10 tanda dia jodoh anda



Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

Madah Cinta “ Manusia merancang, Allah menentukan.”

“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

22 Responses to 10 tanda dia jodoh anda

  1. mya berkata:

    pacar sy baru aja meninggal,sy menerimanya dengan segala kekurangannya,belum sempat qt menikah,tp sy msh sngt mencintainya.terasa sekali saat dia tdk ada.sy tdk bisa melupakannya.hari demi hari perasaan ini malah bertambah.apa di akhirat nti dy bisa menjadi jodoh saya??saya sangat mencitainya dengan tulus

  2. jalanakhirat berkata:

    Bersabarlah, sememang begitulah perasaannya jika putus cinta. pokoknya yang patah bisa tumbuh berganti, Insyaalah tuhan akan mengantikan dengan yang lebih baik, malah ketika di dunia lagi, apa tah lagi di ahirat nanti jika kita terus berdoa dan bersabar, kerana tuhan sentiasa berserta mereka yang sabar.

  3. mira berkata:

    assalam..
    saya berusia 26.saya telah bercinta dengan seseorang lelaki yg merupakan cinta pertama saya.namun, percintaan kami mendapat tentangan daripada keluarga sy dan kakak saya memberitahu saya bahawa lelaki itu tidak sesuai untuk saya.kakak saya itu yang mula memperkenalkan saya kepada kekasih saya.namun,kakak saya menyuruh saya putuskan hubungan..sy sangat sedih dan meminta putuskan hubungan,saya tidak memberitahu kekasih saya bahawa keluarga saya tidak menyukainya terutama kakak saya..saya pun sangat sedih dan kadang kala timbul perasaan bersalah dan takut jika satu hari nanti orang akan buat kepada saya pula..

  4. muhammad faizal berkata:

    assalamamualaikum…

    disini sy nakbertanyakan satu soalan. tentang sy dgn org yg sy cintai sblm ini..mcm ni..

    sebelum ni sy pernah berhubung dgn sidia. dari awal sy dgn dia kwn biasa.. tiba sampai satu masa.. sidia bertanya pd sy.. “awak syg sy lebih daripada kwan biasa”. sy tnya sidia kembali.. knp awak bertanyakan sebegitu.. jwb sidia.. sy dapat raya yg awak syg sy lebih dari pada kwn.. dan mcm mn dgn diri awak pada sy.. dia kata.. semakin hari sy semakin syg pada awak.. dan jwb sy.. sy dari awal lg sy syg awak lebih dari pada kwn.. tp sy taknak nanti yg mencederakan hati sy sendiri.. biarlah awak sendiri merasai syg sy pada awak lebih dr pada kwn..dari saat itu.. ada lah satu selisih fhm antara sy dgn dia.. membawa pada hubngan sy dgn dia putus.. namun dlm mase 2bulan selepas itu.. dia kembali pada sy.. namun sy ambil tindkan bersahaja shj.. jika sidia meman jodoh sy alhamdulillah…. adakah sidia itu meman jodoh sy? setelah dlm ms duabulan sy sudah tidak lg mengharap dia milik sy.. kini dia kembali pada sy…..

  5. muhammad faizal berkata:

    assalamamualaikum…

    disini sy nakbertanyakan satu soalan. tentang sy dgn org yg sy cintai sblm ini..mcm ni..

    sebelum ni sy pernah berhubung dgn sidia. dari awal sy dgn dia kwn biasa.. tiba sampai satu masa.. sidia bertanya pd sy.. “awak syg sy lebih daripada kwan biasa”. sy tnya sidia kembali.. knp awak bertanyakan sebegitu.. jwb sidia.. sy dapat raya yg awak syg sy lebih dari pada kwn.. dan mcm mn dgn diri awak pada sy.. dia kata.. semakin hari sy semakin syg pada awak.. dan jwb sy.. sy dari awal lg sy syg awak lebih dari pada kwn.. tp sy taknak nanti yg mencederakan hati sy sendiri.. biarlah awak sendiri merasai syg sy pada awak lebih dr pada kwn..dari saat itu.. ada lah satu selisih fhm antara sy dgn dia.. membawa pada hubngan sy dgn dia putus.. namun dlm mase 2bulan selepas itu.. dia kembali pada sy.. namun sy ambil tindkan bersahaja shj.. jika sidia meman jodoh sy alhamdulillah…. adakah sidia itu meman jodoh sy? setelah dlm ms duabulan sy sudah tidak lg mengharap dia milik sy.. kini dia kembali pada sy…..?

