Ahli Sufi di zaman Rasulullah saw



Ahli suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w yang daripada mereka dikatakan bermulanya aliran sufi atau tasauf. Mereka dikenali sebagai golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda masjid Rasulullah s.a.w di kota Madinah. Perbelanjaan mereka ditanggung oleh orang ramai. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan harian. Walaupun keadaan ahli suffah yang demikian kaum Muslimin tidak menganggapkan mereka sebagai beban. Kaum Muslimin yang berkemampuan dengan ikhlas hati memberi bantuan kepada golongan yang lemah itu.

Apabila perkembangan Islam telah pesat ternyata peranan ahli suffah sangat penting. Tindakan Rasulullah s.a.w menyediakan tempat di beranda masjid baginda s.a.w untuk satu puak yang menjadi ahli masjid merupakan satu tindakan yang sangat berhikmah. Ahli suffah yang juga ahli masjid Rasulullah s.a.w merupakan kumpulan yang paling hampir dengan baginda s.a.w. Mereka yang mula-mula mendengar pengajaran Rasulullah s.a.w. Mereka sentiasa hadir di dalam majlis baginda s.a.w. Mereka mempelajari al-Quran secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Peranan mereka adalah umpama kutubkhanah yang menyimpan segala macam pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka hanya menceburi satu bidang sahaja dalam kehidupan ini, iaitulah bidang ilmu Rasulullah s.a.w. Dari kalangan mereka terdapat orang-orang yang sangat mendalam pengetahuan mereka tentang agama Islam. ‘Khazanah ilmu agama’ itulah yang memainkan peranan penting sebagai mubaligh yang menyampaikan ajaran Islam kepada kaum Muslimin yang tidak sempat hadir di dalam majlis Rasulullah s.a.w dan juga kepada mereka yang baharu memeluk agama Islam. Ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan golongan yang bekerja di dalam bidang ilmu sepanjang masa. Mereka merupakan gedung ilmu dan juga penyebar ilmu. Al-Quran memberikan perhatian istimewa kepada ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w, ahli sufi atau ahli ilmu itu. Allah s.w.t memperakui kepentingan sumbangan mereka kepada perkembangan agama-Nya.

Untuk orang-orang faqir yang telah terikat pada jalan Allah, yang tidak sanggup lagi berusaha pada bumi, disangka oleh orang-orang yang tidak tahu bahawa mereka adalah puak yang berada, dari sangat mereka menahan diri. Engkau dapat mengenal mereka daripada tanda mereka. Mereka tidak meminta-minta kepada manusia dengan memaksa-maksa. Maka apa pun harta yang kamu belanjakan sesungguhnya Allah amat Tahu.
( Ayat 273 : Surah al-Baqarah )

Dan tidaklah (patut) orang-orang yang beriman itu turut (ke medan perang) semuanya. Tetapi alangkah baiknya keluar dari tiap-tiap golongan itu, di antara mereka satu kelompok; supaya mereka memberi ancaman kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada kaum mereka, supaya mereka berhati-hati.
( Ayat 122 : Surah at-Taubah )

Ahli suffah atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak berkehendakkan apa-apa kecuali Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka dikenali sebagai faqir yang terikat pada jalan Allah s.w.t. Jalan Allah s.w.t bukan semata-mata berperang mengangkat senjata. Memelihara al-Quran dan al-Hadis juga merupakan jihad yang besar. Perkembangan Islam yang pesat memerlukan tenaga yang khusus dalam bidang tersebut. Urusan memelihara ilmu agama sangat penting. Jika tenaga khusus itu disalurkan kepada bidang pekerjaan harian maka urusan pemeliharaan ilmu agama akan terjejas, sedangkan ianya sangatlah penting bagi perkembangan agama. Al-Quran menganjurkan agar sebahagian daripada umat Islam tidak keluar berperang. Jihad bagi golongan yang dibenarkan tidak keluar ke medan perang itu adalah memperdalamkan dan mengembangkan ilmu agama. Tuhan telah memberikan garisan pembahagian tugas dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan agama. Berperang mengangkat senjata dan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-sama mendapat penghargaan dari Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling hampir dengan darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang mereka membawa apa yang dibawa oleh Rasul”. Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada”.

Ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang-orang yang menyediakan diri mereka semata-mata untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadis dan juga segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi. Inilah dasar yang perlu diperhatikan dalam memperkaitkan ahli suffah dengan ahli sufi yang datang kemudian.

Jihad yang paling besar adalah jihad mengangkat senjata dan orang yang mati kerananya memperolehi syahid. Pekerjaan yang begitu besar dan mulia dikecualikan daripada ahli ilmu sepenuh masa, apa lagi pekerjaan yang berhubung dengan urusan mengisi perut. Pada zaman Rasulullah s.a.w, puak yang bekerja khusus dalam bidang ilmu agama itu ditanggung oleh pemerintah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri.

Oleh kerana ahli ilmu itu tidak melibatkan diri dalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan. Mereka hidup di dalam kefaqiran. Mereka faqir pada pandangan dunia tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid mereka. Rasulullah s.a.w memperakui bahawa golongan demikian sebagai kumpulan yang paling hampir dengan darjat kenabian. Ilmu mereka adalah percikan ilmu nabi-nabi. Rohani mereka adalah cermin jernih yang menerima pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Tugas mereka adalah memperbaiki kerosakan yang berlaku pada ilmu agama, terutamanya dalam perkara akidah.

Kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w bermula di Madinah. Semakin besar kerajaan Islam semakin besar dan berat tugas yang dipikul oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w dibantu oleh empat orang ‘Menteri Kanan’. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Siapa pula ‘kakitangan kerajaan’ yang membantu Rasulullah s.a.w dan ‘Menteri-menteri’ baginda s.a.w? Mereka adalah ahli suffah yang bekerja sepenuh masa untuk Rasulullah s.a.w. Kebanyakan daripada masa baginda s.a.w dihabiskan di dalam masjid. Pengajaran, perancangan, strategi, polisi, wawasan dan lain-lain keluar daripada Rasulullah s.a.w dan disebarkan oleh ahli suffah. Mereka menyampaikan berita yang Rasulullah s.a.w mahu sampaikan kepada kaum Muslimin. Ahli suffah yang bergerak mempastikan latihan ketenteraan berjalan dengan teratur sebagai persiapan mempertahankan agama dan negara Islam. Ahli suffah yang mengatur pembuatan senjata-senjata perang seperti baju besi dan pedang. Ahli suffah juga menggerakkan kaum Muslimin mempersiapkan unta dan kuda mereka supaya apabila diperlukan semuanya berada dalam keadaan siap sedia. kehadiran ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w atau ahli sufi itulah yang memudahkan Rasulullah s.a.w mentadbir negara Islam dari dalam masjid baginda s.a.w. Ketika bilangan tentera Islam masih sedikit, ahli suffah ikut serta berperang. Jadi, ahli suffah adalah satu kumpulan yang sangat aktif bekerja untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya tanpa gaji. Apa yang Rasulullah s.a.w berikan itulah bahagian mereka bagi menyara kehidupan mereka. Mereka reda dengan yang demikian. Mereka lebih suka nama mereka tidak dikenali kerana mereka tidak mencari nama dan kebesaran. Apa yang mereka cari hanyalah keredaan Allah s.w.t dan Rasul-Nya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

16 Responses to Ahli Sufi di zaman Rasulullah saw

  1. DWI SETIAWANOKE berkata:

    subhhanallah

  2. Banjoe berkata:

    ….PARA SUFI DIZAMAN RASULULLAH SAW….

    Apabila dinamakan dizaman Rasulullah SAW itu, maksodnya disini adalah mereka itu dari kalangan Ahli Sufi yg hidup bersama semasa adanya hayat Rasulullah SAW. Maka mereka itu sentiasa dibawah pimpinan dan bimbingan Baginda SAW. Mereka tetap berpegang tegoh dan beriman dgn ajaran Rasulullah SAW sepenuh jiwa dan raga mereka. Sehingga bermulanya tanda2 keretakan, berupa titik hitam yg dinamakan dia Fitnah Awal Zaman. Ajaran Rasulullah SAW yg asli itu telah banyak diubahsuai oleh siapa…??? Wallahu’alam…. Maka yg maseh mengamalkan ajaran Rasulullah SAW adalah dari kalangan Ahlul Bait, yaitu Sayyidina Ali serta pengikut2nya, yg maseh memakai Berkat Rasulullah SAW diketika itu….

