Siapakah Syaitan Iblis Jin dan Jembalang ?

Apa yang perlu disedari bahawa pengkelasan berkenaan maksud dan dituju pada hati seorang hamba kepada amal ibadat memang terbukti nyata ada jika diperhatikan diperhalusi segala tindak-tanduk feel kelakuan kebanyakan manusia.

Satu golongan daripada mereka ialah yang terdiri daripada alim ulama atau seseorang yang merasai mempunyai sedikit kelebihan ilmu, sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat. Ahli-ahli ilmu ini dengan pelbagai kelebihan diri mereka telah memperbuat pelbagai kebajikan kononnya untuk saudara-saudara sebangsa atau saudara seagama. Mereka menganjurkan amar dan pelbagai kebaikan, menyeru manusia kononnya kembali kepada Al-Qur’an dan Al-Hadis, taat dan patuh kepada perintah agama, tetapi dalam hati kecil mereka mengendung bersama harapan dan keinginan

* agar mereka termasyhur sebagai penganjur kebenaran,

* terkenal dengan ketinggian dan kebenaran ilmu mereka,

* suka untuk didekati dan dikenali serta dihormati oleh manusia ramai.

Mereka akan rasa seronok dan berbesar hati jika mereka dihormati kerana kebaikan dan ketinggian mereka, dan akan merasa kecewa dan kadang-kadang melenting apabila kebaikan dan ketinggian mereka diremehkan oleh orang lain. Antara ciri-ciri mereka yang sebegini ialah;

* Suka bercakap dan banyak menghabiskan masa dengan manusia dalam memperagakan hal diri mereka;

* Suka berdebat dan berjidal dalam mempertahankan pendirian dan pegangan ilmu mereka;

* Suka merendah-rendahkan ahli-ahli ilmu yang lain, lebih-lebih lagi ilmu-ilmu yang mereka tidak kuasai atau langsung tidak tahu mengenainya.

* Cepat menjatuhkan hukum ini dan itu kerana kononnya punya alasan dan bukti-bukti yang kukuh bersumberkan zhohir ayat Al-Qur’an dan Al-Hadis.

* Senang jika ilmunya diakur dan akan melenting apabila datang sanggahan.

Inilah perihal ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli kebajikan yang menggunakan kelebihan yang ada pada mereka untuk mendapat mencari habuan diri dan perhatian manusia. Hamba kepada dirinya dan hamba kepada manusia. Tidaklah mereka tergolong dalam golongan mereka yang berikhlas kepada Allah. Mulut kata ikhlas tetapi hati penuh dengan najis syirik dan penderhakaan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Siapakah Syaitan Iblis Jin dan Jembalang ?

  1. Kamarul Bahrin Ab Wahab says:

    Pada fikiran saya iblis lebih baik perangai dari kebanyakan manusia kerana iblis buat salah terhadap Allah sekali sahaja kerana enggan sujud pada Adam manakala manusia sentiasa melakukan kesalahan yang tidak terkira banyak nya. Dari segi taat saya rasa Iblis lebih taat pada Allah dari kebanyakan manusia cubalah renung renungkan. wassalam.

  2. doa says:

    Bismillah,assalamualaikum wrhmtullahiwbrkth,sy bersyukur kerana banyak blog2 yg berunsur agama dptlah menambah ilmu pengetahuan,sy berdoa moga Allah memberkati usaha2 dakwah mrka yg murni,mengenai artikel diatas,bagi sy oklah drp takde,ilmu itu kan tak terbatas,setiap org akan bersyarah mengikut ilmu yg ada padanya,sy teringat jwpan salah seorg guru,katanya klu nak tau pasal gigi cari dr.gigi,nak tau pasal sakit puan cari dr.sakit puan,jgn sebaliknya nanti haru biru hehe begitu jugalah bab agama kata guru tu,fikir2 logik juga,ada sy jumpa org ni alim tapi susah nak belajar dgnnya sbb mungkin dia takut sy tak boleh pegang/bawa/salahguna atau amal,ada guru yg biasa2 ni senang pula ajar ilmu,katanya ilmu itu milik Allah,ia wajib disampaikan apalagi klu org dah minta,tak kisahlah menyampai itu fasik ke ustaz ke ulama ke yg penting jgn bercanggah dgn hukum2 yg asal.sy faham maksud artikel kat atas tu,begitu juga dgn pemilik2 blog masing2 sama 2×5=11 juga.siapa alim,siapa betul,siapa ilmu paling tinggi,siapa paling takwa itu hanya Allah yg tahu,masing2 akan ditanya,cuma sy yg cetek ilmu agama ni terfikir kenapa org2 islam itu sendiri bertelagah,tapi klu diberi pilihan,cnth seorg ulama tapi amalan agama biasa2 aje dan seorg lagi ulama tapi amalan agamanya lebih dr biasa malah seluruh kehidupan sehariannya beribadah,apabila ia menjatuhkan hukum sy ikut yg kedua iaitu amalan nya lebih dr biasa sbb sy tak tahu.sekian terima ksih tuan guru pemilik blog ini,sy suka baca blog tuan wassalam.

  3. Ahm Syarif says:

    yach begitulah jika tidak ikhlas dalam beribadah dn beramal tak merasa bla dia telah melakukan Riya…Naudzubillah…

  4. Rival says:

    huffff………!!!!!!!!makanya jadi orang tuh sanhtai aja coy…! kelak nanti semua yg kt perbuat akan dpt balasannya jga.! banyak orang bilang ,’Gimna sih bentuknya neraka dan surga…..?Muka Rasulullah itu kaya gimna che…..? Iblis itu kaya gimana sih….? Banyak penjelasan tentang alam akhirat yang tidak dapat diterima nalar, tapi apapun itu masa bodoh……!!!!!!!! Semua itu bakal kita alami juga nanti dan akan saksikan dengan mata kepala sendiri……!!!!!Buat apa terlalu sok baik dan suci…..? Buat apa jadi orang kafir………? Santai aja lah…..karna ini sudah tertulis dalam LAUH MAHFUDZH……..!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s