  6. jaffar berkata:

    agak menyesatkan, sebab tidak ada poin kita juga harus menerima calon jodoh kita apa adanya, tulisan diatas hanya untuk diri kita saja

  7. suma berkata:

    Salam saya,
    pernah saya dulu sesudah sholat istikhoroh, kemudian saya tertidur bermimpi bertemu dng seseorang tapi saya belum mengenal sama sekali orang itu. bertahun ganti tahun maka bertemulah saya dengan orang yang saya dulu dari mimpi waktu tidur itu, tapi saya sudah terlanjur dengan jodoh yang lainnya, walalhu alam

  8. aisyah berkata:

    ape perasaan lelaki eh,,kalo ditinggalakn perempuan yang dicintai nye?

  9. aishah berkata:

    saya pnah bermimpi yang saya menjadi seorang lelaki yang tidak pernah saya sangkakan,DIA MRUPAKAN SAYA PUNYA PENSYARAH DI KOLEJ A.ADAKAH ITU JODOH ATAUPUN HANYA MAINAN DALAM TIDUR??????

  10. nizam berkata:

    assalamualaikum sye hendak bertanya sdkit,teman wanita saye xnmpk sye amat mencintainya,tp kadang kale sye ad berpikir org sekeliling sye dapat kah menerima dia seadanya atau tidak,terutama ahli keluarga,sye tkt mereka xdpt terima teman wanita sye seadanya,maklum lah klu status org buta ni mmg org akan pandang rendah,sye klu boleh ingin minta nasihat dan langkah2 yg perlu di ambil.

  11. huuufftttttt……terlalu lelahhh….kapusan terussss

  12. wati berkata:

    as..jika memang dia jodoh kita,dengan apa kita harus yakin bahwa dia memang ditakdirkan untuk kita.

  13. rani berkata:

    assalamulaikum ..
    saya mempunyai kekasih yang usianya terpaut jauh dengan saya, awalnya orang tuanya yang tidak setuju dengan hubungan saya tapi seiring berjalannya waktu akhirnya kedua orang tuanya menerima saya. tapi sekarang keadaannya berbalik orang tua saya yang tidak setuju karna kaka saya belum mempunyai kekasih sedangkan kekasih saya sudah berumur dan ingin serius dengan saya, saya bingung dan bimbang apa yang harus saya lakukan, satu sisi saya sangat mencintai dan menyayanginya tapi satu sisi saya memikirkan kaka saya .

  14. Miera berkata:

    Assalamualaikum.sy ne x cntik sgat.bg sy biasa je.n ada kala nye kwn2 sy pnggl neolofa.knp?x tau lh.kte dia org ada iras..sy ada bf.dia ne dlu kerja kt workshop je.but now askar.first knal dia.kt kolony.jd cme knal nama je lh.n lpas 2.sy bg numbr sy kt dia.n dr nma sy mula knal suara dia.n lpas 2 rupa dia…ary2 rindu nk dgar suara dia.kami bru jumpe 3 kali.wlaupn dh 1 thun bcinta.dia nk sy anggp sy ne istri dia n dia suami sy.tp bkn sbb kami dh tlanjur tau.sbb kuar date bru 1kali.slbh nye dia dtng umh sy skali.n 1kali lg jumpe kt pntai.2 pn msa bulan puasa…tiap kali dgar suara dia or tgok face dia sy akn ngis.even nk tulis nama dia pn rasa sebak dlm dada.lbh2 klau dia mgadu kna denda dgn komandor dia sedih ne.smpai ngis n blh bt ulik tdo..n kdg2 skit aty pn ada,dia pntingkn krja smpai tlfn or msj sy dia x bls.n ble dia sdng skit aty ne mcm tpnggl untk tlfn or msj dia.but ble I need he.dia x ada untk sy.apa kn dia bkn jodoh sy?sy plukn jwpn add to my facebook “miera love u”

