Salasilah tariqat Tok Ku Paloh

Berikut adalah salasilah tariqat Tok Ku Paloh yang saya perolehi daripada guru saya almarhum Qutubuzzaman Syed Muhammad al-Idrus (Ayahku) di Pahang ketika saya menuntut dengannya.

1 Sayyiduna Muhammad saw

2 Fatimah al-Zahra’

3 Imam Husain

4 Imam Ali Zainal Abidin

4 Imam Ahmad al-Baqir

5 Imam Ja’afar al-Sadiq

6 Ali Arawdi

7 Muhammad al-Naqib

8 Isa

9 Ahmad al-Muhajir

10 Syeikh Abdullah

11 Syeikh al-’Alawi

12 Muhammad

13 Ali

14 Ali Khala’ Qasam

15 Muhammad Sahibul Mirbad

16 Muhammad Faqih Muqaddam

17 Alwi

18 Ali

19 Syed Muhammad Maula Dawilah

20 Qutubuzzaman Muhammad Abdul Rahman al-Saqaf

21 Qutubul Irfan Abu Bakr al-Sakran

22 Qutubus Syumus Abdullah al-Idrus

23 Qutubul Irsyad Abdullah al-Haddad

24 Ali Zainal Abidin

25 Syeikh Mustafa

26 Zainal Abidin

27 Syed Muhammad

28 Syed Muhammad Zainal Abidin

29 Qutubuzzaman Syed Abdul Rahman al-Idrus (Tukku)

30 Syed Abu Bakr

31 Syed Abdullah

32 Qutubuzzaman Syed Muhammad al-Idrus (Ayahku)

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Salasilah tariqat Tok Ku Paloh

  1. Huzaifah berkata:

    tok paloh ade berapa beradik ,saya sangat berharap sayyidi dapat memberikan nama fb supaya lebih saya kenali kerabat tok paloh…?

  2. Huzaifah berkata:

    saya dengar drp seseorang yang mengatakan bahawa tok paloh ada anak bernama mamat ,apa nama sebenarnya ? minta response

    • jalanakhirat berkata:

      Asalamualaikum

      Huzaifah

      Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang dikenali sebagai Engku Sayyid Seri Perdana, Sayyid Ahmad al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Sayyid Mustafa al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Dalam, Tuan Embung Abu Bakar yang dikenali sebagai Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik dan Tuan Nik (Senik).

      nota;
      Saya kurang berminat respon kepada komentar anda kerana tidak dimulai dengan salam dan tidak menjawab sepenuhnya soalan yang saya ajukan, tolong beri nama Huzaifah yang sebenarnya menurut KP.

      Wasalam

      • Huzaifah berkata:

        walaikumusalam warahmatulallhiwabarakatuh,
        mohon maaf,nama saya muhammad huzaifah ab halim ,sayyid ahmad al aidrus ada berapa beradik yaa

  3. Huzaifah berkata:

    Asalamualaikum
    nama saya muhammad huzaifah bin ab halim

  4. jalanakhirat berkata:

    Asalamualaikum

    Tuan Huzaifah,

    Keluarga Tok Ku Paloh masih ramai dan cucunya juga masih ramai tinggal di Kuala Terengganu terutama di Cabang Tiga, Gong Kapas dan Kampung Paloh. .Anak saudara Tok Ku Paloh hanya tinggal seorang iaitu menantu Syed Saggaf sekarang ni dah beumur seratus tahun lebih dan sudah uzur.

    Silsilah nasab mereka terjaga dan dicatat oleh ramai ahli keluarganya di Kuala Trengganu. Oleh itu saya cadangkan tuan menemui mereka untuk memperolehi salasilah keturunan Tok Ku Pasloh.

    Wasalam

  5. Mohd Noor Hisham bin Husin berkata:

    Assalamualaikum,
    Saya Hisham, dari Kelantan.
    Saya berminat untuk manyambung silaturrahim.
    mengikut cerita2 saudara mara di kelantan, susur galur keturunan moyang kami adalah berasal dari kg. gong kapas, terengganu. Tidak banyak bukti dari segi bertulis disebabkan teknologi pada zaman tersebut dan kami hanya ada beberapa maklumat hasil dari perceritaan orang tua2.

