Lelaki mendakwa Imam Mahadi mengamuk ditembak mati di JPM

Polis tembak mati lelaki mengamuk di depan JPM

PUTRAJAYA: Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Imam Mahadi’ mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.

Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.

Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek

telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent

dan Perodua Kancil milik petugas JPM.

Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.

Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang

tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat

dengan menggunakan pedang samurai.

“Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan.

Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.

Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’ manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.

Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas.

Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan. — BERNAMA

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Lelaki mendakwa Imam Mahadi mengamuk ditembak mati di JPM

  1. elfan berkata:

    karena itu jangan ditunggu Imam Mahdi karena dia tak akan datang. Begitu juga Isa Al Masih. Cukup pegang Al Quran dan As Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s