Persediaan sebelum, semasa dan selepas akad nikah

Akad nikah

Upacara akad nikah memang mendebarkan kepada pengantin perempuan, lebih-lebih lagi kepada pengantin lelaki. Kalau tak bersedia dari awal, nanti kena akad berkali-kali, malu.

Tak mengapa saya gambarkan sikit pada anda yang masih belum kahwin tu macam mana suasana hari akad nikah dan sebagai pengantin lelaki apa yang anda harus lakukan. Kena tau benda ni, sebab sesetengah orang dia hanya fokus kepada kenduri kahwin saja, lupa fasal upacara akad nikah ni.

Sebelum Akad Nikah

1. Datang awal ke tempat akad nikah (kalau akad di masjid ) bersama ahli keluarga dan pengapit, supaya kita lebih bersedia. Kalau rasa gementar, bersembang lah dengan pengapit anda.

2. Pastikah bawa kad pengenalan belanja mas kahwin – saja tok kadi nak cek. Dia nak tengok dan KP salinan dah ada. Kalau dia minta dan anda tak bawa alamat gementar lagi kuat lah.

3. Ambil wuduk

4. Saguhati kepada tok kadi dan saksi, jangan lupa. Sekarang mana ada buat kerja free…Survey berapa harga nak bagi.

5. Senyum dan relax, tarik nafas panjang2 dan hembussss…

Semasa Akad Nikah

1. Tok kadhi memulakan majlis akad dengan membaca khutbah nikah – dengar betul betul dan fahamkan…

2. Selesai khutbah, upacara Akad Nikah dimulakan. (saat paling mendebarkan…)

3. Bacaan taklik – Isteri kena dengar betul-betul lafaz taklik ni. Suami kena baca lafaz tu, kalau tulisan nya rumi ok la tapi kalau jawi nasib la…kena tau baca jawi ler….

4. Jangan lupa saguhati pada tok kadhi dan 2 orang saksi.

Selepas Akad Nikah

1. Solat sunat lepas nikah. solat dulu, kalau upacara batal air sembahyang dulu, nanti kena ambil wuduk lain pula nak solat.

2. Penyerahan Mas Kahwin

3. Upacara batal air sembahyang. – terpulang, kekadang guna cincin, gelang, rantai, ikut kemampuan.

4. Bersalaman & isteri mencium tangan suami.5. Cium dahi isteri – saat paling ditunggu-tunggu… cium kat dahi, bukan kat pipi atau mulut. Sikit jer, jangan lebih-lebih tau…

5. Macam mana nak cium ni? Sebelah tangan anda pegang bahu isteri dan sebelah lagi pegang dagu isteri, angkatkan sikit muka isteri supaya mendongak tepat ke mata anda dan anda tunduk perlahan-lahan agar dapat mengucup tepat pada dahinya. Berikan kucupan dengan penuh ikhlas.

6. Bersalaman dengan ahli keluarga

Semoga panduan di atas memberi manfaat kepada bakal raja sehari.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Persediaan sebelum, semasa dan selepas akad nikah

  1. 50 tv berkata:

    Howdy would you mind letting me know which webhost you’re using?
    I’ve loaded your blog in 3 different internet browsers
    and I must say this blog loads a lot quicker then most.

    Can you suggest a good hosting provider at a reasonable price?
    Thanks, I appreciate it!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s