Hukum bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan dan kaffarahnya

Dari Abu Hurairah, Beliau berkata : Tatkala kami duduk disisi Nabi tiba-tiba datang kepadanya seorang laki-laki, dan dia berkata “Wahai Rasulullah binasa aku”, maka Beliau bertanya “kenapa engkau ?”, orang itu menjawab “Aku telah menyetubuhi istriku, padahal aku berpuasa”, dalam sebuah riwayah “Aku menyetubuhi keluargaku di bulan Ramadhan”, maka Rasulullah bersabda “Apakah engkau mendapatkan seeorang budak yang engkau bisa membebaskannya ?”, maka orang ini menjawab “Tidak ada”, Rasulullah bersabda “Apakah engkau mampu berpuasa dua bulan secara berturut-turut?”, maka orang ini menjawab “Tidak”, Rasulullan bersabda “Apakah engkau mendapatkan pemberian makan kepada 60 orang miskin ?”, maka orang ini menjawab “Tidak”. Berkata Abu Hurairah “maka Nabi terdiam”, maka tatkala kami dalam keadaan yang demikian itu tiba-tiba didatangkan kepada Nabi dengan sebuah kantong (kantong yang terbuat dari pelepah kurma seukuran masuk didalamnya 15 sha’ dari sesuatu) yang padanya terdapat kurma. Kemudia Nabi bertanya “Mana orang yang bertanya tadi ?”, maka orang ini menjawab “Aku”, maka Nabi berkata “Ambillah ini lalu bersedekahlah dengannya”, orang ini berkata “Apakah atas orang yang lebih faqir daripadaku wahai Rasulullah ?, maka demi Allah tidak ada diantara dua kampungnya sebuah keluarga yang lebih faqir daripada keluargaku”, maka Nabi tertawa sampai terlihat gigi saingnya, kemudian Beliau bersabda “Berikanlah dia kepada keluargamu”

- Hukum seorang yang bersetubuh dengan sengaja disiang hari bulan Ramadhan. Pendapat yang kuat adalah bahwa puasanya batal dan wajib membayar kaffarah dan tidak ada qadha’ padanya.

- Kaffarah orang yang bersetubuh dengan sengaja di siang bulan Ramadhan adalah seperti yang terdapat didalam hadits, yaitu : yang pertama dia membebaskan budak, atau yang kedua berpuasa berturut-turut yang tidak terputus, atau yang ketiga memberi makan 60 orang miskin. Pendapat tentang apakah kaffarah tersebut bisa dipilih atau harus melalui urutannya (maksudnya, harus mulai dengan jenis kaffarah pertama, jika tidak mampu maka jenis kaffarh yang kedua, jika tetap tidak mampu maka jenis kaffarah yang ketiga) maka pendapat yang kuat adalah dia harus melalui urutannya, misalnya jika dia mampu membebaskan budak maka tidak sah kaffarahnya jika dia berpuasa dua bulan berturut-turut, begitu juga jika hanya mampu dengan puasa dua bulan berturut maka tidak sah kaffarahnya jika dia membayar kaffarah dengan memberi makan 60 orang miskin.

- Hukum seorang bersetubuh dengan istrinya disiang bulan Ramadhan tetapi tidak pada kemaluannya. Pendapat yang kuat adalah bahwa orang yang melakukannya walaupun keluar mani maka puasanya sah dan tidak batal. Apakah atas orang yang demikian ini membayar kaffarah ?, maka pendapat yang kuat bahwa tidak ada kaffarah atasnya akan tetapi nilai puasanya kurang karena dia tidak meninggalkan syahwatnya (seperti dalam hadits).

- Hukum bagi wanita yang disetubuhi, apakah baginya kaffarah. Pendapat yang kuat adalah tidak wajib membayar kaffarah

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

82 Responses to Hukum bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan dan kaffarahnya

  1. nana says:

    kalau bersetubuh dimlm hri…leps sahur sye terlepas mndi wajib kerana sudh msuk solt subuh
    ,tp sye blum mndi wjib….sah ker puase sye????

  2. Nor says:

    Assalammualaikum…
    mcmane klu tak sengaja bersetubuh slpas subuh?batal ke puasenyer?atau kena kafarrah jugak?

  3. khairul says:

    assalamualaikum…klu saya tak mampu bg kffrh yg pertama dan kedua mcmana nak buat?

    • pakcikli says:

      Waalaikumusalam

      Tuan Khairul,

      kita telah lihat bahawa seseorang yg berpuasa dengan penuh keimanan dan kerana mencari keridhaaan Allah swt, dia berjaya mendapat ganjaran pahala maksimum iaitu dihapuskan segala dosanya yg lalu dan dia dibebaskan dari neraka, dan berjaya mendapat syurga. namun, sesiapa yang berpuasa Ramadhan, tetapi tidak menjaga panca inderanya dan dia melakukan kemaksiatan, maka Allah (a.w) tidak membebaskannya dari segala yg dijanjikan itu,. malah dia rugi. Dia berpenat berpuasa menahan lapar dan dahaga, tetapi tak dapat ganjaran pahala apapun.

      Taun, antara perbuatan halal yang didenda sebagai kifarah dalam bulan Ramadhan adalah menyetubuhi isteri di siang Ramadhan. Dalam kes inmi si suami dikenakan kifarah, salah satu berikut; iaitu: pertama, dia wajib membebaskan seorang hamba (Nota: Zaman ini tiada hamba yang boleh dibebaskan), justeru itu pilihan dua pilihan yang lain, iaitu kifarah kedua, berpuasa selama dua bulan berturut-turut (Nota: Si isteri tidak dikenakan kifarah); atau ketiga, dia memberi makan 60 orang miskin jika tak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut. Dalam pada itu, dia perlu mengganti semula puasanya yg tertinggal pada hari dia menyetubuhi isterinya itu, yakni sehari di lain bulan. Dalam hadith ini ketetapan ini disebutkan, hanyalah dalam kes tersebut, orang yang terlibat itu diberi rukhsyah kerana kefaqirannya, menyedekahkan sejumlah kurma yg boleh digunakan untuk membayar kifarahnya itu. Hari ini kelonggaran atau ruhsah ini tiada lagi.

      Meriwayatkan hadith daripada Sufian bin ‘Uyainah, hadith daripada Zuhri, hadith daripada Humaidi bin Abdil Rahman, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata :

      ‘Datanglah seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia: ‘Rosaklah aku, wahai Rasulallah (s.a.w)!’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apa yang merosakkan engkau?’ Berkata lelaki: ‘Menjimak atas isteriku di dalam bulan Ramadhan.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah menjumpai engkau apa-apa untuk memerdekakan seorang hamba?’ Jawab lelaki: ‘Tiada.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Maka adakah mampu engkau bahawa berpuasa engkau dua bulan berturut-turut?’ Menjawab lelaki: ‘Tidak.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah memjumpai engkau apa-apa (untuk) memberi makan 60 orang miskin?’ Menjawab lelaki: ‘Tiada.’ Berkata Abi Hurarirah (r.a)(perawi hadith): ‘Kemudian duduk dia.Maka didatangkan kepada Nabi (s.a.w) sebuah bekas yang didalamnya berisi kurma. (Saat itu datanglah orang membayar zakat kepada Rasulallah (s.a.w)) Maka (diberikan kepadanya zakat yang diterimanya dan) bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bersedekahlah engkau dengan ini.’ Berkata lelaki: ‘Apakah ada orang yang lebih fakir daripada aku? Maka tidak ada antara tanah lapang ahli Madinah yang lebih memerlukan atas (ini pemberian) lebih dari aku!’ Maka tertawa Nabi (s.a.w) (mendengar cakap lelaki itu) sehingga ternampak gigi taringnya, kemudian bersabda Nabi (s.a.w): ‘Pergilah, maka memberi makanlah engkau akan ahli rumah engkau.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam]

      Kifarah yg terpakai adalah disebutkan dalam hadtih di atas itu, iaitu membebaskan seorang hamba atau berpuasa dua bula berturut-turut atau memberi makan kpd 60 orang miskin atau fakir.

