Salasilah tarikat

Bila di sebut Tariqat maka Mursyid adalah perkara yang amat mustahak. Tariqat ialah perjalanan menuju Allah Ta’ala manakala mursyid lah yang memimpinnya ke arah tujuannya itu. Kalau Tariqat di ibaratkan sebagai sampan manakala Mursyid pula di ibaratkan sebagai nakhodanya yang memimpin haluan sampan tersebut. Kedudukan Mursyid di dalam sesebuah jamaah tariqat tidak keterlaluan faqir katakan adalah ibarat nyawa bagi sebuah jasad. Tidak hairanlah ada ahli sufi yang berpendapat : “Rahsianya(intipati perjalanan tariqat) itu adalah pada masya’ih bukannya pada zikir”. Dan berkata Syeikh Tajaldin Naqsyabandi dan perkataan ulama-ulama sufi yang lain juga ada menyatakan senada dengannya iaitu : “Barang siapa tiada baginya syeikh(guru mursyid) maka syaitanlah syeikhnya”. Perkataan di atas merujuk kepada guru kerohanian iaini yang menjalani jalan tariqat keruhanian.

Kepentingan mursyid di dalam perjalanan keruhanian juga samalah dengan orang yang menunjuk jalan dan sudah mahir dengan perjalanan itu memimpin jalan bagi orang yang belum pernah berjalan ke destinasi tersebut bahkan tiada tahu seluk beluknya maka mengikuti arahannya serta mempercayainya adalah suatu kemestian. Maka dalam menentukan keabsahan dan keesahan terhadap kepakarannya dalam seluk-beluk perjalanan amat mustahak di teliti supaya terselamat daripada bahaya kesesatan samada bagi pihak pengikut mahupun dirinya sendiri.

Dalam menentukan keesahan atau kebenaran seseorang mursyid mengikut adab syariat dan adab tariqat terdapat beberapa perkara pokok. Cuma yang ingin faqir ketengahkan ialah peranan salasilah tariqat kerana ianya sering dilupai oleh kebanyakkan orang mungkin di kaburi atau dilupai oleh cerita-cerita kiramah seseorang yang dianggap mursyid itu atau terlalu terpengaruh dengan rupa atau cerita wara’ atau kealiman dan sebagainya. Bukan faqir maksudkan wara’ dan alim itu tidak penting ianya juga penting tetapi yang paling kurang di lihat dan di teliti ialah tentang sanad salasilah Tariqat guru tersebut.

Banyak peristiwa pincang yang berlaku dalam sesuatu jamaah Tariqat sebenarnya berpunca daripada masalah ini. Kebanyakkan ahli tariqat yang faqir jumpa juga sering meringan-ringankan perkara ini. Faqir kurang pasti mengapa tetapi yang nyatanya dari sebab ini lah berlaku perselisihan , perpecahan , penyelewengan , dakwa mendakwa.Dan timbul -lah persoalan iktiraf dan tidak iktiraf dan akhirnya menjurus kepada persoalan mencari ganti syeikh yang tak habis-habis di persoalkan siapa pengganti sebenar ? Ianya juga berpunca dari masalah kejahilan dan masalah mazmumah di dalam hati yang belum selesai dan syaitan memang suka mengocah persoalan ini agar hancur organisasi sesebuah jamaah Tariqat. Sebab itu faqir mengingatkan diri faqir sendiri dan semua sahabat-sahabat faqir di sini (BSC) agar di tentukan susur galur salasilah Tariqat sebelum mahupun sesudah menghayati sesuatu amalan tariqat.

Faqir berpendapat mungkin seseorang yang ingin bertariqat mungkin kurang di dedahkan atau tak tahu menahu kepentingan peranan salasilah. Sedangkan berguru tariqat yang tidak bersambung salasilahnya dengan ulama-ulama asalnya sehingga bersambung dengan Rasulullah s.a.w. hukumnya haram kerana terputus wasilah dalam menyampaikan matlamat.Sebab itu bukan mudah untuk kita berguru dengan seseorang kecuali telah di buktikan bahawa guru yang kita anggap sebagai guru itu memiliki sanad salasilah tariqat yang mutashil(bersambung) sehingga Rasulullah s.a.w. di samping kita melihat kepada faktor-faktor lain yang selari dengan adab syariat dan adab tariqat.

Apakah yang di maksudkan dengan salasilah tariqat dan mengapa salasilah tariqat itu penting ?

Seseorang yang di anggap mursyid ialah seseorang yang telah berguru sebelumnya dengan gurunya terdahulu dan sehinggalah bersusun sampailah kepada tabi’in kepada sahabat dan akhirnya bertemu kepada Rasulullah s.a.w. dan mestilah di dokumenkan dalam bentuk bertulis dan di sahkan oleh gurunya yang terdahulu dengan ‘memberi izin’ bagi menjalankan atau menyebarkan tariqat tersebut serta mahsyur sanadnya mengikut adab tariqat.

