Punca batal air wuduk bersentuhan suami isteri

SAYA pernah berselisih pendapat dengan rakan mengenai wuduk. Soalan saya, adakah terbatal wuduk jika kita bersentuhan dengan isteri sendiri. Setahu saya ia terbatal, tetapi beberapa rakan saya menafikannya dan mereka pernah terbaca di dalam sebuah buku yang mengatakan ia tidak terbatal. Mohon Datuk berikan penjelasan.

IZUDIN
Lumut, Perak

Persoalan sama ada wuduk batal dengan sentuhan suami isteri bermula daripada berbeza tafsiran ayat berkaitan wuduk… “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6). Ulama yang menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas – dengan maksud mengatakan batal wuduk jika bersentuhan lelaki dan wanita termasuk suami isteri, dengan itu menurut mazhab Syafie, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.

Hanafi pula mentafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Tafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: bahawa Rasulullah SAW mencium atau mengucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar). Justeru, pada Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak.

Ada hadis lain diriwayatkan al-Nasa’i dan Ahmada, juga daripada Aisyah, katanya: Nabi mencium sebahagian daripada isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang dan tidak berwuduk.

Lalu Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan ulama Syafie dan Hanafi dan berpandangan bahawa menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk jika dengan tujuan ‘talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan. Begitulah rahmatnya perbezaan pandangan ulama yang semuanya benar, wallahualam.

dijawab oleh
Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s