      Tuan, mudah-mudahan bagi mereka yg sudah berumah tangga, eloklah berhati-hati supaya sepanjang bulan Ramadhan akan datang ini tidak terjadi perkara ini kerana kifarahnya amat berat. Sudahlah begitu, maka tidakl;ah dapat dia kebebasan dari azab neraka yg dijanjikan Allah (a.w) tersebut. Dia mendapat pahala berpuasa tetapi tidak layak mendapat kebebasan yg disediakan Allah (a.w) bagi orang yg benar-benar akur dalam bulana Ramadhan berusaha mencari kebebasan dari Allah swt.

  4. nizam says:

    Salam ustaz..saya nak tanya ada pandangan ramai berkata macam mana kalau suami isteri yang tidak dpt mengawal nafsu mereka waktu siang dibulan puasa kemudian membatalkan puasa mereka dan mereka bersetubuh apakah hukumnya?

  5. jalanakhirat says:

    Waalaikumusalam

    Tuan Nizam,
    Pertama saya nak beri tahu, saya admin weblog ini bukan ustaz cuma di kenali sebagai pakcikli saja.

    Jawapan soalan tuan,

    Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

    Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan. Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandangan;

    1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.

    2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.

    Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.

    Wallahu a’lam.

  6. hamba allah says:

    Salam..sy nk tanya..apakah hukum suami yg menyentuh isterinya d siang hari walaupun dia memberitahu suaminya yg dia berpuasa dan tidak boleh bersetubuh di siang hari tetapi suaminya tetap hendak melakukannya ke atas isteri walaupun isterinya telah menolak..apakah batal puasa isteri dan adakah puasa isteri boleh d teruskan walaupun bukan keinginannya dan adakah isteri pun perlu membayar kiffarah?

  7. pakcikli says:

    Waalaikumusalam

    Hamba Allah,

    Batal puasa kedua suami yang bersetubuh itu walau pun tanpa kerelaan isterinya. Si suami perlu membayar kffarah dan si isteri perlu menganti puasanya.

    Wasalam

  8. masdi says:

    2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.
    salam..
    jadi boleh tak kita pakai yang mazhab shafie ni..tuan..sy sungguh kesal sangat….

  9. nurul says:

    salam..

    sy nak tanya soalan yang sama dgn masdi tanya di atas. prtanyaan saya atas tujuan assignment. harap pakcikli dapat membantu dan jawapan yang diberikan harap jelas untuk elak salah faham.

    boleh tak kalau kita guna hukum mazhab syafi’e tuh? salah tak kalau guna mazhab tuh?

    • pakcikli says:

      Asalamualaikum

      Cik Puan Nurul,

      Setiap komentar yang saya beri di sini ditulis dengan panjang lebar adalah untuk memberi kefahaman mengenai persoalan di atas.

      Dalam hal ini kita tidak menurut hukum Imam Shafie walau pun kita bermazhab Shafie dan memilih pandangan yang rajih bagi masalah ini (pandangan jumhur ulamak) kerana bagi menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat.

      Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ia iyu pandangan jumhur tadi.

      Wasalam

  10. insan biasa says:

    salam saya nak tanya apa denda yg patut kita bayar jika bersetubuh dgn isteri siang hari…jika x mampu bebaskan hamba dan berpuasa 2 bulan apa cara lain yg kita bole buat?

  11. Bee says:

    salam. saya nak bertanya, saya dan suami bersetubuh disiang hari pada bulan ramadhan. Puasa kami batal, kan? dan soalan saya, saya nak bayar 1 cupak beras untuk 60 orang fakir miskin. Adakah Suami sahaja yang diwajibkan kena bayar atau kedua-dua suami & isteri? Jika hanya suami, saya kena puasa atau macam mana?Terima Kasih.

    • pakcikli says:

      Asalamualaikum

      Puan Bee,
      Orang yang bersetubuh atau melakukan hubungan pada siang hari dibulan Ramadhan, maka kedua-dua suami dan isteri itu perlu mengqada’ puasa mereka dan wajib ke atas suami membayar kifarah.

      Ini beerti dua dua kena qada puasa pada hari melakukan persetubuhan itu. tetapi wajib bagi suami sahaja untuk membayar kifarah(denda) seperti:

      1. Memerdekakan hamba mukmin lelaki atau perempuan

      (sekiranya tidak mampu)

      2. berpuasa 2 bulan berturut-turut (60hari) tanpa terputus atau diselang seli harinya

      (kalau tidak berdaya)

      3. Memberi makan kepada 60 orang fakir/ miskin

      Wasalam.

  12. hafiz says:

    saya ingin bertanya tentang seorang lelaki ini..macam mana sekiranya seorang lelaki itu melancap pada bulan puasa dan keluar mani…adakah puasanya batal tuan?? dan apakah dia perlu teruskan puasanya?? mcm mana tindakannya???

    • jalanakhirat says:

      Asalamualaikum

      Tuan Hafiz,

      Onani (melancap) adalah perbuatan yang diharamkan berdasarkan firman Allah swt:

      Maksudnya: “Dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka, melainkan terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela, barangsiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (al-Mukminun : 5-7)

      Maka setiap orang yang tidak memelihara kemaluannya selain kepada isteri-isterinya dan hamba sahayanya, dia termasuk orang-orang yang melampaui batas dan yang tercela. Melakukan perbuatan yang diharamkan ini disertai dengan keluarnya mani adalah membatalkan puasa berdasarkan pendapat kebanyakan mazhab seperti al-Malikiyyah, al-Syafieyah, al-Hanabilah dan kebanyakan ulama mazhab Hanafi. Orang yang melakukan perbuatan ini wajib bertaubat kepada Allah swt, kerana dia telah melakukan perkara yang diharamkan iaitulah onani.

      Pengharaman ini bertambah jika dilakukan di dalam bulan Ramadhan, kerana ia mencemari kemurnian bulan Ramadhan yang mulia, (orang yang melakukannya) wajib menggantikan hari-hari (puasa) yang dia lakukan perbuatan keji tersebut.

      (Orang yang melakukan perbuatan onani di siang Ramadhan ini) apakah wajib dia membayar kaffarah beserta dengan qadha (ganti puasa) atau qadha sahaja ? Persoalan ini para ulama berbeza pendapat, dan pendapat yang kami (Dr. Abdullah al-Faqih) pilih ialah pendapat kebanyakan ulama dari ulama dari mazhab Syafie, Hanafi dan ianya juga pendapat ulama Hambali yang menyatakan tidak perlu kaffarah, kerana kaffarah tidak ada melainkan jika melakukan jima’ (bersetubuh di siang ramadhan), maka tidak boleh melakukan qiyas onani dengan jima’ disebabkan wujud perbezaan antara keduanya, maka hukum keasalannya dikekalkan iaitulah tidak perlu kaffarah.