    Nenek saya bernama Sharifah Mariam (nama panggilan Che Yam di kelantan), meninggal pada tahun 1985 pada umur 80thn (anggaran sahaja kerana tiada sijil kelahiran). Ayah beliau ialah Syed Hassan (nama panggilan Che Hassan di kelantan). Tiada maklumat mengenai Che Hassan cuma dikatakan berasal dari Terengganu dan saudara mara Syed Saga (dialek kelantan menyebut ‘Saga’ mungkin bermaksud Sagar atau Saggaf). Tanda yang ada pada Che Hassan seperti yang diceritakan ialah mempunyai tanda biji timbul pada dahi (berserta dgn tanda itu, dia juga dipanggil dengan nama samaran ‘syed butir’) dan berkebolehan agak luarbiasa ketika berburu. selain dari itu, nenek saya juga adalah sepupu kepada isteri ke-3 Sultan Ibrahim (Sultan Muhammad ke-ii) Kelantan, Che Shopiah (tidak dikatahui nama sebenar). Nenek dan sepupunya selalu berkunjung ke Terengganu untuk bertemu saudara mara semasa hayat mereka.

    Menurut cerita mak saudara saya, arwah nenek saya semasa hayatnya kerap kali melawat saudara mara di kg gong kapas. Saudara yang ditemui ialah Mokku Sharifah (tidak diketahui nama sebenar) yang dipercayai ibu saudaranya. Tiada maklumat mengenai Mokku Sharifah melainkan tanda yang ada pada beliau ialah mempunyai bulu dalah leher dan lelangit hitam.

    Mohon jasa baik tuan jika dapat membantu untuk menyambung silaturahim yang terputus dan saya serta saudara mara juga berhajat untuk mengetahui dimana penyambungan anak beranak Che Hassan / Syed Hassan di Terengganu.

    sekian terima kasih.

    • queenfisher2212 berkata:

      Assalamualaikum….

      Encik Noor Hisham… Bagaimana dengan pencarian. Berhasil? Saya terpanggil untuk memberi komen di sini. Saya berminat untuk mengetahui status skarang kerana menurut arwah atuk saya keluarga kami berasal dr keturunan syed saga. Katanya kalau berkesempatan pergi la cari keluarga syed saga di terengganu. Tapi tak ada pulak yang berminat dalam hal ni. Cuma bila terbaca article ni saya terpanggil untuk mencuba nasib mencari keluarga dan susur galur keluarga papa saya. Andai dilihat dari rupa paras kami pun ramai yang bertanya keturunan arab ke??

      Mohon reply dari encik hisham.

      Terima kasih.

    • queenfisher2212 berkata:

      WordPress.com
      Kata Laluan Atau E-mail

      Kata laluan

      Remember Me
      Lupa kata laluan anda?
      You are being asked to login because queenfisher2212@gmail.com is used by an account you are not logged into now.

      By logging in you’ll post the following comment to Salasilah tariqat Tok Ku Paloh:
      Assalamualaikum….

      Encik Noor Hisham… Bagaimana dengan pencarian. Berhasil? Saya terpanggil untuk memberi komen di sini. Saya berminat untuk mengetahui status skarang kerana menurut arwah atuk saya keluarga kami berasal dr keturunan syed saga. Katanya kalau berkesempatan pergi la cari keluarga syed saga di terengganu. Tapi tak ada pulak yang berminat dalam hal ni. Cuma bila terbaca article ni saya terpanggil untuk mencuba nasib mencari keluarga dan susur galur keluarga papa saya. Andai dilihat dari rupa paras kami pun ramai yang bertanya keturunan arab ke??

      Mohon reply dari encik hisham.

      Terima kasih.

      WordPress.com / Gravatar.com credentials can be used.

  6. pok teh berkata:

    assalamualaikum.
    saya ada dengar. yang sedikit keturunan tokku paloh ini. ada yang tinggal di kemasik. betol ker?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s