Bertemu Janji Allah

Haiwan di adili. Kemudian mereka diubah menjadi tanah, selesai.

Setiap nabi sesal akan dosanya walaupun mereka termasuk golongan maksum.

Setiap perkara kecil walau sebesar zarah akan dibentang, tanpa ada yang tertinggal.

Itulah mahsyar, satu hari yang pasti akan tiba dan Allah yang Maha Adil akan menjadi hakimnya tanpa satupun keputusan yang menzalimi hambanya.

NABI JUGA SUSAH HATI

Masakan tak menyentuh hati, malaikat, para anbiya’ juga turut susah hati dan gelisah ketakutan menjawab pertanyaan tentang tanggungjawab mereka. Hinggakan, luh mahfuz, di mana tempat kitab-kitab samawi yang di turunkn sekali gus juga ditanya oleh Allah akan tanggungjawabnya.

Jibril akan menjadi saksi kepada si luh mahfuz yang dia telah menyalin segala isi kitab & disampaikan kepada manusia.

Maka, Allah bertanya kepada jibril, siapa yang menjadi saksi kepadamu? Maka para rasul menjadi saksi yang mereka telah pun menerima wahyu agung itu.

Para rasul pula ditanya adakah mereka menyampaikan apa yang telah disampaikan oleh para Rasul. Maka, umat para rasul itu menjadi saksi kepada rasul-rasul mereka.

UMAT MUHAMMAD MENJADI SAKSI

Malangnya, ada sesetengah umat para anbiya’ yang berbohong kepada tuhan bahawa rasul mereka tidak pernah mengkhabarkan apa-apa pun kepada mereka.

“Siapa yang boleh menjadi saksi bahawa kamu telah menyampaikan ajaranku(kepada nabi yang umatnya berbohong)?”, Allah berfirman.

“Nabi Muhammad SAW dan umat Nabi Muhammad SAW”, jawab para anbiya’.

Kita tak pernah buat apa-apa MoU atau permohonan rasmi kepada Allah supaya dijadikan umat Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Buku Tok Guru tak pernah kering dengan ilmu

KETUA ANBIYA’

Anugerah untuk hamba-hambaNya yang beriman mengikut kategori berikut akan diketuai oleh :

1) Nabi Ayyub a.s. : orang yang menghidap kusta;
2) Nabi Nuh a.s. : orang yang menangis kerana takutkan azab Allah;
3) Nabi Yusuf a.s. : manusia yang berjaya mengawal diri ketika usia remaja;
4) Nabi Yahya a.s. : para syuhada’.

Nabi-nabi ini akan menjadi ketua kepada golongan-golongan disebabkan mereka adalah orang yang paling teruk diuji oleh Allah tentang cabaran-cabaran ini.

Contohnya, Nabi Ayyub pernah menghidap penyakit teruk hingga anak-isterinya lari meninggalkannya. Maka, tiada lagi manusia yang dapat berdalih kepada Allah sekiranya mereka mengalami penyakit, kerana nabi Ayyub lebih teruk penyakitnya.

Nabi Nuh pula, baginda telah berdakwah selama 950 tahun kepada umatnya dan seringkali menangis kerana takutkan azab Allah sekiranya baginda tidak menjalankan dakwahnya, sedangkan beliau telah pun berdakwah siang & malam.

Ada pula dalam kalangan manusia yang tak menjaga maruah ketika di usia remaja memberi alasan kepada tuhan bahawa mereka dikurniakan wajah yang tampan & cantik sehingga tidak mampu menahannya, maka Allah menyatakan bahawa : “Bukankah nabi Yusuf itu lebih tampan & setengah daripada kecantikan seluruh manusia di muka bumi dikurniakan kepadanya?”

Tiada lagi alasan bagi mereka yang tidak menjaga maruah semasa di usia remaja ketika nafsu syahwat mereka menggelegak begitu sekali. Manakala nabi Yahya pula telah syahid di bunuh kaumnya dengan kejam sekali.

ISTIMEWA UMAT MUHAMMAD

SATU lagi istimewanya umat Nabi Muhammad SAW, mereka dapat dikenali melalui tanda wuduk pada anggota & antara golongan pertama yang dapat meminum air telaga Kauthar ialah orang-orang Muhajirin…

Kelebihan air telaga kauthar ini sekiranya diminum tidak akan merasa dahaga selama-lamanya lagi. Saiz telaga ini lebar dan panjangnya adalah sama iaitu kira-kira sebulan perjalanan, airnya lebih putih dari perak dan baunya lebih harum dari kasturi, gelas minumannya lebih banyak jumlah bintang dilangit.

Wah, sedapnya.!

Setakat minuman jus epal yang ditambah madu dan sedikit ketul ais, sudah terasa…..ah, nikmatnya! Inikan pula di syurga, subhanallah.

TELAGA KAUTHAR

Ada sesetengah pendapat ulama’ menyatakan bahawa air dari telaga ini dapat diminum oleh orang-orang Mukmin, sebelum mereka dihisab, ada yang berpendapat selepas dihisab. Bagi pendapat yang kata sebelum dihisab, kerana Allah bersifat ar-Rahim kepada hambanya. Bagi ulama’ yang satu pendapat lagi mengatakan bahawa air dari telaga itu diminum adalah petanda awal kehidupan akhirat seseorang itu sejahtera.

Ada juga satu golongan yang Nabi Muhammad SAW melihat dan mengenali umatnya tetapi mereka berpatah balik sebelum dapat meminum air dari telaga ini. Golongan ini adalah golongan yang murtad. Terdapat lagi golongan yang tidak dapat menikmati air ini iaitu(nauzubillah):

1) Khawarij خوارج (penentang kebenaran)
2) Rafidhah رافيده (penentang kebenaran)
3) Muktazilah معتزله (penentang kebenaran)
4) Golongan yg memuja nafsu
5) Munafik
6) Penyokong dan pengampu kerajaan zalim
7) Muftafsinin مفتفسنين (pelampau batas)

Rujukan : Bertemu Janji ALLAH, harga RM 17.00 terbitan Anbakri Publika Sdn. Bhd. Belilah! Insyaallah tak rugi…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s