Wajib berniat puasa Ramadhan sebelum terbit fajar

Jika telah jelas masuknya bulan Ramadhan dengan penglihatan mata atau persaksian atau dengan menyempurnakan bulan Sya’ban menjadi tiga puluh hari, maka wajib ke atas setiap muslim yang mukallaf untuk berniat puasa di malam harinya, berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam (yang ertinya): “Barangsiapa yang tidak berniat sebelum fajar untuk berpuasa, maka tidak ada puasa baginya”. (Hadis Riwayat Abu Daud (2454), Ibnu Majah (1933), al-Baihaqi (4/202))

Dan Sabdanya (yang ertinya): “Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam harinya maka tidak ada puasa baginya”. (Hadis Riwayat an-Nasa’i (4/196), al-Baihqi (4/202), Ibnu Hazm (6/162), dari jalan Abdur Razaq dari Ibnu Juraij dari Ibnu Syihab. Sanadnya sahih sekiranya tiada ‘an ‘Anah Ibnu Juraij, akan tetapi sahih dengan riwayat sebelumnya)

Niat itu tempatnya di hati, melafazkannya dan ditambah dengan susunkata atau barisan perkataan yang tertentu adalah bid’ah yang sesat walaupun ada sebahagian manusia yang menganggapnya sebagai baik. Kewajiban untuk berniat bermula di waktu malam adalah merupakan suatu yang khusus bagi puasa wajib (Ramadhan), kerana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam pernah datang kepada ‘Aisyah di dalam selain bulan Ramadhan dan beliau berkata: “Apakah engkau punyai santapan siang? Kalau tidak ada, maka aku berpuasa”. (Hadis Riwayat Muslim (1154))

Perkara yang sama juga dilakukan oleh para sahabat: Abu Darda’, Abu Thalhah, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Hudzaifah bin al-Yaman radhiallahu ‘anhum.

Ini berlaku di dalam ketika puasa sunnah. Manakala hadis menunjukan wajibnya niat di malam hari sebelum terbit fajar bagi tujuan puasa wajib.

Namun, apabila dia terlupa untuk berniat. Dia tetap perlu meneruskan puasanya dan berhenti dari segala perkara yang boleh membatalkan puasanya. Ini adalah berdasarkan beberapa hadis yang tsabit.

Wallahu Ta’ala A’lam.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s