Pekara sunat, makruh dan haram ketika bersetubuh

Pekara sunat makhruh dan haram

Perkara Sunat Ketika Berjimak

1.Suci daripada hadas kecil. Sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.

2.Mandi dan memakai wangi-wangian.

3.Memakai pakaian yang menghairahkan kerana pakaian ini mampu menimbulkan nafsu syahwat (lelaki, atau perempuan).

4.Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.

5.Sunat berjimak di waktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.

6.Sunat berjimak dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syahwat seterusnya jika memperolehi anak, insyaAllah akan cerdik (berakal).

7.Sunat berjimak dalam satu selimut dan di atas satu hamparan dan elakkan daripada telanjang bogel tanpa penutup kain.

8.Sunat membaca Bismillah dan doa sebelum dan selepas berjimak.

9.Selesai berjimak, sunat disegerakan mandi junub. Jika tidak dapat dilakukan atas sebab- sebab tertentu, sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).

10.Sebelum berjimak bayangkan seorang yang soleh, beriman, bertakwa sebagai idola / ikutan, isyaAllah sekiranya dapat anak, akan mewarisi sifat-sifat tersebut.

Perkara Makruh Ketika Berjimak

1.Makruh berjimak pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.

2.Makruh berjimak di bawah matahari atau bulan mengambang.

3.Makruh berjimak selepas solat zohor hingga ke petang.

4.Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya kerana ia boleh mewarisi buta.

5.Makruh berjimak jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.

Perkara Haram Ketika Berjimak

1.Haram berjimak ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

2.Haram berjimak melalui jalan belakang (melalui dubur).

3.Haram berjimak membawa ayat-ayat Al-Quran, nama-nama Allah, Nabi, Malaikat dan lain lain seperti azimat.

4.Haram berjimak dalam masjid.

5.Haram berjimak ketika sedang berpuasa di bulan Ramadhan.

6.Haram berjimak ketika sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Pekara sunat, makruh dan haram ketika bersetubuh

  1. azmi says:

    Ini hadis palsu. Haram sebarkan

    Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya kerana ia boleh mewarisi buta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s