Sahur untuk berpuasa

1. Hikmahnya

Allah mewajibkan puasa kepada kita sebagaimana Allah telah mewajibkan kepada orang-orang sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, (yang ertinya):

“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebeleum kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, 2: 183)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kita agar bersahur sebagai pembeza di antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab.

Dari Amr bin ‘Ash radhiallahu ‘anhu Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim (1096))

2. Keutamaannya

a. Sahur Yang Barokah

Dari Salman radhiallahu ‘anhu Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Barokah ada pada tiga perkara: Jama’ah, Tsarid (roti yang diremukkan dan direndam di dalam kuah) dan makan sahur.” (Hadis Riwayat at-Thabrani dalam “Al-Kabir” (6127), Abu Nu’aim pada “Dzikru Akhbari Ashbahan” (1/57))

Dan dari Abu Hurairah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Sesungguhnya Allah menjadikan barokah itu pada makan sahur dan timbangan”. (Hadis Riwayat asy-Syirasy (al-Alqab) sebagaimana dalam (Jami’us Shaghir) (1715) dan al-Khatib (al-Muwaddih) (1/263) dari Abi Hurairah dengan sanad yang lalu. Hadits ini hasan)

Dari Abdullah bin al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam: Aku masuk menemui Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam ketika dia makan sahur lalu beliau berkata (yang ertinya): “Sesungguhnya makan sahur adalah barokah yang Allah berikan pada kalian maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat an-Nasa’i (4/145) dan Ahmad (5/270). Sanadnya Sahih)

Berkenaan dengan sahur yang dianggap sebagai barokah sangatlah jelas, kerana dengan makan sahur bererti mengikuti sunnah, memperkuatkan diri di dalam menjalani ibadah puasa, menambahkan semangat berpuasa, dan ibadah puasa menjadi lebih ringan. Selain itu, dengan makan sahur, ia juga merupakan suatu tindakan untuk menyelisihi Ahlul Kitab kerana mereka tidak melakukan makan sahur. Oleh kerana itu Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam menamakannya sebagai “al-ghadaa’ al-Mubarak” (makanan penuh barokah) sebagaimana dalam dua hadis al-Irbath bin Sariyah dan Abi Darda’ radhiallahu ‘anhuma “Marilah menuju makan “al-ghadaa’ al-Mubarak” (makanan penuh barokah): yakni sahur.” (hadis al-Irbath: diriwayatkan oleh Ahmad (4/126) dan Abu Daud (2/303))

b. Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang sahur

Barokah sahur yang terbesar adalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan meliputi orang-orang yang sahur dengan ampunan-Nya, memenuhi mereka dengan rahmat-Nya, malaikat Allah memintakan ampunan bagi mereka, berdo’a kepada Allah agar memaafkan mereka, agar mereka termasuk orang-orang yang dibebaskan oleh Allah di bulan Ramadhan.

Dari Abu Said al-Khudri radhiallahu ‘anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Sahur itu makanan yang barokah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya meneguk seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yg sahur.”

Oleh sebab itu seorang muslim hendaklah tidak menyia-nyiakan pahala yang besar ini dari Rabb yang Maha Pengasih. Dan sahurnya seorang mukmin yang paling afdhal adalah dengan kurma.

Bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam (yang ertinya): “Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah kurma.” (Hadis Riwayat Abu Daud (2/303), Ibnu Hibban (223) al-Baihaqi (4/237))

Barangsiapa yang tidak memiliki kurma, hendaklah ia bersungguh-sungguh untuk bersahur walau pun hanya dengan meneguk satu teguk air, kerana fadhilah (keutamaan) yang disebutkan tadi, dan kerana sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam (yang ertinya): “Makan sahurlah kalian walau dengan seteguk air.”

3. Mengakhirkan (Melewatkan) Sahur

Disunnahkan supaya mengakhirkan (melewatkan) sahur sehingga ke waktu betul-betul hampir terbit fajar, kerana Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dan Zaid bin Tsabit radhiallahu ‘anhu pernah melakukan sahur. Dan ketika keduanya selesai makan sahur, Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bangkit untuk solat subuh, dan jarak (selang waktu) di antara sahur dan masuknya solat adalah kira-kira lamanya seseorang membaca lima puluh ayat al-Qur’an.

Anas radhiallahu ‘anhu meriwayatkan dari Zaid bin Tsabit radhiallahu ‘anhu: “Kami makan sahur bersama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam, kemudian beliau solat, aku tanyakan (kata Anas): “Berapa lama jarak di antara azan dan sahur? Beliau menjawab: “Kira-kira sama seperti bacaan 50 ayat al-Qur’an.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/118), Muslim (1097))

Semoga mudah-mudahan Allah membimbing kita semua dan supaya kita diperbolehkan makan, minum, dan jima’ selama kita masih ragu telah terbit fajar atau belum, dan Allah dan Rasul-Nya telah menjelaskan batasan-batasannya, sehingga jelaslah sudah, kerana Allah Jalla Jalaaluhu memaafkan kesalahan, kelupaan, serta membolehkan makan, minum dan jima’ ada penjelasan, sedangkan orang ragu belum mendapat penjelasan. Sesungguhnya kejelasan adalah satu keyakinan yang tidak ada keraguan lagi.

4. Hukumnya

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan (dengan perintah yang diberi penekanan). Beliau bersabda (yang ertinya): “Barangsiapa yang mahu berpuasa hendaklah sahur dengan sesuatu.”

Dan bersabda (yang ertinya): “Makan sahurlah kalian kerana dalam sahur ada barokah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/120), Muslim (1095) dari Anas radhiyallahu ‘anhu)

Kemudian beliau menjelaskan betapa tingginya nilai sahur bagi umatnya, beliau bersabda (yang ertinya):

“Pembeza di antara puasa kami dan Ahlul Kitab adalah makan sahur.”

Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam melarang meninggalkannya, beliau bersabda (yang ertinya):

“Sahur adalah makanan yang barokah, janganlah kalian tinggalkan, walaupun hanya meminum seteguk air, kerana Allah dan Rasul-Nya memberi selawat kepada orang yang sahur”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah (3/8), Ahmad (3/12,3/44) dari tiga jalan dari Abi Said al-Khudri. Sebahagian jalannya menguatkan yang lain)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Sahurlah kalian walaupun dengan seteguk air.” (Hadis Riwayat Abu Ya’la (3340) dari Anas radhiyallahu ‘anhu, tetapi hadis ini ada kelemahan, namun ia didukung (diperkuatkan) oleh hadis Abdullah bin Amr yang ada pada Ibnu Hibban (no.884) yang di dalamnya ada An’anah Qatadah: Hadis ini hasan)

Perintah nabi Shalallahu ‘Alaihi wasallam ini sangat ditekankan anjurannya, hal ini terlihat dari tiga sisi:

1 – Perkara tersebut sememangnya diperintahkan.

2 – Sahur adalah sebagai syiar puasa seorang muslim, dan pemisah (pembeza) di antara puasa kita dan puasa Ahlul Kitab.

3 – Larangan meninggalkan sahur

Inilah qarinah yang kuat dan dalil yang jelas. Walaupun demikian, al-Hafiz Ibnu Hajar menukilkan dalam kitabnya “Fathul Bari” (4/139) bahawa akan ijma’ berkenaan kesunnahannya. Wallahu A’lam…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s