      Siapa yang tidak pasti bilangan hari yang batal puasanya disebabkan onani, maka dia mesti mengambil sangkaan beratnya (tentang bilangan hari tersebut), demikian juga solat, selepas dia mandi (junub) dia membilang bilangan harinya, dan gantikan bilangan hari tersebut sehingga sangkaan beratnya merasakan dia telah menggantikan kesemuanya, dengan itu tanggungannya telah terlepas, dan hendakla dia memperbanyakkan memohon ampun dari perbuatan dosa yang telah dilakukannya.

      wallahu a’lam

  13. hafiz says:

    Asslamualaikum…jazakallah..sbbnya sekiranya yang terbaik adalah dgn perkhwinan skranya dia tidak tahan utk melakukan hubungan suami isteri..betul x?? bgaimana nak menghindari dari perbuatan keji tersebut??

  14. zul says:

    salam…saya ingin bertanya isteri saya mgajak bersetubuh dipagi hari di bulan puasa ni(hari ini)..saya menolak kerana puasa akan terbatal tetapi isteri sy berkata puasa kita tidak batal..boleh tolong jelas kan….hamba allah

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Tuan Zul,

      Disini saya titipkan perkara perkara yang membatalkan puasa samoga mudah difahami kita semua.

      Pertama : Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja , samaada daripada jenis makanan atau bukan makanan.

      Termasuk perkara ini ialah :

      1) Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.

      2) Suntikan makanan atau menambah vitamin.

      Kedua : Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur).

      Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja.

      Keempat : Jimak (Bersetubuh)

      Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

      Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

      Kelima : Keluar Mani dengan sengaja.
      Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya.

      Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

      Keenam dan Ketujuh : Keluar darah Haid dan Nifas .

      كنا نحيض عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم نطهر فنؤمر بقضاء الصوم ، ولا نؤمر بقضاء الصلاة

      Maksudnya : Dari Aisyah r.a, katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada’ puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada’ sembahyang. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

      Kelapan : Gila .

      Kesembilan : Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.

      وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

      Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat.
      [Surah Al-Baqarah, Ayat : 217]

      Kesepuluh : Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa .

      Wasalam

  15. MAN says:

    assalamualaikum……. saya nk bertanya tentang bersetubuh disiang hary bersama istery dibulan ramadhan,kami tidak dapat mengawal nafsu kerana kami baru berkahwin dan selalu berpisah jauh atas urusan kerja.disini saya ingin bertanya ada 3 denda yg perlu dipilih . kami memilih untuk memberi makan kepada 60 org miskin .adakah anak yatim piatu itu tergolong dalam golongan miskin? @ ada golongan yg tertentu ? boleh kah bg jawapan kepada kami kerana ini adalah kesalahan kali yg pertama.

    • jalanakhirat says:

      Asalamualaikum

      Tuan Man,

      Pertamanya saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

      Dibawah ini saya titipkan apa yang dimaksdkan fakir miskin supaya mudah kita fahami bersama mengenainya.

      (1) Fakir itu adalah mereka yang tidak mempunyai harta dan pendapatan yang mencukupi hajatnya dan hajat mereka yang wajib di atasnya, seperti mereka yang berhajat kepada RM10 sehari tetapi mereka cuma memperolehi RM2 atau RM4 sahaja iaitu pendapatannya kurang daripada separuh hajatnya.

      (2) Adapun miskin ialah mereka yang mempunyai harta atau pendapatan tetapi tidak mencukupi hajatnya dan hajat mereka yang wajib di atasnya seperti mereka yang berhajat kepada RM 10 sehari tetapi yang diperolehi hanya RM 6 atau RM 7 sahaja iaiatu separuh atau lebih daripada separuh keperluannya.

      Wasalam.

    • Rozy says:

      betulkah kalau x masukkan kemaluan kita ke dalam faraj perempuan x payah bayar kaffarah ????

  16. Mus says:

    assalamualaikum, di sini banyak jawapan utk kafarah bg suami n isteri..bagaimana utk pasangan yg trlanjur?adakah sama sperti kafarah suami n isteri? n kafarah yg d kenakan atas suami (sprti: pose 2 bln brturut2) adakah d kenakn ats pasangn laki, dan kafarah bg isteri (ganti pose yg trtinggal shj) utk pasangn perempuan? mohon pnjelasan lanjut….tq

  17. amir says:

    apakah pula hukum sekiranya seseorang berjimak di siang hari pada bulan ramadhan sewaktu bermusafir? Adakah perlu untuk membayar kifarah?

  18. zizi says:

    Apakah batal puasa nya jika dia telah niat puasa..baru lepas waktu subuh ia bersetubuh dgn isteri nya..adakah puasanya msih boleh di selamatkan lg.

  19. zamri says:

    Salam ustaz,Saya nk tanya bersetubuh malam hari pada bulan ramadan…terlepas mandi wajib setelah masuk waktu imsak apa hukum nya ustaz?

  20. nurul says:

    aslmkm ustdaz saya bru melakukan hubungan intim d siang hari apa hukumnya

  21. Anis says:

    Assalamualaikum,

    kalau ikut pada penerangan di atas,bersetubuh di siang hari ramadhan batal puasa.untuk wanita kena ganti puasa,dan lelaki kena kifarah dan qada puasa.jika memilih untuk memberi makan kepada 60 orang miskin, boleh terangkan tak macam mana nak bagi?pergi masjid/pergi rumah anak2 yatim?saya kurang faham,kalau baca jawapan bagi tuan khairul tu pun saya masih kurang jelas.terima kasih.

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Anis,
      Jenis bayaran fidyah sama seperti bayaran zakat fitrah iaitu makanan asasi yang mengenyangkan bagi sesebuah negeri. Di Malaysia, makanan asasinya adalah beras. Kadar fidyah perlu dikeluarkan ialah satu mudd (secupak) daripada makanan asasi sesebuah negeri bagi setiap satu hari puasa ditinggalkan menurut jumhur ulama dan boleh juga dibayar mengikut nilaian harga beras seperti ditetapkan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

      Di Malaysia, ukuran satu cupak yang diguna pakai bersamaan 675 gram. Kadar fidyah pula tertakluk kepada kadar ditetapkan MAIN. Ia berbeza mengikut perkiraan harga timbangan beras di negeri masing-masing.

      Di kebanyakan negeri, kadar fidyah ditentukan berdasarkan kadar harga fitrah bagi tahun itu dan kemudian dibahagikan kepada empat untuk mendapatkan harga secupak beras.

      Contohnya, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kadar fidyah pada Ramadan 1432 Hijrah adalah sebanyak satu perempat kadar zakat fitrah iaitu RM1.75 sehari (kadar zakat fitrah RM7) sehingga ditetapkan semula kadar zakat fitrah pada Ramadan tahun berikutnya.

      Pihak yang berhak menerima fidyah ialah orang fakir dan miskin saja.
      Fidyah boleh diberikan lebih daripada satu cupak kepada seorang fakir miskin berlainan dengan kafarah. Ini kerana kafarah hendaklah diberikan sebanyak satu cupak saja kepada setiap orang fakir miskin sehingga 10 orang atau 60 orang mengikut jenis kesalahan dilakukan.

      Bayaran fidyah boleh dilakukan bermula selepas terbit fajar pada hari puasa Ramadan yang ditinggalkan kerana keuzuran seperti orang sakit yang tiada harapan sembuh, orang terlalu tua tiada berdaya untuk puasa dan perempuan hamil atau menyusukan anak.

