Penangan jin asyik yang mengoda meresap perasaan

“Jin asyik” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola, pujaan atau kekasih mereka. Ada antara kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.

Mangsa-mangsa terdiri dari pelbagai latarbelakang, ada di antara mangsa ialah mereka yang terkenal seperti artis-artis pujaan, wanita-wanita yang suka bersolek berlebih-lebihan dan yang suka mendedahkan aurat, ada mangsa dikalangan orang biasa yang mempunyai sejarah bersaka, ada juga dalam kalangan orang-orang yang rajin beramal ibadat tanpa berguru.

Jangan terperanjat jika saya katakan ahli-ahli thoreqat juga perlu berhati-hati, kerana ada di antara jin-jin asyik meminati mereka yang kuat berzikir, apatah lagi mereka yang mengaku sebagai ahli hakikat atau ahli makrifat, kita perlu banyak mengislah diri dan berwaspada, kerana itulah apa jua pengalaman rohani dan kedapatan di dalam zikir perlu dirujuk kepada guru yang mursyid, dikhuatiri jin-jin yang suka “menolong” ini mengelirukan anda di alam ghaib dan alam rasa, apatah lagi alam rahsia.
Perawat-perawat juga tidak ketinggalan berkemungkinan menjadi idola kepada puak-puak jin yang kagum dengan kejantanan anda bertarung dengan jin-jin gangguan, apatah lagi jika anda suka bersifat ria’ dan ‘ujub. Kesimpulannya sesiapa sahaja boleh mengoda terdedah kepada masalah ini.

Kebiasaannya tahap-tahap gangguan yang dihadapi adalah bergantung kepada individu-individu itu sendiri. Kekuatan diri seseorang tidak sama diantara satu sama lain, ada yang lemah dan ada yang kuat. Kekuatan rohani yang lemah, menyebabkan jin-jin yang samseng ini membuli individu-individu tersebut, sehingga ke tahap menodai mangsa. Mereka boleh tinggal dan mempengaruhi diri mangsa dalam kehidupan seharian sehingga kadar tujuh puluh peratus malahan boleh mencapai hingga sembilan puluh peratus.

Jika kekuatan diri bertahap sederhana, kemungkinan jin-jin asyik ini dapat mempengaruhi mental dan emosional. Ini boleh menyebabkan kehidupan seharian kadang kala terganggu, apabila fizikal anda lemah emosi menjadi tidak stabil, fikiran kusut dan tidak dapat fokus. Kadang kala jin-jin ini berjaya juga bermastautin di dalam tubuh badan mangsa, seperti di kepala, dada, perut, belikat dan lain-lain tempat yang berkemungkinan.

Jika kekuatan diri atau rohani seseorang itu tinggi, berkemungkinan jin-jin asyik yang meminati mereka adalah di kalangan jin-jin yang beretika dan memahami hak-hak asasi manusia, oleh itu jin-jin ini hanya memerhati dari jauh atau mengekori sahaja tanpa mengganggu kehidupan mangsa.

Kebanyakan kes-kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah mereka datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan. Kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang-bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.
Di antara simptom gangguan jin asyik yang biasa ialah, berat jodoh, sentiasa ada halangan didalam perhubungan cinta, pertunangan dan perkahwinan, kerap sakit kepala, kerap mimpi bersama (bersetubuh), kerap mimpi berkahwin, kerap letih lesu dan malas, kerap memarahi dan membenci pasangan, kerap mimpi kanak-kanak atau bayi, bagi yang perempuan kerap mimpi melahirkan anak, ada juga sampai ketahap mangsa dirogol dan dinodai jin, kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah kaum wanita.

Fakta tentang Jin Asyik
1. jin asyik secara ringkasnya ialah jin yangg jatuh cinta dgn manusia.
2. antara yang paling bahaya: susah dikeluarkan dan ganas.
3. biasanya jatuh hati kepada orang yang baik
4. bukan hanya berlaku kepada orang bujang, tapi juga yang telah berkahwin
5. mangsa biasanya perempuan, tapi lelaki pun ada yang jadi mangsa
6. kemungkinan jin itu yang memang berada di rumah mangsa, jin yang lalu dan ternampak, atau jin yang memang dihantar untuk menyihir mangsa, tapi berubah tujuan kerana jatuh cinta.

Antara sebab jin asyik boleh jatuh cinta

1. suka bertelanjang ketika di rumah atau ketika mandi
2. jin ternampak mangsa ketika berada dalam bilik air
3. tak membaca doa sebelum bersama isteri
4. selalu tidur berseorangan. Contoh orang bujang tinggal seorang diri di rumah. (tiada housemate)

Antara tanda kehadiran jin asyik
1. isteri mengamuk tetiba bila tengok perempuan lain mendekati suami
2. ada kalanya jin asyik hanya berada di rumah, mangsa di luar baik, bila di rumah ada saja yang tak kena.
3. sering mimpi bersama dengan suami/isteri/orang yang tak dikenai.
4. mendengar nafas di tempat tidur, terasa ada seseorang tidur bersama.
5. badan selalu lesu, sebab selalu didakap/ditindih jin asyik.
6. jadi tak suka bercakap banyak
7. selalu mimpi naik pelamin / hamil.
8. selesa duduk menyendiri.
9. tarasa alat kelamin disentuh semasa tidur.

