10 jenis nikah yang diharamkan Islam

10 nikah diharam islam

Dalam Islam terdapat beberapa jenis perkahwinan dan pernikahan yang diharamkan iaitu:

1) Nikah Istibadha

Iaitu pernikahan yang dilakukan adalah untuk memperdagangkan
isteri kepada orang lain terutamanya kerana untuk mendapatkan
keturunan yang baik.

2) Nikah Isytirak

Iaitu poligami yang dilakukan oleh seorang isteri.

3) Nikah Sifah

Iaitu perzinaan atau pelacuran yang dilakukan terhadap hamba-
hamba wanita sahaja.

Selain daripada tiga perkahwinan dan pernikahan yang dinyatakan di atas, Islam juga mengharamkan perkahwinan berikut:

1) Nikah Maqt
Iaitu perkahwinan dengan ibu tiri (bekas isteri bapa)

2) Nikah Jam
Iaitu perkahwinan sekaligus dengan dua orang perempuan yang
bersaudara (kakak dan adik serentak)

3) Nikah Mut`ah (Kahwin Kontrak)

Perkahwinan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang
perempuan dalam jangka waktu tertentu sahaja setelah
disepakati bersama. Seperti berkahwin untuk tempoh empat
bulan sahaja.

4) Nikah Badal atau Mubaadalah
Iaitu perkahwinan tukar ganti dimana seorang suami boleh
menukarkan isterinya dengan isteri kawannya dan sebaliknya.

5) Pernikahan Syighaar
Iaitu seorang lelaki yang menikahkan perempuan yang dibawah
jagaannya kepada seorang lelaki lain dengan syarat lelaki itu
pula menikahkan perempuan yang dibawah jagaannya tanpa
mas kahwin.

6) Pernikahan Muhallil (Cina Buta)

Iaitu pernikahan untuk membolehkan seorang lelaki yang telah
menceraikan isterinya dengan talak tiga dengan mengupah
seorang lelaki lain supaya berkahwin dengan isteri yang
diceraikannya dan selepas berkahwin beberapa ketika lelaki
tersebut hendaklah menceraikannya bagi membolehkan dia
berkahwin semula dengan bekas isterinya itu.

7) Ittikhaadzul Akhdaan
Iaitu memelihara gundik-gundik untuk memuaskan nafsu.
Islam juga mengharamkan perkahwinan yang dilakukan dengan
wanita-wanita yang ada hubungan persaudaraan
(kekeluargaan), hubungan persemendaan dan hubungan
persusuan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s