      Bagaimanapun, diharuskan mengeluarkan fidyah sebelum terbit fajar bagi hari dikeluarkan fidyah itu dan diharuskan juga mengeluarkan fidyah terlebih dulu sebelum berbuka. Dibenarkan satu fidyah saja di hari dia berbuka dan tidak harus mendahului hari kedua. Tidak diharuskan membayar fidyah sebelum masuk Ramadan.

      Urusan fidyah boleh dibuat dan dibayar di MAIN atau terus kepada fakir miskin. Hasil kutipan bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam satu akaun amanah yang khusus untuk fidyah sebelum diagihkan kepada golongan fakir miskin seperti ditetapkan syarak.

      Pihak Baitulmal negeri adalah saluran terbaik untuk penyaluran bayaran fidyah. Selain itu, umat Islam juga tidak perlu bersusah payah membeli beras atau mencari pihak yang layak untuk menerima fidyah.

      Penyaluran fidyah melalui Baitulmal juga alternatif terbaik kerana ia lebih mudah di samping dapat mengelak berlaku kesilapan dalam agihan kepada golongan yang berhak. Berlaku juga situasi di mana bayaran fidyah dilakukan sendiri disalurkan kepada golongan yang tidak layak menerimanya.

      Sehubungan itu, umat Islam yang masih mempunyai tanggungan fidyah diri, ibu bapa atau keluarga yang masih belum ditunaikan disarankan terus berhubung dan berurusan dengan pegawai Baitulmal MAIN.

      Pihak Baitulmal sentiasa bersedia membantu membuat perkiraan serta menguruskan kutipan dan agihan bayaran fidyah yang akan disalurkan kepada fakir miskin mengikut kehendak syarak dengan selamat.

      Wasalam

  22. hassan says:

    Bagaimana dgn suami isteri yg sedang bermusafir…tak puasa kerana ruksah musafir…selepas itu mereka jima pada siang hari…apakah perlu di bayar kafarah juga?

  23. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    hassan
    Pokoknya tak boleh berjimak di siang bulan Ramadhan dengan apa alasan sekali pun. Maka wajiblah diganti puasanya dan membayar kifarah.

  24. Hamba Allah says:

    assalamu’alaikum..
    apakah boleh memberi makan pada org miskin sebanyak 60 orangnya bisa di lakukan tidak sekaligus 60 orang ??
    misalnya hari pertama memberi makan 10 orang dulu, lalu 2 hari berikutnya 5 orang dan bgitu sterusnya hingga lengkap 60 orang, apakah itu bisa ??

  25. Ingin tahu says:

    Salam..boleh tak pakcili terangkan apekah maksud ‘memerdekakan seorang hamba’..?

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Ingin tahu,

      Sebagai jawapan untuk pengetahuan kita bersama secara terperinci saya titipkan suntingan kandungan Kitab Al-’Itqi (Memerdekakan Budak)’ kepada komentar tuan di atas.

      1. PENGERTIAN ‘ITQ

      ‘Itq huruf ‘ain dikasrah, ialah memerdekakan budak. Pakar Bahasa Arab al-Azhari mengatakan: Kata ‘itq berasal dari perkataan orang Arab, ‘ataqal faras yaitu kuda lepas dan ‘ataqal farkh yakni anak burung terbang meninggalkan sarangnya. Disebut demikian, karena budak bisa bebas dengan jalan dimerdekakan sehingga ia bisa ke mana ia mau.

      2. ANJURAN MEMERDEKAKAN BUDAK DAN KEUTAMAANNYA

      Allah swt berfirman:

      “Maka tidaklah sebaiknya (dengan hartanya itu) ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar? Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (Yaitu) melepaskan budak dari perbudakan, atau memberi makan pada hari kelaparan, (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat, atau orang miskin yang sangat fakir.” (QS.Al-Balad: 11-16)

      Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda, “Barangsiapa yang memerdekakan seorang budak muslim, niscaya Allah akan memerdekakan satu anggota tubuhnya dari siksa neraka.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari V: 146 no: 2517, Muslim II: 24 dan 1509)

      Dari Abu Musa al-Asy’ari ra bahwa Nabi saw bersabda, “Ada tiga golongan yang mana mereka (kelak) akan diberi pahala dua kali: (Pertama) seseorang dari kalangan Ahli Kitab yang beriman kepada Nabinya, dan mendapati Nabi saw lalu beriman (juga) kepadanya serta mengikutinya dan membenarkan Beliau, maka baginya mendapatkan dua pahala. (Kedua) hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuannya, maka baginya dua pahala. Dan (ketiga) seorang laki-laki yang memiliki budak perempuan, ia memberinya makan dengan makanan yang bergizi, lalu ia mendidiknya dengan baik serta mengajarkan dengan baik (pula), kemudian ia memerdekakannya dan menikahinya, maka baginya mendapat dua pahala.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari I: 190 no: 97, Muslim I: 134 no: 154 dan lafadz ini baginya, Tirmidzi II: 292 no: 1124 dan Nasa’i VI: 115)

      3. BUDAK YANG PALING UTAMA DIMERDEKAKAN

      Dari Abu Dzar ra ia berkata: Saya pernah bertanya kepada Nabi saw, “(Ya Rasulullah), amalan apakah yang paling utama?” Rasulullah menjawab, “Iman kepada Allah, dan jihad di jalan-Nya.” Lalu saya bertanya (lagi), “Kemudian budak yang mana yang paling utama (dimerdekakan)?” Jawab Beliau, “Budak yang paling tinggi harganya dan paling terhormat di kalangan keluarganya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari V: 148 no: 2518 dan Muslim I: 89 no: 84).

      4. WAKTU DIANJURKAN MEMERDEKAKAN BUDAK

      Dari Asma’ binti Abu Bakar ra ia berkata, “Nabi saw pernah memerintah memerdekakan budak pada waktu ada gerhana.”

      5. SEBAB-SEBAB KEMERDEKAAN BUDAK

      Kemerdekaan budak bisa terjadi, pertama, karena dimerdekakan oleh tuannya demi mendambakan ridha Allah, sebagaimana telah dikupas oleh hadist-hadist yang lalu tentang keutamaannya.

      Sebab yang kedua, karena kepemillikan. Yaitu barangsiapa yang mendapatkan bagian rampasan perang yang di antaranya ada seorang mahramnya, maka dengan sendirinya mahram itu termerdekakan.

      Dari Samurah bin Jundab ra, dari Nabi saw, Beliau bersabda, “Barangsiapa memiliki budak dari keluarga yang haram (dinikahi olehnya), maka jadi merdekalah ia.” (Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 2046, ‘Aunul Ma’bud X: 480 no: 3830, Tirmidzi II: 409 no: 1376 dan Ibnu Majah II: 843 no: 2524)

      Sebab yang ketiga, kemerdekaan seorang hamba secara total bisa terjadi melalui proses sebagai berikut: seorang budak dimiliki dua tuan, lalu satu memerdekakan bagiannya, kemudian ia punya dana untuk menembus hamba itu dari tuan yang menjadi rekan sekutunya itu, lantas ia serahkan dana termaksud kepadanya, maka merdekalah budak itu secara total:

      Dari Abdullah bin Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memerdekakan bagiannya pada seorang hamba, dan ia mempunyai dana yang cukup buat harga hamba itu, maka ditaksirlah harga hamba itu dengan penaksiran yang pantas, lalu ia bayar hak-hak orang-orang yang berserikat dengannya dan merdekalah hamba itu; tetapi jika tidak, termerdekalah hamba itu sebanyak yang ia merdekakan.” (Muttafaqun ‘alaih: Fathul Bari V: 151 no: 2522, Muslim II: 1139 no: 1501, ‘Aunul Ma’bud X: 466 no: 3921 dan Tirmidzi II: 400 no: 1361).

