Wanita Melayu menyampah lelakinya pilih gadis Maghribi

Wanita Melayu menyampah

Saya terbaca keluhan seorang blogger wanita Melayu yang menyampah hingga menyemak mengenai trend lelaki melayu yang kini memimilih gadis Maghribi untuk diisteri seperti berrikut;

Sungguh menyampah kalau ada lelaki baca berita tentang wanita Maghribi tu smbil tersengih-sengih. Kononnya wanita Malaysia hairan sangat la dengan gaya mengada-ngada kamu tu ya? Perasan tak bertempat! Silakan memasang angan-angan. Kalau ayam yang dalam reban pun jaga dah tunggang langgang, ada hati nak bela ayam berebankan hutan yang kamu sendiri tak arif mengenainya. Melampau ya simile (perbandingan) yang saya gunakan? Mohon maaf.

Bagi saya perkahwinan tu lebih kepada keserasian. Cantik atau kacak bukan ukuran. Soal senang dididik? Pada saya kalau kena caranya, semua benda akan menjadi senang. Jangan harapkan manusia ni seperti robot, tekan sahaja mana-mana butang, boleh berubah sekelip mata. Si suami tu jangan pula perasan maksum, sama-samalah berubah demi dunia dan akhirat.

Masa nak kahwin dengan wanita Maghribi tu tak perlukan banyak wang ya? Mungkinlah, sebab kalau kahwin dengan wanita tempatan, 14k tu baru cukup-cukup untuk duit hantaran barangkali. Tapi jangan lupa tentang asal usul wanita yang kamu kahwini tu, bukan boleh naik basikal bila nak pergi melawat keluarga sebelah mertua tu!

Sayang, kalau awak nak sangat kahwin dengan wanita Maghribi tu, pergilah! Wah, ada nada cemburu di situ. Tapi menurut Presiden Persatuan Peguam syarie Malaysia, “Risiko perkahwinan ini adalah kes tuntutan anak sekiranya berlaku penceraian. Jika kita tak lupa, dahulu ada cerita yang digembar-gemburkan oleh media tentang wanita Chiang Mai yang menjadi pilihan isteri kerana layanan dan sikap mereka yang baik namun kesudahannya masih berlaku penceraian,”.

Rasulullah s.a.w pernah pesan kepada umat-umatnya kan, kalau nak cari teman pelengkap hidup yang boleh menemani kita, lihatlah hartanya, keturunannya, kecantikannya dan yang paling penting agamanya kerana yang beragama itu takkan meninggalkan kita.

– See more at: http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/nak-sangat-kahwini-wanita-maghribi.html#sthash.neC45ETM.dpuf

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Wanita Melayu menyampah lelakinya pilih gadis Maghribi

  1. Ringgo Star says:

    Itu kalau lelaki tu kahwin based on kecantikan atau fizikal. Macam mana kalau lelaki tu MEMANG pilih wanita maghribi sebab mereka lebih bijak,obedient, tak mengada-ngada,lebih pandai berdikari,lebih patuh agama dari kebanyakan wanita Melayu sekarang (ini fakta sebab wanita macam ni amat susah nak cari di kalangan Melayu) nak cakap apa plak????Ingat, lelaki lebih berhak memilih berbanding wanita sebab lelaki lah yang akan tanggung semua and jaga semua sebagai ketua keluarga dan pastikan isteri juga adalah yang terbaik untuk anak-anak dan keturunannya. Kalau taknak lelaki tempatan cari wanita asing, jadilah wanita yang lelaki (yang baik-baik) cari. Kadang-kadang untuk dapatkan kualiti yang baik kena “tengok-tengok luar” juga.

    • Jack Needs a Woman With Soft Touch says:

      Aku setuju ngn ko 200%..
      Kdg2 nk cri yg kualiti di tmpt sendiri tu mmg susah..kena intai2 luar gak..
      Bagi aku bumi Allah tu luas..xde salahnya utk mencuba..sebagai manusia biasa kita hanya berikhtiar utk dpt yg terbaik..selebihnya terserah pd Allah jika Dia mengizinkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s