Potong zakar bapa dan diri sendiri

Ajaran sesat…Potong zakar bapa dan diri sendiri

BAPA suspek yang cedera dibawa ke HSNZ, Kuala Terengganu semalam.

Gara-gara terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari menerusi internet, seorang anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri di Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di ibu negara sebelum itu telah memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.

Suspek yang berusia 40 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian selepas mempercayai ia sebagai persediaan menghadapi kiamat yang kononnya akan berlaku pada Jumaat ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan (gambar) berkata, suspek yang menetap di Balakong, Selangor pulang bercuti bersama keluarganya di kampung sejak minggu lepas.

Namun, selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan ‘amanat’ yang mustahak.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s