      Kalau orang yang memerdekakan itu tidak punya dana untuk memerdekakannya secara keseluruhan, maka merdekalah si budak itu sesuai dengan kadar yang telah dimerdekakan oleh orang itu, dan ia wajib berusaha keras bekerja mengumpulkan dana untuk menembus sebagiannya lagi kepada tuannya:

      Dari Abu Huraitah ra bahwa Nabi saw bersabda, “Barangsiapa memerdekakan sebagian pada seorang budak, maka penyelesaiannya tergantung pada hartanya, jika ia mempunyai harta; jika tidak, maka nilai hamba itu ditaksir, kemudian disuruh berusaha dengan tidak menyulitkan atasnya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari V: 156 no: 2527, Muslim II: 1140 no: 1503, ‘Aunul Ma’bud X: 452 no: 2919, Tirmidzi II: 401 no: 1358 dan Ibnu Majah II: 844 no: 2527).

      6. TADBIR

      Tadbir ialah upaya memerdekakan budak yang digantungkan dengan masa kematian. Sebagian misal ada seorang tuan berkata kepada budaknya, “jika aku meninggal dunia, maka engkau merdeka.” Jadi, jika kemudian tuannya meninggal dunia, maka dengan sendirinya ia menjadi merdeka, jika harganya tidak lebih dari sepertiga jumlah hartanya. (Manurus Sabil II: 116)

      Dari Imran bin Husain, bahwa ada seorang laki-laki pernah mempunyai enam hamba sahaya. Ia tidak memiliki harta kecuali mereka. Kemudian ia memerdekakan mereka bertiga ketika hampir meninggal dunia. Maka Rasulullah saw membagi mereka menjadi tiga bagian, kemudian Rasulullah undikan antara mereka, lalu Beliau memerdekakan dua orang dan tetapkan empat orang sebagai hamba sahaya, dan Beliau berkata kepadanya dengan perkataan yang keras (yakni atas perbuatannya).” (Shahih: Mukhtashar Muslim no: 895, Muslim III: 1288 no: 1668, ‘Aunul Ma’bud X: 500 no: 1375 Tirmidzi II: 409 no: 3939 dan Nasa’i IV: 64).

      7. BOLEH MENJUAL HAMBA MUDABBAR DAN BOLEH MENGHIBAHKANNYA

      Dari Jabir bin Abdullah ra ia berkata, “Telah sampai (informasi) kepada Nabi saw bahwa ada seorang laki-laki dari kalangan sahabatnya memerdekakan hambanya secara mudabbar, ia tidak mempunyai harta selain (hamba) itu. Oleh sebab itu, Beliau kemudian menjualnya dengan harga delapan ratus Dirham, lalu uangnya Beliau kirimkan kepadanya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari XIII: 179 no:7186, Muslim II: 692 no: 997 ‘Aunul Ma’bud X: 495 no: 3938).

      Sumber: Diadaptasi dari ‘Abdul ‘Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil ‘Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma’ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm. 935 – 940.

  26. anis says:

    apa hukumya dalam puasa ramadahan bersetubuh di siang hari…!
    Tpi tidak menjalankan puasa(tidak puasa)..??!
    Tolog jawaban ya..
    Ditunggu

  27. anis says:

    apa hukumya dalam puasa ramadahan bersetubuh di siang hari…!
    Tpi tidak menjalankan puasa(tidak puasa)..??!
    Apakah harus membayar kaffarah ..?
    Tolog jawabanya..
    Ditunggu

    • jalanakhirat says:

      anis,
      Hukum bersetubuh di siang hari bulan Ramadan walau pun tak berpuasa adalah haram dan perlu membayar kifarah, perinciannya telah saya jelaskan dalam jawapan komentar di atas.

      wasalam..

  28. kapan untuk membayar kaffarah

  29. jalanakhirat says:

    amirudin al_waani,

    secepat mungkin sih !

  30. ahmadrazly says:

    ok……last y di perkataan tu..
    ‘Pergilah, maka memberi makanlah engkau akan ahli rumah engkau.selama mane nk bg makan ye????? boleh bantu saya..insan y tak tau apa2……maaf

  31. Insan Lemah says:

    Salam tuan. Disini ada 1 situasi. Si Isteri tidak sihat kerana hamil 3 bulan dan tidak berpuasa kerana sering muntah. Siang hari suami menyentuh kemaluan isteri dengan tangan hinggakan isteri orgasma. Suami meminta isteri menghisap kemaluan suami walhal si suami sedang berpuasa. Si isteri turuti kemahuannya dan menghisap kemaluan suami. Apakah hukumnya jika:

    1- hisapan isteri tanpa keluar air mani si suami.
    2- hisapan isteri hingga keluar mani si suami.

    Mohon penjelasan Tuan. Terima kasih.

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Insan Lemah,

      Kalau dilihat dari sudut pandang baku tentang hal-hal yang membatalkan puasa, sebenarnya bercumbu dengan isteri tidak membatalkan puasa, selama tidak sampai inzal (keluar mani). Begitu juga bila seorang suami mencium isterinya atau memeluknya tidak membatalkan puasa.

      Yang membatalkan puasa adalah percumbuan yang sampai inzal atau sampai betul-betul terjadi hubungan seksual suami isteri. Bahkan selain membayar qadha` juga diwajibkan membayar kaffarah. Karena hubungan seksual di siang hari bulan Ramadhan termasuk perbuatan yang merusak kesucian Ramadhan itu.

      Dari Umar bin Al-Khattab ra. berkata, “Aku bernafsu maka aku mencium (isteriku) sedangkan aku dalam keadaan puasa, maka aku bertanya, “Wahai Rasulullah, hari ini telah melakukan hal yang besar karena aku telah mencium isteriku dalam keadaan puasa..” Rasulullah SAW menjawab, “Bagaimana pendapatmu bila kamu berkumur-kumur sedangkan kamu dalam keadaan puasa?” Aku menjawab, “Ya tidak mengapa.” Rasulullah SAW menjawab lagi, “Ya begitulah hukumnya.” (HR Abu Daud- shahih)

      Kumur adalah memasukkan air ke dalam mulut untuk dibuang kembali dan hal itu boleh dilakukan saat puasa meski bukan untuk keperluan berwudhu`. Namun harus dijaga jangan sampai tertelan atau masuk ke dalam tubuh, karena akan membatalkan puasa.

      Bersetubuh tapi tidak sampai jima’

      Percumbuan dengan isteri namun tidak sampai terjadi inzal atau hubungan kelamin memang tidak membatalkan puasa. Namun kita juga mendapatkan riwayat hadits yang menyebutkan bahwa Rasulullah SAW pernah melarang seseorang yang sedang puasa untuk mencumbui isterinya. Dan pada waktu lainnya, beliau juga pernah membolehkan yang lain untuk melakukannya. Bagaimana hal itu bisa terjadi?

      Ternyata ketika melarang seseorang untuk mencumbui isterinya, pertimbangan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah karena orang itu tidak mampu menahan dirinya dari dorongan syahwat, sehingga ditakutkan bahwa percumbuannya itu akan membawanya kepada hal yang lebih jauh seperti hubungan kelamin.

      Dan ketika beliau membolehkan orang lain untuk bercumbui isterinya, maka pertimbangannya adalah karena orang tersebut mampu menahan dorongan syahwat dan bisa menguasai diri saat bercumbu.

