Kenapa gadis Magribi cocok diisteri ?

kenapa gadis Magribi

Gadis magribi sangat cocok untuk diisteri kerana memiliki sifat sifat yang menarik seperti berikut;

1. cantik
2. kulit gebu
3. subur
4. belum ‘tercemar’
5. taat
6. pembersih
7. pandai menjaga makan
8. bukan jenis pengikis
9. tidak perlu ‘dating’
10. murah
11. dan sangat cocok

Lantaran itu kegemaran memilih jodoh di kalangan gadis dari negara luar, termasuk Maghribi, bakal menimbulkan ancaman baru kepada gadis tempatan yang kini semakin ramai sukar bertemu jodoh.

Pakar Motivasi dan Kaunseling, Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultantsy, Hushim Salleh berkata, jika lelaki di negara ini, terutama yang tergolong dalam kategori berkualiti memilih jodoh gadis dari negara luar, tempiasnya pasti terkena kepada gadis tempatan.

Realitinya, hari ini semakin ramai wanita negara ini yang semakin lanjut usianya belum berkahwin gara-gara sukar mendapat pilihan lelaki yang serasi dan bersesuaian dengan mereka.

Pada masa sama, faktor lain seperti belanja hantaran dan kahwin semakin tinggi turut menjadi penghalang kepada ikatan perkahwinan.

Justeru, sampai masanya masalah seperti itu dikaji dengan mendalam dan dicari jalan penyelesaiannya. Saya bercakap berdasarkan fakta kerana saya berdepan banyak aduan masalah sukar bertemu jodoh kerana hantaran dan belanja kahwin semakin tinggi katanya.

Hushim yang juga terkenal sebagai kaunselor perkahwinan turut mengakui, kekangan seperti hantaran dan belanja kahwin yang semakin tinggi menjadi antara punca rumah tangga dibina hancur di pertengahan jalan.

Sebelum kahwin terpaksa buat pinjaman bank untuk hantaran dan belanja kahwin. Selepas kahwin setiap bulan kena bayar pinjaman bank.

Kos hidup pula semakin meningkat, menyebabkan perbelanjaan juga meningkat. Bayar pinjaman bank, bayar itu dan ini, lama kelamaan tak cukup wang lalu membuatkan suami isteri bergaduh sampai bercerai, katanya.

Menurut Hushim, perkahwinan campur dengan gadis negara luar seperti Maghribi tetap mempunyai kelebihan dan kekurangan, namun yang penting suami perlu bijak memainkan peranan.

Dapat isteri seperti gadis Maghribi yang belum tercemar dan taat kepada suami memang ada kebaikannya. Tinggal lagi, bagaimana si suami hendak mendidiknya.

Kekurangannya pula, barangkali kerana budaya yang berbeza, lama kelamaan mungkin timbul konflik. Setakat lima enam bulan, belum nampak lagi perwatakan sebenar, katanya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Kenapa gadis Magribi cocok diisteri ?

  1. mohd harun says:

    Bagaimana caranya untuk memperistrikan wanita Magribi. Siapakah untuk dihubungi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s