Antara kesan gangguan Jin Asyik

1. boleh menyebabkan berat jodoh, atau berkahwin tapi anak jadi sangat degil
2. dipinang orang tapi selalu tak jadi sebab jin asyik berusaha menghalang perkahwinan

Jika anda, anak anda, saudara mara anda, rakan anda atau sesiapa sahaja yang mengalami simptom sedemikian, mungkin anda telah diganggu jin asyik. Jangan biarkan masalah menjadi lebih parah. Berikhtiarlah dengan merujuk kepada perawat Islam. jangan jumpa pawang atau bomoh, sebab itu tidak menyelesaikan masalah tetapi akan menambah masalah.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Penangan jin asyik yang mengoda meresap perasaan

  1. nurul khairah says:

    asalamualaikum, saya baru baru ni mengalami trauma mengenai kewujudan jin…atau penunggu di condo yang di sediakan oleh college saya..saya tidak tahu macam mana saya mahu menghadapi semua itu sebab ini kali pertama buat saya

  2. Siti Zulaika says:

    Saya sering gagal dlm percintaan… Knp ye?

  3. Sy berpisah angkara jin.. rumah tgga sy hancur. skrg sy x suka duduk ramai2. tp sy takot bila dok sorg2. sy suka menung da menangis tanpa tahu ape puncanya. saya da letih dgn sume ni.. da lama sy ilang diri sy sendiri. benda bergerak dlm badan x pernah benti2. dah mcm nadi!

  4. anynomous says:

    salam.saya nk tnya.beberapa hari ni saya rasa badan saya lesu sangat, malas nk ke kelas(masih belajar), n baru2 ni.saya bangun pagi dan dekat katil ada setompok darah.(tyme tu tk cuti pun).apakah tanda2 ne gangguan jin?

  5. noor azizah md ali says:

    huhu smlm br tau punca rumahtangga bergoyah sb dlm bdn ada jin asyik n jin saka.. aduhai.. suamiku ttp kawen tp skrg sy kene pulihkn diri dulu.. kasihan ank2 yg msh kecil

  6. Boy says:

    Jin asyik dh dibuang tinggal 2/3 jin jenis budak kecik. Ahernye dah tau jin budak kecik ni adalah anak hasil dr jin asyik. Adoi pernah ke korang buang anak korang dari jenisjin.. Susah o

  7. Ummu Khaulah Al-Islamiyyah says:

    Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
    saya rasa bnda alah tu mcm ada kat rumah saya. Setiap kali saya balik rumah, perangai saya tak sama apabila saya berada di asrama. What a SAD life! Saya pernah bermimpi yang saya hamil dan dikejar oleh seekor anjing hitam. Melalui bacaan saya, ramai yang kata itu adalah tanda2 ada jin ikut kita. Saya pun prnah dengr nafas tu pdhal tiada siapa pun kat bilik saya. Tapi saya buat bodoh je. Lepas baca blog ni, u know what, I feel like myself is so USELESS now … saya malu nak cerita masalah ni kat parent. Saya hanya mampu luahkan kpd sahabat yng satu2nya saya percaya. Ramai suruh saya cuba pergi ke satu tempat rawatan Islam ni. Tapi ada masalah lain pula. tak de ke amalan2 yang boleh saya amalkan supaya jin2 tu tidk ganggu saya.? Saya penat lah bersedih melihat diri saya yng seolah2 hipokrit pd diri sndiri. Semoga Allah meredhai dan memberkati mu wahai hamba Allah.

  8. noor etah says:

    Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang perasaan seseorang itu.Ketika orang itu membuat sesi rawatan rukqyah pada diri ini sendiri kenapa saya boleh jatuh hati dengan dia,dia boleh rasa seperti apa yang saya rasa.Dia juga tidak tahu kenapa tiba2 ada getaran sama seperti diri ini.Walhal ia tahu saya sudah berpunya dan saya tahu ia dah yang punya.Tapi selepas beberapa kali ia membuat sesi rawatan itu,saya bermimpi bahawa saya sudah kena mentera.Saya masih x faham dan apa maksud mimpi ku alami itu.Tetatpi ia kata ia penah buat solat istikharah dan dalam mimpi itu adalah saya .Saya masih keliru,masih rassa bersalah dan takut fikir yang bukan bukan yang sepatutnya.Selain itu,terdapat salah satu dengan ciri ciri yang ada dengan saya.Terima kasih.

  9. nordiana says:

    Assalamoalaikom..kawan sy sering mimpi ular yg sngat bnyk Dan warna hitam..Dan gunung bnyk..serta tapi seprti neraka..Dan dia berada di teras bumi..puas dia teriak XDA sapa yg mendgr..apa mksd mimpi sebegini..kerna sering Kali dia dpt mimpi yg sama..semua trima kasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s