      Lebih jelasnya, mari kita baca hadits tersebut:

      Dari Abi Hurairah ra. bahwa ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang mencumbui wanita bagi orang yang puasa. Rasulullah SAW llau memberikan rukhshah (keringanan) bagi orang itu. Kemudian datang lagi yang lainnya tapi nabi melarangnya. Ternyata yang diberi keringanan adalah orang yang sudah tua sedangkan yang dilarang adalah yang masih muda. (HR Abu Daud – shahih)

      Bahkan ada atsar yang lebih jelas dari hadits di atas:

      Dari Said bin Jubair bahwa seorang bertanya kepada Ibnu Abbas, “Aku baru saja menikah dengan anak pamanku yang sangat cantik dan kami berbulan madu di bulan Ramadhan. Bolehkah aku menciumnya?” Ibnu Abbas menjawab, “Bisakah kau kuasai dirimu?” Dia menjawab, “Ya.” Ibnu Abbas berkata, “Ciumlah isterimu.” Dia bertanya lagi, “Bolehkah aku mencumbuinya?” Ibnu Abbas menjawab, “Bisakah kau kuasai dirimu?” Dia menjawab, “Ya.” Ibnu Abbas berkata, “Cumbuilah isterimu.” Dia bertanya lagi, “Bolehkah aku memegang kemaluannya?” Ibnu Abbas menjawab, “Bisakah kau kuasai dirimu?” Dia menjawab, “Ya.” Ibnu Abbas berkata, “Peganglah.”

      Ibnu Hazm berkata bahwa riwayat ini shahih dari Ibnu Abbas dengan syarat dari Bukhari.

      Namun bila dalam percumbuan itu sampai terjadi keluarnya mani (inzal) maka para ulama mengatakan bahwa hal itu membatalkan puasa. Karena salah satu hal yang membatalkan puasa adalah keluarnya mani bila dilakukan dengan sengaja, baik dengan cara istimna’ (onani) ataupun dengan percumbuan dengan isteri. Itulah yang disebutkan oleh ustaz Assayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqhus Sunnah jilid 1 halaman 466.
      Namun ada juga yang mengatakan bahwa bila percumbuan itu sampai keluar mani (inzal) maka tidaklah membatalkan puasa. Di antara yang berpendapat demikian adalah Syeikh Al-Albani dalam kitab beliau Tamamul Minnah. Al-Imam Asy-Syaukani termasuk yang juga condong kepada pendapat tersebut. Begitu juga dengan Ibnu Hazm, tokoh dari kalangan mazhab Az-Zhahiri.

      Sedangkan keluarnya mazi menurut umumnya pendapat ulama, bukanlah hal yang membatalkan puasa.

      Namun secara umum, kita diperintahkan pada saat-saat itu untuk menahan segala nafsu dan dorongan syahwat dengan tidak makan, tidak minum dan tidak melakukan hal-hal yang keji dan mungkar. Termasuk hal-hal yang bisa membawa seseorang terjerumus dan membatalkan puasanya.

      Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

  32. Hamba Allah says:

    assalamu’alaikum..
    apakah boleh memberi makan pada org miskin sebanyak 60 orangnya bisa di lakukan tidak sekaligus 60 orang ??
    misalnya hari pertama memberi makan 10 orang dulu, lalu 2 hari berikutnya 5 orang dan bgitu sterusnya hingga lengkap 60 orang, apakah itu bisa ??

  33. jalanakhirat says:

    Waalaikumusalam

    Hamba Allah,
    Sehingga kini saya maseh belum menemui kitab yang menulis mengenai membayar kifarah makan 60 orang beransur ansur, makanya saya tidak berani menjawapnya mengunakan akal tanpa nas atau hadis.

    Biasanya sistem bayar ansur ansur (BAA) ini sistem banking, oleh itu anda bolehlah meminjam wang di bank untuk membayar kifarah tersebut dan membayar hutang bank itu secara bayar ansur ansur (BAA) untuk menjadi Islam moden.

    Wasalam.

  34. Ahmadi says:

    Assalamualaikum;
    Saya telah membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan 24 tahun yg lalu (2 hari kerana kerja berat) tapi masih belum cukup kerana niat ansuran tiga kali.. ( puasa memang sudah di ganti terdahulu darinya)
    Masalah sekarang sudah masuk ramadhan semula menjadikan jumlah tahun itu bertambah setahun… (menjadi 25 tahun = kerana 24 tahun + 1 tahun) tetapi fidyah itu masih lagi tertunggak.
    Kerana jumlah kiraan fidyah mengikut negeri berbeza…
    jumlah tertinggal puasa 2 hari tetapi jika kita lalai dan lupa kiraan fidyah bagi 2 hari tersebut sudah menjangkau ribuan ringgit.. kerana itu saya terpaksa membayar berdikit dikit.. namun masih juga terlangkau dengan masa dan keadaan yang sukar buat saya…
    bagaimana ya Pakcik Li …

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Tuan Ahmadi,
      Jika menurut pendapat saya, Allah swt itu menurut sangkaan kita. Kalau kita terlalu berkira denganNya, maka Allah swt akan berkira dengan kita. Oleh itu sebagai hambaNya yang lemah dan fakir lagi hina perlukah kita terlalu berkira dengan Allah swt. Lakukanlah sekadar menurut kemanpuan. Hadis di bawah ini saya titipkan untuk renungan kita bersama bagaimana sesuatu itu dilakukan menurut kemampuan.

      Meriwayatkan hadith daripada Sufian bin ‘Uyainah, hadith daripada Zuhri, hadith daripada Humaidi bin Abdil Rahman, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata :

      ‘Datanglah seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia: ‘Rosaklah aku, wahai Rasulallah (s.a.w)!’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apa yang merosakkan engkau?’ Berkata lelaki: ‘Menjimak atas isteriku di dalam bulan Ramadhan.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah menjumpai engkau apa-apa untuk memerdekakan seorang hamba?’ Jawab lelaki: ‘Tiada.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Maka adakah mampu engkau bahawa berpuasa engkau dua bulan berturut-turut?’ Menjawab lelaki: ‘Tidak.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah memjumpai engkau apa-apa (untuk) memberi makan 60 orang miskin?’ Menjawab lelaki: ‘Tiada.’ Berkata Abi Hurarirah (r.a)(perawi hadith): ‘Kemudian duduk dia.Maka didatangkan kepada Nabi (s.a.w) sebuah bekas yang didalamnya berisi kurma. (Saat itu datanglah orang membayar zakat kepada Rasulallah (s.a.w)) Maka (diberikan kepadanya zakat yang diterimanya dan) bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bersedekahlah engkau dengan ini.’ Berkata lelaki: ‘Apakah ada orang yang lebih fakir daripada aku? Maka tidak ada antara tanah lapang ahli Madinah yang lebih memerlukan atas (ini pemberian) lebih dari aku!’ Maka tertawa Nabi (s.a.w) (mendengar cakap lelaki itu) sehingga ternampak gigi taringnya, kemudian bersabda Nabi (s.a.w): ‘Pergilah, maka memberi makanlah engkau akan ahli rumah engkau.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam]

      Wasalam.

  35. rizal lubis says:

    salam ustad ,
    kl seorang mau bersetubuh istrinya di siang hari pada bulan rahmdahan , tpi sebelum bersetubuh di batalkannya puasanya sesudah di batalnya maka seorang itu di setubuinya istrinya .

    trs pertanyaan saya ustad . apakah membayar kifarat orang bersetubuh demikian itu ustad . mohon di bls cepat ya ustd

  36. kucing_85 says:

    salam,macam mana niat untuk berpuasa 2 bulan berturut2 kaffarah..terima kasih

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      kucing-85,
      Dibawah ini adalah niat puasa Ramadhan, Qadla, Kifarat dan Puasa Nadzar.

