Pekara makruh ketika bersetubuh

1. Makruh jima’ pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.

2. Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang.

3. Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.

4. Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta.

5. Makruh jima’ jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.

Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam bulan Islam, iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan. Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.

Fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syara’ yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakan) ulama.

Ada juga ulama’ berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Pekara makruh ketika bersetubuh

  1. Tolong padam entry ni bagi mengelak anda menanggung dosa. Kenyataan berikut berdasarkan hadith palsu ciptaan Syiah…

  2. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    Tuan Mutiara wangi, jika intri ini hadis palsu memadailah tuan menyatakannya palsu untuk pengetahuan mereka yang melayarinya atau membacanya, jika ianya hadis palsu sekurangnya mereka mengetahui ianya palsu.. Tidak perlulah tuan minta saya melupuskannya dan pantas menghukum saya berdosa mengirimkannya dan menuduh sesiapa menciptanya. Saya perhatikan banyak lagi yang tuan perlu pelajari untuk menjadi seorang Islam yang rasional.

    Wasalam.

    • Wsalam

      Mmg yg sebenar boleh memberi hukuman berdosa atau tidak sesorg itu adalah Pencipta kita sendiri. Manusia tidak boleh menghukum seseorg itu berdosa atau tidak tetapi boleh menghukum sesuatu perbuatan itu berdosa atau tidak berdasarkan ilmu yg telah kira pelajari. Contoh: Perbuatan menyebarkan kenyataan yang palsu semestilah ia berdosa. Dan jika yg menyebarkan itu tidak bertaubat, secara ilmu yg kita pelajari tentulah pelaku akan menangung dosa. Saya menegur tuan secara baik. Andai tuan rasa tuan di pihak yang benar atau rasa berkeras hati ingin teruskan juga terpulang pada Tuan… Saya rasional dalam menilai apa yg tuan katakan.

      • jalanakhirat says:

        Asalamualaikum

        saya tidak pasti samada Tuan atau Puan Mutiara Wangi ni, saya harap anda tidak berkecil hati jika saya tidak melupuskan intri ini, pun begitu bukan bermakna saya dipihak yang benar dan berkeras hati dan anda dipihak yang salah malahan saya menghargai kebaikan hati anda. Jika kita menemui perkara yang salah bukan dengan cara melupuskannya tapi adalah dengan cara menyatakan kesalahannya. Jika kita percaya sekalian kejadian alam ini ciptaan tuhan, apakah kita perlu melupuskan apa yang kita rasa tidak benar ?. Pekara ini sangat saya kesali dan saya memohon maaf.

        Wasalam

  3. Eyriqazz says:

    assalamualaikum..

    sy xfaham maksud admin..apa yg cuba admin sampaikan disini?jika admin sendiri sudah mengetahui perkara di atas adalah palsu maka untuk apa disimpan lagi?tidak bolehkan admin memadamnya dan upload perkara yang sebetulnya dan tidak palsu..sy pada mulanya sudah hampir percaya dengan apa yang admin sampaikan sehinggalah hati sy tergerak utk membaca ruangan komen..adakah perlu bg setiap orang utk membaca sehingga ruangan komen?apa akan terjadi sekiranya sy tidak membaca ruangan komen dan terus memberitahu keluarga dan rakan2 sy tntang perkara ini?bukankah mnyebarkan sesuatu yg dusta itu perkara berdosa?dgn sy sekali mndapat dosa..ya benar,dgn cara menyatakan kesalahannya..tp dimanakah ayat admin dlm menyatakan kesalahan entri di atas?diruangan komen?berfikirlah admin..apabila ada yg menegur utk kebaikan,maka terimalah ia..jangan terlalu ego utk mnerima ksilapan diri sendiri..salah silap mohon dimaafkan.. 🙂

    wassalam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s