Gadis tahanan dinikahi dulu sebelum dihukum mati

Gadis tahanan dinikahi dulu

ANGGOTA Basij Iran dilaporkan sangat ditakuti kerana dilaporkan kerap melakukan hubungan seks terhadap tahanan wanita yang masih perawan, sebelum tahanan wanita itu dihukum mati. Perkahwinan ini adalah “ritual” wajib, kata salah satu anggota tentera Basij tersebut.

Salah seorang anggota tentera yang tidak mahu disebutkan namanya mengatakan, ini adalah sebahagian perintah dari pemimpin tertinggi Iran Ali Khameini. Kepada The Jerusalem Post, anggota tentera ini mengatakan bahawa pada masa berumur 18 tahun dia pernah diberi “kehormatan” oleh Khameini untuk sementara waktu “menikahi” tahanan wanita muda sebelum mereka dijatuhkan hukuman.

Di negara penganut Syiah ini, adalah haram melaksanakan hukuman mati terhadap wanita jika tahanan tersebut masih perawan, demikian menurut salah seorang bekas anggota Basij.

Dikutip dari laman Muslimdaily, kerajaan menetapkan pesta “perkahwinan” semalaman sebelum tahanan wanita dijatuhkan hukuman. Wanita tersebut disuruh melayani nafsu seksual lelaki. Setelah digauli suami “barunya”, maka tahanan wanita sudah “halal” untuk dilaksanakan hukuman.

“Aku sangat menyesal, walaupun perkahwinan itu sah dan halal di sini”, kata bekas tentera tersebut kepada Jerusalem Post.

Beberapa tahanan wanita diberi ubat tidur untuk membuat mereka tidak sedar, kerana biasanya mereka melawan semasa disetubuhi. Menurut banyak saksi, mereka lebih takut pada “malam pertama” mereka daripada hukuman mati yang akan dilaksanakan ke atas mereka.

“Aku dengar mereka manangis kuat dan berteriak setelah proses hubungan seks itu selesai,” jelas mantan tentera tersebut.

“Aku tidak akan lupa bagaimana salah seorang gadis tersebut mencakari wajah dan lehernya sendiri dengan kuku-kukunya setelah dia disetubuhi. Dia cedera akibat cakaran kukunya sendiri. ”
(IH/sumber islampos.com). Wallahu’alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s