      1. Niat Puasa Ramadhan

      نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ

      NAWAITU SHAUMA GHADIN AN ADAA-I FARDI SYAHRI RHOMADHOONA HADZIHIS SANATI LILLAHI TA’ALAA

      Niat saya puasa esok hari Bulan Ramadhan, fardu karena Allah SWT.

      2. Niat Qadla Ramadhan

      نـَوَيْتُ صَوْمَ الْقَضَاءِ عَنْ رَمـَضَانَ لِلـّهِ تـَعَالىَ

      NAWAITU SHAUMAL QODHOO-I ‘AN ROMADHOONA LILLAHI TA’ALAA

      atau

      نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ قَضَاءِ فـَرْضِ رَمـَضَانَ لِلـّهِ تـَعَالىَ

      NAWAITU SHAUMA GHODIN ‘AN QADHAA-I FARDI RHOMADHOONA LILLAHI TA’ALAA

      3. Niat Puasa Kifarat

      نـَوَيْتُ صَوْمَ الْكَفَارَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ

      NAWAITU SHAUMAL KAFAARATI LILLAHI TA’ALAA

      4. Niat Puasa Nadzar

      نـَوَيْتُ صَوْمَ النََّذْرِ لِلّهِ تـَعَالىَ

      NAWAITU SHAUMAN NADZRI LILLAHI TA’ALAA

      Wasalam

  37. faizal says:

    salam. saya nak tanyalah, kalau pasangan yang belum berkahwin, tapi mereka bersetubuh, tapi difahamkan perempuan tersebut masih mempunyai dara, cuma laki2 tersbut meletak kemaluannya sedikit ke dalam. oleh itu, apa jadi dengan puasanya? terima kasih.

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Faizal,
      Hukuman Bagi Orang-orang Yang Berzina

      Dalil dari Al-Qur’an adalah: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al-Israa’: 32)

      Ketika disebut bahwa hukuman zina adalah 100 kali dera bagi yang belum menikah dan rejam bagi yang berkeluarga, banyak orang yang belum beriman merasa bahwa hukuman Islam itu kejam.

      Padahal jika dipikir, Allah telah memberi banyak kelonggaran. Allah telah memperingatkan untuk tidak mendekati zina. Allah menghalalkan pernikahan. Jika tak cocok, Allah juga mengizinkan (meski Allah membenci perceraian) orang bercerai untuk kemudian menikahi orang yang dia inginkan. Allah bahkan mengizinkan seorang Lelaki untuk beristeri sampai dengan 4 asal dia adil dan memberi nafkah seluruh isterinya lahir dan batin.

      Jadi kenapa harus berzina? Kalau tidak berzina, maka hukuman yang keras itu tidak akan diterapkan bukan?

      Tapi kalau hukuman zina sangat ringan, maka perzinaan merajalela. Berbagai penyakit seperti GO, Rajasinga, bahkan AIDS yang mematikan bukan saja menimpa sang pelaku zina, tapi juga pasangan dan bayinya yang tidak berdosa.

      Betapa banyak pembunuhan atau pertengkaran yang terjadi karena zina atau cemburu buta. Seorang wanita yang hamil 6 bulan dibunuh oleh “kekasihnya” setelah dia minta pertanggung-jawaban agar dinikahi. Berapa banyak lelaki yang memperkosa perempuan yang masih dibawah umur 5 tahun, bahkan memperkosa anak kandungnya sendiri.

      Itulah keruntuhan moral yang terjadi karena manusia enggan melaksanakan hukum Allah karena lemahnya iman mereka.

      “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” [An Nuur:2]

      “Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada dimasjid. Lelaki itu memanggil baginda s.a.w, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina, Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan menghadapkan wajahnya ke arah lain. Lelaki itu berkata lagi kepada baginda, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina, sekali lagi Rasulullah s.a.w berpaling daripadanya.

      Perkara itu berlaku sebanyak empat kali. Apabila dia mengaku ke atas dirinya sampai empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bersabda: Adakah kamu gila? Lelaki itu menjawab: Tidak, Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Apakah kamu sudah berkahwin atau berumahtangga? Lelaki itu menjawab: Ya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabatnya: Bawalah dia pergi dan laksanakanlah hukuman rejam ke atas dirinya” [Bukhori-Muslim]

      “Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan sianu. Ma’iz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya” [Bukhori-Muslim]

      MENJALANKAN HUKUM REJAM

      (1) Hukuman rejam bagi pesalah lelaki hendaklah dijalankan hukuman itu dalam keadaan berdiri tanpa diikat dan tidak ditanam, samada berdiri tanpa diikat dan tidak ditanam, samada kesalahannya disabitkan dengan saksi atau dengan iqrar (pengakuan), kerana Rasulullah saw tidak menanam Ma’iz bin Malik, dan dua orang Yahudi ketika dijalakan hukuman rejam ke atas mereka itu.

      (2) Pesalah-pesalah perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam hendaklah ditanam sebahagian badannya, jika kesalahan itu disabitkan dengan saksi. Cara menjalankan hukuman rejam ke atas pesalah-pesalah perempuan sebagaimana tersebut adalah merujuk hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah daripada Bapanya katanya:-

      Bahwasanya Nabi saw telah merejam seorang perempuan, lalu digalikan lubang hingga ke paras susu perempuan itu untuk merejamnya. – Riwayat Abu Daud

      (3) Pesalah-pesalah perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam yang disabitkan kesalahan dengan iqrar (pengakuan perempuan itu) tidak perlu ditanam ketika dijalankan hukuman rejam, tetapi hendaklah diikat pakaian perempuan itu supaya tidak terbuka auratnya.

      (4) Mereka yang mati disebabkan rejam, mayat mereka itu hendaklah dimandikan, dikapankan, disembhayangkan dan dikebumikan di perkuburan orang Islam sebagimana Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Buraidah mengenai mayat Ma”iz b Malek yang mati direjam sabdanya:

      Laksanakanlah mayat Ma’iz itu sebagimana kamu laksanakan mayat-mayat kamu. -Riwayat Ibnu Abi Syaibah.

  38. anis says:

    Salam ustaz,
    saya nk tanya sekiranya kita ingin membyar kifarah yang ketiga iaitu memberi 60 org fakir miskin makan bermakna ia sudah merangkumi suami dan isteri ka atau salah seorg sahaja…

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Anis,
      Hukum bagi wanita yang disetubuhi, apakah baginya kaffarah. Pendapat yang kuat adalah tidak wajib membayar kaffarah. Cuma suaminya saja yang wajib membayar kaffarah.

      Wasalam.