  15. ikhda prihastomo berkata:

    assalamualaikum wr wb. saya 20th tgl di depok jabar mempunyai kisah indah dg seorang wanita. usia dia di atas saya 5th, dia tinggal di ciputat bersama kakaknya yg udah berkeluarga. kami menjalin hubungan belum lama mungkin baru setahun. dalam waktu setahun itu pun kami jarang ketemu,paling sebulan 3x tapi saya memiliki perasaan sayang yg kuat sama dia. dan saya pun tau dia memiliki perasaan yg sama kepada saya…karena setiap kami ngobrol setiap hari ga pernah ada rasa bosan…semua hal kami bahas… tapi bulan kemarin ini dia disuruh pulang k jombang oleh org tuanya untuk menetap di sana. sedangkan dia sudah nyaman di sini sama orang2nya dan pekerjaannya, tapi dia tidak ingin mengecewakan kdua org tuanya. sehingga dia memutuskan untuk memenuhi permintaan org tuanya tanpa menghiraukan perasaaannya. tapi di satu sisi hati saya berat melepasnya. apakah yg harus saya lakukan…saya bingung mau berbuat apa…mohon nasehatnya…dan terimakasih sebelumnya

  16. ain berkata:

    asslikm.. saya mo minta nasiht encik/cik sblm ni sya aktif DLM Wechat.. just tgk2 moment org.. da someone llaki Tu add sya app la.. trus sya ckp dia playboy suma kwn sya pun dia add.. p sya mmg xknl pun sapa dia..dia xmgaku pun mcm Tu dia ckp just friend… hmm. lama2 time sya ada maslh sya xtaw mluah ma siapa sya chat la dia.. dia sudi dgr nasht kan sya.. p sya tetap xyakin dia baik.. kwn2 comment Pict dia sya tgk jk.. smpi dia janji Bawa g jmpa fmly n jmpa fmly sya.. p syg kmi gadu.. maybe SBB ain gk..now dia da da cple p sya xksa tapi juga Napa ati sya yakin dia jodo sya…. SBB sblm ni pun sya perna mimpi dia adalah jodo sya… APA Ka mksd ni plz tlg sya

  17. rosmawati berkata:

    Salam, saya umur 44 thn tidak pernah berkahwin, mempunyai kenalan lelaki yg baru saya kenali 6 bulan yg lalu. Saya berasa sangat senang sekali ketika saya bersama dgn dia. Dia seorang pendengar yang setia ketika saya mengalami kesukaran. Fikiran saya sgt tenang dan saya merasa bahagia. Dan dia suka berlawak membuatkan saya sering ketawa. Malah kami kerap berhubung di talian berjam2 bercerita itu dan ini tanpa rasa jemu. Sukar saya utk meneka apakah teman saya ini benar2 menyukai saya atau tidak. Sebab dia seperti tidak percaya dgn cinta dan kecewa dlm perkahwinan beberapa kali. Tapi dia tak suka saya menyebut perkataan cinta. Tapi sesekali dia ada juga rasa perasaan cemburu dengan saya kadang2. Apakah dia cuba menyorokan perasaan dia terhadap saya? Saya selalu berdoa dan menangis pada Allah agar dia jodoh saya. Setelah sekian lama saya menunggu. Di mana saya telah byk kali di kecewakan oleh lelaki.

  18. SYURA berkata:

    ASSALAMMUALAIKUM
    SAYA KENAL KEKASIH SAYA DALAM MEDIA SOSIAL WECHAT N PADA MASA ITU BERPA MINGGU KEMUDIAN KAMI BERCINTA N DAH BERAPA BULAN KEMUDIAN DIA BAGI TAU SAYA YANG EX KEKASIH DIA MESEJ DIA NK BALIK BRCINTA N SKNG KEKASIH SY BGITAU YG SKANG DIA MNJAG 2 HATI TAPI SYA SAYANG DIA DIA DAH JMPA FAMILY SYA N MAK SY PON SUKA DGN TINGKAHLAKU DIA N SAYA SLALU MNGIS BILA INGAT DIA BUAT SY MACM ITU

    SO APA YG PATUT SY BUAT?

Tinggalkan Jawapan kepada aishah Batal balasan