Isteri mengamuk tak dapat nafkah batin

ISTERI MENGAMUK NAFKAH BATIN TIDAK DI PENUHI
oleh DIARY WANITA pada pada 03hb Disember 2009 pukul 9.06 ptg
Rahsia rumahtangga tidak patut didedahkan kepada org luar. Biarlah apa yg berlaku dijadikan rahsia bersama suami ister buat selama-lamanya. Jangan di ungkit atau dihebohkan apa-apa cerita yang boleh memalukan pasangan kita, hatta kepada anak anak atau ibu bapa. Apa yg berlaku diantara suami ister adalah rahsia bersama bukanlah perkara mainan atau gurauan .

SUMBER : Dari Fail Mahkamah Syariah

Apa yang di ceritakan tentang pasangan kita adalah sama juga keadaannya sebagaimana kita menceritakan keburukan diri kita sendiri kepada orang lain. Sedangkan perkara ini tidak mungkin berlaku, kerana setiap orang tidak akan tergamak mendedahkan keburukkan dan kekurangan dirinya kepada orang lain. Begitulah gambaran untuk merahsiakan keburukan pasangan hidup kita.

Perkahwinan menghalalkan perkara yang haram. Ianya perlu dirahsiakan, tidak kiralah samaada suami isteri atau pun pasangan tersebut telah pun bercerai, semuanya perlu dirahsiakan dengan sebaik mungkin.

Sabda Rasulullah bermaksud : “Sesungguhnya daripada jenis pengkhianat besar terhadap amanah di sisi Allah pada hari kiamat ialah suami menceritakan rahsianya kepada isteri dan isteri menceritakan rahsianya kepada suaminya membongkarkan rahsia (peribadi) tersebut kepada orang lain” (Riwayat Ahmad)

“Apa yang berlaku kepada awak?” Soal mahkamah kepada seorang wanita yang datang mengadu berkaitan kelakuan suaminya. Sungguhpun bermasaalah, perempuan ini cerdik menggunakan kesempatan yang ada. Dia memohon kepada pegawai mahkamah untuk membuat aduan di hadapan hakim, supaya tindakan terhadap suaminya dapat dilakukan.

Terdapat beberapa bentuk aduan yang dibenarkan di dalam memulakan kes di mahkamah, antaranya aduan di hadapan hakim dan aduan di Penguatkuasa Agama. Namun apa yang berlaku, aduannya adalah sesuatu yang mengaibkan diri dan suaminya sendiri. Di mana perempuan tersebut telah membongkarkan dan mengadu tentang dirinya yang sentiasa dahagakan seks dan mendakwa suaminya gagal untuk memberinya kepuasan seksual. Oleh itu di dalam permohonannya, memohon mahkamah mengenakan hukuman kerana kegagalan tersebut.

“Apa yang awak nyatakan ini adalah perkara yang mengaibkan. Tidak elok awak membesar-besarkan isu di bilik tidur ke Mahkamah. Saya sendiri pun takut untuk mendengarnya, mengaibkan awak berdua. Eloknya awak diamkan perkara ini atau berbincang bersama, biar masing-masing merasa puas hati di mana salah silapnya. Biar masalah ini diperbaiki dari dalam, bukannya awak menghebahkan apa yang terjadi ini kepada orang lain. Kelak awak juga yang akan merasa malu.”
Jelas mahkamah apabila mendengar dan meneliti permohonannnya.

Mahkamah agak terkejut apabila mendengar aduan yang memang tidak pernah dijumpai sebelum daripada ini. Ini kerana kebanyakan perempuan yang datang dan bermasalah adalah wanita yang ada lagi perasaan malu dan ada maruah. Di dalam permohonannya, si isteri tanpa ada perasaan malu telah membuat aduan berkaitan dirinya yang kuat seks dan suaminya yang gagal melayani kehendak seksualnya. Malah isteri juga mencatatkan bahawa suaminya gagal memberinya seks setiap hari, sedangkan dirinya sentiasa membayangkan keseronokkan tersebut.

Mahkamah memperakui bahawa isteri ini adalah golongan yang sememangnya diciptakan Allah untuk mempunyai rangsangan seksual yang kuat dan keterlaluan. Malah keadaan ini turut berlaku kepada kebanyakan lelaki dan perempuan lain, namun mereka mungkin bijak menanganinya. Bukan dengan menghebahkan cerita tentang perkara tersebut kepada orang luar.

“Biar dia rasa, padan dengan mukanya. Saya sudah tak tertahan hendak merayu kepadanya untuk balik dan melayan saya. Selama hari ini dia asyik biarkan saya keseorangan sahaja. Bila saya berhajat untuk bersamanya, bermacam macam alasan yang diberikannya. Apa dia ingat saya ni tunggul kayu, dia boleh membiarkan saya begitu sahaja.

“Mentang mentang saya ini isteri keduanya, dia ingat dia boleh buat sesuka hati. Lain kali, orang lelaki macam dia ini perlu fikir panjang sebelum berkahwin. Fikir , diri tu mampu dan bertenaga atau tidak kalau hendak pasang dua, tiga.” Jelas isteri tersebut, sambil memarahi suaminya yang dianggapnya tiada kemampuan untuk berkahwin lebih daripada seorang.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s