  39. insan jahil says:

    Asalam saya banyak kemuskilan ingin bertanya n dirungkaikan.
    1 ) sah ke puasa saya jika mandi wajib selepas masok subuh?krn bejimak dmlm hri
    2 ) apakah hukum dan denda yg dikenakan jika melakukan jima di siang hari bg pasangan yg belom bekhwin?rejam itu pasti.saya tahu,tapi adekah lelaki n prmpuan itu prlu berkafarah jiga?
    3 ) dmlm hari bersetubuh tetapi tidak mandi wajib kerana si lelaki hanya memasukkn kepala zakar nya sahaja.adakah sah puasa itu?
    4 ) sah ke puasa seseorg jika tidak mandi wajid krn bersetubuh dmlm hari?
    5 ) tolong beri waktu yang sesuai untuk mandi wajib jika besetubuh dmlm hari supaya puasa itu sah
    Tolong jawab segala soalan n kemuskilan saya ya.diharap sangat . Terima kasih

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Insan jahil,

      1) Sah puasanya.
      2) kalau maseh hidup lagi setelah direjam, perlulah membayar kaffarah dan ganti puasa.
      3) Kalau dah masuk kepala zakar kedalam kemaluan, bermaksud bersetubuhlah itu dan batallah puasa, maka perlu bayar kiffarah dan ganti puasa.
      4) sah puasanya.
      5) Bukankah perlu mandi wajib sebelum menunaikan solat fardu subuh, maka manjilah sebelum solat.

      Wasalam.

  40. penjual_tapai says:

    asalamualaikum saya nk tnya klu byar kifarah mgunakan wang boleh tak mngikut jumlah 2.7kg beras bersamaan rm105.00..?

  41. penjual says:

    asalamualaikum saya nk tnya klu byar kifarah mgunakan wang boleh tak mngikut jumlah 2.7kg beras bersamaan rm105.00..?.

  42. penjual says:

    asalamualaikum

    susah nk hntar komen kat pakcik ni…ok sya nk tanya klu bayar kifarah dngan wang boleh tak pakcik…60 x 1.75 = RM 105.00. secupak beras = RM1.75…

    • jalanakhirat says:

      Asalamualaikum

      Penjual,
      Pihak Baitulmal negeri adalah saluran terbaik untuk penyaluran bayaran kiffarah atau fidyah. Selain itu, umat Islam juga tidak perlu bersusah payah membeli beras atau mencari pihak yang layak untuk menerima fidyah.

      Penyaluran kiffarah atau fidyah melalui Baitulmal juga alternatif terbaik kerana ia lebih mudah di samping dapat mengelak berlaku kesilapan dalam agihan kepada golongan yang berhak. Berlaku juga situasi di mana bayaran kiffarah atau fidyah dilakukan sendiri disalurkan kepada golongan yang tidak layak menerimanya.

      Sehubungan itu, umat Islam yang masih mempunyai tanggungan kiffayah atau fidyah diri, ibu bapa atau keluarga yang masih belum ditunaikan disarankan terus berhubung dan berurusan dengan pegawai Baitulmal MAIN.

      Pihak Baitulmal sentiasa bersedia membantu membuat perkiraan serta menguruskan kutipan dan agihan bayaran kiffarah atau fidyah yang akan disalurkan kepada fakir miskin mengikut kehendak syarak dengan selamat.

      Wasalam

  43. nadiah says:

    sy nk tnye, ade pendpt ckp suami istri perlu membatalkan puasante dulu sblm nk besetubuh di siang hari. contoh minum air dl sblm nk besetubuh. then ganti puasa. bolh ke mcmtu? time kasih

  44. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    Nadiah,
    Pokoknya haram hukumnya bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan, tak kiralah samada berpuasa atau tidak. Maka perlulah membayar kiffarah dan menganti puasa tersebut.

    Wasalam.

  45. anginlalu says:

    Assalamualaikum.
    Isteri saya bergesel pd kemaluan sya,tiba2 keluar air mani..sya nak tanya mcmana dgn puasa saya?sah ke batal?kerana sya x memasukan kemaluan sya pd farajnya..mohon penjelasan
    Terima kasih

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Anginlalu,
      Batal puasa jika tuan sengaja membiarkan sang isteri mengesel kemaluan tuan sehingga keluar air mani.

      Air mani yang keluar dengan tidak sengaja seperti bermimpi pada waktu siang puasa, secara tiba-tiba terpancar air mani bukan disebabkan memikirkan persetubuhan atau memandang aurat wanita. Maka hal ini tidak membatalkan puasa. Keluarnya mazi iaitu air yang keluar ketika seseorang bersyahwat sebelum keluarnya mani tidak membatalkan puasa. Tetapi perbuatan bersyahwat itu dapat mengurangkan pahala puasa tersebut, kerana ia memikirkan perkara membangkitkan nafsunya ketika dalam puasa.

      Batal puasa bagi orang yang mengeluarkan maninya dengan sendiri atau sengaja seperti bersetubuh dengan isterinya, onani atau berkhayal memikirkan kecantikan tubuh wanita sehingga terkeluarnya mani. Begitu juga dengan wanita yang berkhayal atau onani sehingga mengeluarkan air maninya dengan sengaja. Hal ini juga merupakan dosa dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah.

      Wasalam.

    • jalanakhirat says:

      Anginlalu,

      Baca niat ganti puasa di bawah ini pada malam hari selepas aidulfitri nanti dan puasa keesukan harinya.

      Niat Qadla Ramadhan

      نـَوَيْتُ صَوْمَ الْقَضَاءِ عَنْ رَمـَضَانَ لِلـّهِ تـَعَالىَ

      NAWAITU SHAUMAL QODHOO-I ‘AN ROMADHOONA LILLAHI TA’ALAA

      atau

      نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ قَضَاءِ فـَرْضِ رَمـَضَانَ لِلـّهِ تـَعَالىَ

      NAWAITU SHAUMA GHODIN ‘AN QADHAA-I FARDI RHOMADHOONA LILLAHI TA’ALAA

  46. Dhia Amira says:

    Salam.
    Sy pernah terdengar, klu nak bersetubuh di siang hari ramadan, kena batalkan puasa dahulu untuk elakkan kena kafarah. Kami telah membatalkan puasa 3 hari untuk tujuan bersetubuh. Daripada penerangan sebelum ini, kafarah tetap dikenakan walaupun telah membatalkan puasa terlebih dahulu. Bagaimana pembayaran kafarah untuk 3 hari. Adakah 60hari x 3 kali persetubuhan itu @ hanya sekali untuk 3 kali persetubuhan itu??

    Wassalam

  47. jalanakhirat says:

    Waalaikumusalam

    Dhia Amira,
    Suami puan kena bayar kafarah 60 hari x 3 kali dan puan kena ganti puasa 3 hari.

    berdasarkan komentar di halaman ini banyak dikalangan mereka yang melakukan persetubuhan di siang hari, ada baiknya jika persetubuhan itu dilakukan di malam hari untuk membina kesihatan dan kepuasan nafkah batin.

    Sila klik url di bawah ini untuk memperolehi panduan waktu waktu keutamaan melakukan persetubuhan; https://jalanakhirat.wordpress.com/2013/08/06/waktu-waktu-yang-utama-melakukan-persetubuhan/

    wasalam.

  48. farhana says:

    Salam…saya nak tanye, bagaimana kalau sepasang suami isteri tidak mengetauhi jika melakukan persetubuhan di siang hari dalam bulan ramadhan dikenakan kafarah. mereka menyangka hanya dikenakan ganti puasa ikut berapa hari dia batalkannye. tapi mengetauhi dikenakan kafarah selepas melakukannya 2 kali. adakah pengecualian bagi pasangan yang jahil ini? atau tetap di kenakan kafarah? mohon penjelasan…

  49. jalanakhirat says:

    Waalaikumusalam

    Farhana,
    kena bayar kifarah.

  50. ana says:

    Salam..sy ingin bertanya.apakah hukum bersetubuh di siang hari di bulan ramadhan dengan sengaja dan bukan pula dgn pasangan yg sah(belum berkahwin).apakah yg perlu sy lakukan.perlu kaffarah dan qadha ataw apakah yg perlu dilakikan.
    sekian terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s