Perbezaan Tarikat dengan Tasauf

Perbezaan antara tarikat dan tasawwuf, menurut ahli tasawwuf tarikat adalah lebih umum berbanding tasawwuf kerana tarikat merupakan jalan ke arah tasawwuf. Dengan kata lain seorang ahli tasawwuf ialah seorang yang sudah menempuh jalan yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya, dan telah berjaya mencapai peningkatan rohani sehingga hampir dengan Allah tetapi tidak semestinya seorang yang bertarikat itu ia bertasawwuf, kerana boleh jadi dalam perjalanannya itu ia diselewengkan oleh syaitan lantas tergelinncir ke lembah syirik dan lain-lain.

Tarikat yang muktabar di zaman ini amat sukar dicari. Imam Al-Qusyairi pernah menyatakan kesukaran untuk mendapatkan syeikh tarikat yang benar-benar mursyid di zamannya, apalagi di zaman kita ini. Tambahan pula menurut syeikh Ahmad Al-Khatib tarikat-tarikat sekarang banyak diresapi oleh unsur-iunsur bid’ah dan jalan pembawaannya juga sudah banyak diresapi oleh ajaran syiah dan ajaran hindu. Bagaimanpun pengamal-pengamal tarikat di zaman ini masih mendakwa tarikat mereka sebagai tarikat yang muktabar seperti tarikat Ahmadiyyah, Naqsyabandiyyah, Qadiriyyah dan lain-lain.

Kesimpulannya seseorang itu boleh memasuki tarikat ini selagi ia melihat tidak terdapat perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan Al-hadis. Jika terdapat percanggahan yang jelas dengan Al-Quran dan Al-Hadis hendaklah ditingalkannya. Sebaliknya hendaklah ia bergaul dengan para ulama yang benar-benar amanah dalam ilmunya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Perbezaan Tarikat dengan Tasauf

  1. jundi ummah says:

    Hendaklah bersama dengan para Ulama, para Syaikh Tasawwuf yang benar, para pencinta tasawwuf, para pejuang tasawwuf dan pendidikan tasawwuf yang berada di atas disiplin yang benar dalam manhaj Ahlu Sunnah wal Jamaah walau apa jua aliran tarekahnya dan kaedahnya. Berusahalah mencari dalil dan hujah untuk membenarkan mereka kecuali tiada lagi jalan untuk mentakwilkannya kepada kebenaran.

    Ilmu tanpa amal adalah sia-sia, amal tanpa Ihsan (tasawwuf) adalah sia-sia, Ihsan tanpa cinta yang hakiki adalah sia-sia, cinta tanpa meleburkan kecintaan nafsu mazmumah, dunia, harta benda, pangkat dan lain-lain adalah sia-sia, mencapai hakikat cinta Allah tanpa cinta Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam adalah juga sia-sia.
    (sumber:http://kuliahaddeen.blogspot.com/2010/04/wahai-sahabatku-manhaj-kita-bukannya.html)

    rujuk juga:
    http://kuliahaddeen.blogspot.com/2010/06/tasawuf-kurang-dimengerti.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s