Tanda tanda wanita itu telah dicintai jin jantan

Iaitu tanda-tanda seseorang wanita manusia yang
dicintai jin jantan…

Gejala-gejalanya :

1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki…
samada lelaki yang sama…atau silih berganti…
samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing…

…bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang
sama iaitu semuanya ‘ hensom ‘ dan menawan
hati…

…kadang-kadang hanya saling berpandangan…
seperti orang yang baru mula berkenalan dan
bercinta…

…atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap
melakukan hubungan badan…

…tapi ada juga keadaannya…bukan lelaki ‘ hensom ‘
sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut-
kan…

…ia bergantung kepada keadaan…dan jin bagaimana
yang mengganggu…

2.Jika jin jantan itu saka keturunan…
biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki
sejak dari kanak-kanaknya lagi…

…untuk rawatan…
wanita ini juga perlu beramal sendiri…
…kerana biasanya jin itu sangat degil…dan ‘cintanya’
sampai ke mati…

3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil…orang
asing…atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam
antara tidur dan jaga…

…kadang-kadang hanya didatangi…atau mungkin di-
ganggu…atau buat hubungan badan sukarela…atau
mungkin wanita itu diperkosa…

4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di-
dalam saluran sulitnya…gatal atau hingga menimbul-
kan rasa birahi yang memuncak…

…ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat
cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa
mengenal batas…

…iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa
sebab…

…dari satu segi…
ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh
kejahatan jin…
dan kadang-kadang di luar kawalan…

…dan rahsia utamanya…iaitu kerana jin itu turut
serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.

5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada
bahagian kepala…

6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki…
walaupun ia telah bersuami..

…dan besar kecenderungannya berlaku curang
terhadap pasangannya…

…ia ada daya penarik tersendiri…terutama kepada
lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya…

7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu
malam…

…dan siangnya ia sering merasa lemas badan…

8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu
yang aneh masuk ke dalam tubuhnya…

9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu
lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan-
nya dari mana-mana…

10.Sukar mengerjakan solat…ada-ada saja halangan-
nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat
masa…

11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat
letih tanpa sebab munasabah.

12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga…ia di-
datangi makhluk menyerupai suami…atau orang
lain…atau makhluk aneh yang mengganggu atau
menyetubuhinya.

Nota :

1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau
pasangannya ada jin jantan dalam badan…
samada kerana saka…menuntut ilmu…menyimpan
tangkal dan sebagainya…

…apabila ia melakukan hubungan badan…jin tersebut
itu turut sama samada sengaja atau tidak…
maka jin itu mula ketagih dan buat ‘kerja sendiri’
tanpa kawalan tuannya…

…itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan
jin walau apa pun caranya…

2.Wanita yang ada gangguan ini…
kadang-kadang masa bercinta semuanya indah…
tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan
rumah tangganya kerana takut atau benci…
atau cemburu pada si suami yang…

…tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan…
jin itu suka…kerana ia haram…dan tiada ikatan yang
mengganggunya…

3.Bagi yang sudah bersuami…
kecenderungannya berlaku curang sangat besar…
dari sebab hasutan jin…

…ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja…
terutama lelaki yang didampingi jin betina…

…malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa
kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita
itu dari suaminya yang halal…
juga dari sebab hasutan jin betina…

…kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu…
nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat
pada wanita tadi…

wallohu a’lam.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

16 Responses to Tanda tanda wanita itu telah dicintai jin jantan

  1. hyuna nen berkata:

    rasanya smua tanda2 tu aq miliki.aq sdg menderita akibat gangguan jin.dan yg lebih malang lg bila ada pihak lain lg menghntar sihir.begitulh menurut perubatan islam yg aq jalani..mgkn ini ujian utkku,tiada kata gambaran bahawa terseksanya roh ku ini akibat pelbagai gangguan makhluk halus

    • Hamba Allah berkata:

      awk x seteruk apa yg sy alami hyuna.. sy x thu sape yg mngkhianati sy..ustaz yg sy jmpe kate ade org anta jin kt sy..sy mls nk syak,tpi ade sorang laki tnpa sgan silu puji sy cntik,dan puji body sy.. dy ckp dy ske breast sy..sy mrah gle dan memaki dy…tpi skrg sy tkut,tibe2 sy jdi ske dy..dn lbih truk lg, sy sndiri x thu knape,sy slu tringt kt dy..dan tringin buat bnde “kotor” hnya dgn dy!! bg pmbace2 yg thu nape sy jdi camni,tolong lah sy..bg pndapat korang..

      • Jon Jenin berkata:

        Amalkan baca ayat Kursi stiap kali pas solat fardhu, hafal dan hayati maksudnya. InsyaAllah hancur, lari semua jin, bende yang xelok. Tak perlu g berubat mana bomoh ke ape. Ni berdasarkan pengalaman saya sendiri yg pernah kena ganggu dengan makhluk jin sial bertahun2 lamanya. Sekarang sudah baik. Alhamdulillah..

      • selok nya kamu jumpa ngan ustat

  2. Qylah LurveMuffin berkata:

    Alhamdulillah..tanda2 ni x de pada saya..amin ^-^

  3. ain diera berkata:

    apa jalan terbaik bagi perempuan terkena jin ini? kalau berkahwin dan kedua2 pasangn ada jin apa harusnya dilakukan? samada tidak berkahwin ataupun kahwin dengn lelaki tersebut kerana lelaki tersebut tidak mengetahui juga dalam dirinya ada jin tersebut. mohon penjelasan.

