tidak seperti yang dimahukan, naluri tersebut pasti akan memberontak dan menunjukkan kehebatannya. Iyalah, jika lelaki boleh, kenapa tidak wanita. Mungkin ini salah satu punca wanita curang.

3) Pentingkan diri.
Biasanya jika pasangan lelaki mereka seorang yang sibuk, kebanyakan wanita akan mula merasa tidak dipedulikan. Apalagi jika si suami asyik dengan kerja. Ada dirumah pun anak-anak lebih diperhatikan. Keadaan yang tidak mengikut keinginan dan kepentingan diri yang mahukan perhatian akan membuat wanita mencari dan menagih perhatian ditempat lain. Sesekali bawalah isteri keluar berduaan, tengok wayang atau dinner atau pun sekadar bersiar-siar.

4) Balas kesalahan lampau pasangan.
Walau bukan kecurangan sekalipun, tetapi jika pasangan lelaki pernah membuat kesilapan atau pernah menipunya, ianya akan melekat di hati dan fikiran wanita. Ingatan yang sentiasa wujud ini boleh membuatkan wanita mencari cara menghilangkannya iaitu dengan membalas setiap kesalahan atau kesilapan yang pernah dilakukan pasangan. Dan balasan yang dilakukan biasanya dengan cara menyakiti hati pasangan lebih dari apa yang dirasanya.

5) Rasa terabai.
Ini biasanya terjadi bila perkahwinan mencecah ke usia yang lama. Kaum wanita akan mula merasa diabaikan tambah-tambah jika suami sentiasa sibuk dan jarang meluangkan masa berdua. Inilah kesilapan yang banyak dilakukan oleh para suami. Biasalahkan, isteri tiap-tiap hari buat kerja rumah, cuci kain, kemas rumah, memasak dan lain-lain tapi segala penat lelah tak dihargai dan diambil peduli. Apalah salahnya jika sesibuk mana sekalipun, sesekali pulang awal kerumah. Tolong isteri sikit-sikit. Hargai segala penat lelahnya dengan menunjukkan sikap prihatin.

6) Kemesraan yang berkurangan.
Baru-baru berkahwin, setiap pagi dan petang mesti kiss isteri mesti ucap I love you. Tetapi dah lama, nak dengar suara suami panggil sayang pun susah. Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja, dipuja puji walaupun tak ditunjukkan secara zahir. Sikap suami yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar, misalnya dari rakan sekerja atau pun kenalan.

7) Kebosanan dibilik tidur.
Keintiman atau asmara yang sentiasa sama saja pada setiap masa boleh membosankan wanita. Apalagi jika dirinya seolah-olah dianggap atau dijadikan sebagai tempat melepaskan keinginan sahaja. Seperti juga lelaki, wanita pun perlukan sesuatu yang berlainan atau lebih variasi untuk keseronokan. Bukankah rasa keseronokan dalam hubungan asmara itu penting.

Balas dendam.

Percaya atau tidak, kaum wanita sebenarnya lebih kuat memendam perasaan mereka berbanding lelaki. Jika suami pernah berlaku curang, rasa sakit hati, marah, kecewa yang dipendam hasil dari kecurangan yang dilakukan akan menjadi dendam. Untuk menghilangkan segala perasaan yang dipendam, wanita yang pernah dicurangi biasanya lebih berkemungkinan membalas balik apa yang telah dilakukan terhadap dirinya.

KESIMPULANNYA:-

Curang bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Bawalah berbincang sebaik โ€“ baiknya. Baru boleh bahagia di dalam institusi rumah tangga kita. Yang paling penting saling memahami dan saling bertolak ansur.

Jadi KENAPA PERLU CURANG?

via ~> Xsotika2u.com
Like ยท Comment

Fiz Pheros, Siti Nur Aisyah, Syifaaqillah Serudin and 7 others like this.
4 shares

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Kenapa isteri curang ?

  1. Lee Escobar Scam berkata:

    I’m truly enjoying the design and layout of your blog. It’s a very easy on the
    eyes which makes it much more enjoyable for me to come here and visit more often.

    Did you hire out a developer to create your theme?
    Superb work!

  2. Continue Reading berkata:

    Excellent blog you’ve got here.. It’s difficult to find good
    quality writing like yours nowadays. I really appreciate individuals like you!
    Take care!!

  3. aisyahumairah88 berkata:

    bagi Aisyah tidak semua yang di nyatakan betul.. Jika suami tidak buat hal dan isteri seorang yang berpegang teguh dgn ajaran agama.. Insyaallah.. tidakan timbul isu isteri curang.. percaya laa.. ๐Ÿ™‚

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s