Isteri tak tahan disetubuhi sampai letih hingga tiga kali semalam

Soalan

TAHUN ini tahun kedua saya berkahwin. Saya mencintai isteri saya, tetapi saya mempunyai masalah nafsu yang sangat kuat. Saya mudah terangsang apabila di rumah bersama isteri kerana kami hanya berdua dan belum mempunyai anak.

Ini kerana saya masih ingin ‘berbulan madu’. Oleh itu ketika melakukan hubungan seks, saya memakai kondom dan mengeluarkan air mani di luar faraj. Namun, setiap kali selepas klimaks, saya masih belum puas dengan isteri saya.

Kadangkala apabila saya lebih cepat klimaks daripada isteri, saya masih mampu untuk puaskan dia sehingga dia klimaks.

Masalahnya sekarang apabila isteri saya sudah klimaks dia seolah-olah terlalu penat sehingga tertidur, tapi saya masih tidak puas lagi, walaupun sudah keluarkan air mani.

Kadangkala dalam satu malam saya melakukan hubungan dengan isteri sebanyak dua hingga tiga kali, tetapi isteri mengadu dia tidak mampu mengikut kepuasan saya kerana letih. Pada waktu isteri saya datang haid, saya jadi tertekan dan melakukan onani untuk puaskan nafsu.

Saya ingin bertanya bagaimana untuk mengawal nafsu saya yang kuat hinggakan ada masa hubungan kami hambar kerana isteri saya tidak tahan dengan kehendak saya.

BINGUNG
Raub

Jawapan

Syahwat, nafsu dan naluri seksual adalah anugerah Tuhan kepada semua makhluk-Nya. Binatang ada waktu tertentu untuk bersenggama yang dikenali sebagai putaran estrus. Manusia bebas dan boleh bersetubuh pada bila-bila masa. Manusia juga dianugerahkan Tuhan ‘akal’, boleh berfikir dan berhati perut.

Kesedaran ini yang membuat manusia dapat mengawal perasaan dan nafsu syahwat. Berkaitan hubungan seksual, ia memerlukan tenaga dan tahap kesihatan sempurna. Jika hubungan seksual kerap dilakukan, maka akan mengalami keletihan, sukar hendak diulangi dan jika dipaksa akan menjejaskan hubungan silaturahim.

Jika anda sayangkan isteri, pastikan dia sihat dan dapat rehat yang cukup. Jika dia tidak dapat meneruskan hubungan seksual, anda boleh merangsang anggota sulit anda dengan izinnya.

Semua ini boleh anda lakukan demi kesejahteraan keluarga anda. Lama-kelamaan anda akan dapat mengimbangkan perasaan syahwat anda mengikut kemampuan isteri.

Banyak lagi perkara yang anda dan isteri boleh lakukan selain seks seperti bersiar-siar, berekreasi dan melancong. Mungkin keadaan menjadi lebih seronok dan hubungan seks menjadi lebih bermakna daripada melakukannya dalam keadaan tertekan

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Isteri tak tahan disetubuhi sampai letih hingga tiga kali semalam

  1. shahrir bin ali berkata:

    saya ingin medapatkan tentang hukum seorang suami gagal dalam melaksakan hubungan kelamin dengan isteri kerana senjata saya tidak mampu lagi.dan saya juga telah meminta rakan baik saya melakukan hubungan dengan isteri saya dengan keizinan saya kerana hanya dia saja yang pernah ada bersama ketika kami belum bernikah.saya terlalu menyanyangi isteri saya bagaimana cara harus saya lakukan.

  2. mencari redha ILAHI berkata:

    Adalah haram dan berdosa besar kerana mengizinkan lelaki lain menyetubuhi isteri anda, membenarkan penzinaan.. Jika isteri redha dengan ketidakmampuan anda, maka bersyukurlah kerana dia dapat menerima kekurangan anda dan mahu terus hidup bersama anda.. namun jika tidak, lepaskanlah dia secara baik.. jika anda benar2 sayangkan dia, tak mungkin anda mahu membawanya ke neraka..
    Bertaubatlah.. sesungguhnya Allah Maha Pengampun..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s