  4. Hamba Allah berkata:

    saya juga ada gangguan ni..& sekarang ada org menghantar sihir kpd sy dgn niat ingin meruntukan rumahtangga saya.pelbagai dugaan sy lalui..bila suami sentuh sy sikit je, sy boleh marah.mcm2 bnda sy nmpk..alhadulilah, bnda tu hanya sy je yg kena tidak pd suami..suami memahami keadaan saya.Kami sama2 berusaha utk berubat.bukan senang nk lalui semua ni..sy sndiri kena kuat

  5. jasmayne berkata:

    pengalaman saya pernah dicintai jin,tak athu punca dr mana..bila bersembang dgn rakan lelaki dlm telefon, terlihat kelibat seimbas wajah lelaki yang merenung dgn marah..malam sy entah dah berapa kali tidur dapat merasa sedang melakukan hubungan seks dengannya namun diri x mampu berbuat apa2…walupun dapat rasa tapi x boleh bergerak dan dalam keadaan seperti tidur.., kekadang merasa teramat rindukannya serta sentiasa inginkan dia berada disisi…banyak kali juga saya terasa seperti di goda..dan tekad sy lakukan adalah, saya membaca al-quran setiap hari,membaca manzil,yasin dan ruqyah setiap kali selepas solat maghrib atau isyak..sy beristiqomah..sehingga rumah selalu diganggu bunyi pelik2 dan guli serta perabot berbunyi dengan kuat disana sini kerana dia menunjukkan rasa marahnya…tetapi sy melawan perasaan takut dan sengaja buat tiada apa yang berlaku..akhirnya ia diam mcm tu saja..dalam masa yg sama teruskan amalan istiqomah tu..pasangkan ayat ruqyah setiap malam ketika tidur dan biarkan sehingga pagi..

  6. secret berkata:

    Sye xade ksemuanya tp juga bimbang….

  7. "unkn0wn person" berkata:

    Assalamualaikum,,sya seorang pljar tgkatan 3. kblakangan ni sya sring trasa prgerakan2 yg aneh pda bdan sya,,,trutama dibhagian nadi(prgelangan tangan),dan dada.sya jga sring ditindih smasa tdur.Bru-bru ni,,ktika sdg tdur,,sya tba2 trjga,,tpi yg anehnya,,sya tdak dpat mnggerakkan bdan.sya jga trdgr bnyi yg sgt plik dan brcmpur aduk sprti bnyi triakan lelaki.krana trlalu tkut,,sya mmbaca ayat kursi.satu hal yg mngejutkan sya,,ktika sya mmbca “ta’awudz”,stu suara yg amt ksar ikut sama….memang mremang stu bdan,,..sya rsau jka sya dggu oleh jin.wallahualam…prkara yg sring sya alami jga-mmpi llaki,mmpi bnatang.,wallahualam..

  8. puteri berkata:

    sy juga mgalami simpton di atas. sy kerap brmimpi mlakukan hubungan seks dgn org yg sy knl or dgn org yg sy x knl. dan boleh kta stp hr. keinginan seks pn menigkat. cinta asyik putus dan mudh lpakn cnta. pns baran n ske mrah2. psal brmimpi binatag n hantu tu da jadi kbiasaan. hr2 pn brmimpi. x pnh x bermimpi. bl time tido gigi pn asyik bergesel. adakah btol sy pn digaggu jin? mohon penjelasan dan apa yg hrus sy bt??

  9. Syahida berkata:

    Salam… Nak tanya, kalau kita selalu seolah2 berasa rindu pada seseorang, tp tak pasti siapa. Itu tanda ada gangguan jin asyik juga ke..?

    • Abdullah berkata:

      Semasa saya belajar dahulu, memang ustaz ada menyebut bahawa perasaan yang berubah tidak semena atau secara mendadak atau tanpa sebab mungkin menunjukkan gangguan jin.
      Cara terbaik ialah dengan mengamalkan amalan2 pendinding diri. Yang mudah ialah amalan ayatul kursi. Namun demikian gangguan tidak semudah itu dihalang. Maka ada kebaikannya mengambil wudu’ bila2 sahaja terasa ‘bisa-bisa’ di saluran darah atau anggota badan atau terasa letih dan malas. Kadangkala perlu juga untuk mandi. Satu amalan yang mudah ialah untuk mandi air garam kasar (laut) di waktu asar, sebelum tiba maghrib. Bagi yang gangguan kuat, mandi sekali lagi di waktu pagi. Mandi garam tadi memadailah disertai dengan selawat, niat mendapatkan perlindungan Allah. Seeloknya bilasan air garam ialah pada bilasan terakhir, di dada dan tengkuk, dan dibiarkan kering sendiri.
      Bagi yang sanggup bermujahadah dengan zikir, maka bolehlah amalkan zikir yang mudah atau terasa di hati, sekiranya ‘perasaan’ tadi hilang setelah khusyuk berzikir (atau membaca al-quran) maka besarlah kemungkinan wujud gangguan, oleh itu teruskan amalan berzikir tadi, moga bukan sahaja dilindungi dari gangguan, tapi sentiasa ingat pada Allah sehingga termasuk golongan orang2 soleh, Insyallah..

      • Syahida berkata:

        Terima kasih En. Abdullah… Mmg dah terbukti ada jin asyik yg menggangu saya, bila saya pergi buat rawatan dgn ustaz, ‘benda’ tu merasuk dan kata saya ni miliknya dan xde lelaki yg boleh dekat dgn saya… Tp Alhamdulillah, skrg saya cuba bykkan beramal, bkn shj kerana ingin membenteng diri dari gangguan jin, tp sy juga ingin lebih dkt pd Allah swt… Cuma cabarannya ialah istiqamah, namun sy cuba juga tepis halangan utk sy beribah… In shaa Allah… 🙂

  10. sangjiwa berkata:

    Salam, saya dirogol… xboleh lari.

  11. Miss berkata:

    Adakah betul jika paha lebam tanda digigit jin?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s