Salasilah ini penting kerana beberapa sebab iaitu :

i. bagi menentukan seseorang murid menerima keberkatan (kesan ruhaniah) atau limpahan ruhani yang bersambung dengan syeikhnya itu terus bersambung sehinggalah persambungannya itu benar-benar dari puncanya yang sebenar dan teratasnya iaitu Rasulullah s.a.w. Sekiranya salasilahnya terputus atau tiada memiliki sanad salasilah yang sah maka bagaimana seseorang itu dapat menerima limpahan keberkatan imdad bir ruhaniah dari segala masya’ih yang terdahulu sehingga Rasulullah s.a.w yang dengannya menyampaikan kita kepada jazbah fillah(tarikan kepada Allah iaini zuk fana’fillah dan baqo’billah).

ii. Bagi yang terputus wasilah ruhaniahnya maka terputuslah apa yang di panggil rabithah mursyid(pertalian mursyid).Jika tiada baginya rabithah mursyid maka tiada terpelihara perjalanannya itu daripada tercedera terhadap gangguan musuh-musuh bathin seperti iblis, syaitan jin dan segala perkara yang membahayakan perjalanan ruhaninya khususnya dalam meniti perjalanan di alam malakut.Sebab itu kita dengar bahaya-bahaya penipuan di alam ruhani yang sering kita dengar seperti membesarkan diri mengakui diri sudah capai ke mertabat wali,mertabat sultanul auliya, sudah dapat tahap yang tinggi dan suka menggelar diri , taa’sub , sudah pandai menilik dan di katanya sudah dapat kasyaf , pandai mengubat kerana sudah disangkanya dapat maunah dan akhirnya melalutlah kepada gila dan sebagainya. Sedangkan rukun bagi seseorang mursyid atau khalifah itu ialah sangat merendahkan diri (tawadhu’) bagaimana pula dia nak mengaku dirinya lebih atau macam-macam lagi.Satu perkara lagi sifat orang yang terputus sanadnya suka kondem orang lain yang nyata kondemnya itu tidak jujur dan terlalu taasub dengan amalannya saja kononnya amalannya yang sah , betul dan orang lain itu semuanya tak betul kalau betul pun tak sempurna macam dia punya. Sebenarnya 2 perkara ini selalu dilakukan bagi orang yang lalai dalam zikrullah atau memang sudah ada cacat dalam perjalanannya.

iii. Sebagai bukti atau hujjah yang sah bahawa seseorang itu mendapat izin dari syeikhnya yang terdahulu bagi menyebarkan ajaran tariqatnya itu kerana sanad salsilah yang mahsyur dan mutashil dengan Rasulullah s.a.w. itu seumpama otoriti yang sangat berwibawa tanpa dapat di pertikaikan lagi dari sudut keizinan dan kelayakannya dalam memimpin murid.Dan inilah adab yang amat penting dalam tariqat.

iv. Salasilah juga adalah suatu keesahan yang menyatakan bahawa tiada berlaku perubahan atau pindaan atau saduran darihal penyampaian ilmu Tariqat itu sendiri dan lazimnya salasilah ini di kepilkan bersama ajaran-ajaran,adab-adab serta segala keterangan maqam-maqam zikir tariqat yang di rekod bersama dari turun temurun supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan atau di ciplak dari mana-mana ajaran yang bertentangan dengan asal .

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Salasilah tarikat

  1. hamba dhaif says:

    ass.wr.wb Tuan guru yg di mulia,sy org dhaif,persoalannya,bnyk sekali aliran tariqat ini di seluruh dunia dan semuanya mengklaim tariqat mrka bersanad dr Rasulullah berdasarkan salasilah mrka,tapi ajaran mrka ada perbezaan.jadi mcmna nak tahu mana yg betul2 dr Rasulullah dan benarkah tariqat ini di ajar Rasulullah?apakah tdk boleh kita berzikir saja mengharap redhanya tanpa melalui proses/masuk mana2 aliran tariqat.mengenai proses baiah/ijazah pula apakah umat dizaman Rasulullah di baiah baginda atau baginda hanya memilih diantara para sahaabatnya,kita sedia maklum Rasul tgsnya menyampai apa2 yg di wahyu kpdnya,sy ikhlas bertanya dan mengharap tunjuk ajar wassalam

  2. hamba dhaif says:

    assalamualaikum wr.wb.Tuan guru yg mulia,maafkan sy kpd pertanyaan/persoalan di atas.setelah berfikir sejenak,rasanya sy belum layak bertanya kpd Tuan guru tentang hal di atas,sy pohon kemurahan hati Tuan guru agar mendoakan sy,mudah2an sy tergolong dlm golongan yg benar2 umat muhamad saw yg di terima Allah wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s