    Maka Ahli Sufi yg hidup sezaman dgn Nabi Muhammad SAW, tatakala itu tersangat sedikit bilangannya, kerana pengetahuan Agama Islam diketika itu baru mula berputik. Mereka itu adalah dari kalangan fakir miskin yg baru memelok Islam, serta telah berbaiah terus dgn Rasulullah SAW tanpa perantaraan. Mereka itu termasuk dikalangan nasabnya sendiri yg dinamakan Ahlul Bait. Riwayat mereka itu tidak banyak diceritakan, kecuali kemunculan Para Sufi dari gulungan selepas ratusan tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW….

    Salah satu ciri2 pembawaan Ahli Sufi itu tidak sukakan kemahsyuran dunia, suka mengasingkan diri dari porak peranda kesibukan duniawi, yg hanya mengganggu hubungannya dgn Allah dan Rasulnya. Bukanlah bermakna mereka membuangkan nikmat dunia, cuma bukanlah kerana dunia mereka itu bermati2an. Nikmat dunia itu walau pun sedikit, namun bagi mereka itu semuanya serba cukup, serba lengkap. Maka yg mencukupkan dan melengkapkan, itulah Allah dan Rasulnya….

    Maka dikalangan mereka itu, salah seorang Ahli Sufi Agung yg namanya tidak terkenal dibumi, tetapi sangat dikenali namanya dilangit oleh Para Malaikat. Beliau adalah seorang “Hamba Allah” dari Yaman, yaitulah Awis Al-Qirani. Difahamkan Awis hidup sezaman dgn Rasulullah SAW tetapi tidak kesempatan bersua muka. Namun pengenalan dan perhubungan batinnya mereka tersangat rapat, seperti isi dgn kuku. Maka sebab itu Rasulullah SAW berpesan kepada Ali supaya mencari dan berguru dgn Awis….

    Maka antara salah satu ciri2 Ahli Sufi itu suka berjaga malam dan kuat beramal malam. Maka ada pendapat mengatakan makna Bani Ghauth itu adalah mereka itu yg kuat beramal malam. Maka kepadanya Awis itu Allah Azzawajalla telah nobatkan beliau sebagai Wali, Ketua atau Qutub kepada Bani Ghauth itu. Maka bernamalah beliau dgn gelaran Qutubul Ghauth Awis Al-Qirani….

    Wallahu’alam….

    “SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA & SELAMAT BERSAHUR”

  3. ifahuzir berkata:

    AllahhuAkbar,

    Timakasih atas perkongsian yang baik ini, wajar di fowardkan kepada pemerintah Negara.

    Agar bandar di negara kita bersih dari orang-orang (mereka yang tiada rumah, tiada kerja, tiada keluarga) yang berjalan sendirian tanpa tujuan.

  4. sei berkata:

    Cerita ini penuh dengan keraguan.. Ahli suffah dekat dengan rasullullah? Tapi tiada satu nama pun diberikan. Sirah ini juga tiada disandarkan kepada sebarang kitab. Ia kelihatan seperti riwayat yang diada-adakan.. Tiada sanad yang menunjukkan kisah ini datang dari zaman nabi… sungguh pelik jika ada yang percaya kebohongan ini.

    • si hina berkata:

      apa yang ragu dan bohongnya saudara? kan dah bagitau ‘mereka’ ini tidak mahu “di kenali”

    • Fadil berkata:

      السلام عليكم

      Antara dalil wujud ahli suffah (sufi) di zaman nabi..
      Ada riwayat menceritakan ada 70 org masa rasulullah saw bagi minum susu yg di hadiahkan orang kepada tasulullah saw kepada golongan ahli suffah di perkarangan masjid.. Antara orang itu adalah abu hurairah..

      Dari Rabi’ah bin Ka’b al-Aslami r.a, seorang khadam Rasullulah SAW dan dia adalah daripada kalangan ahlu ash-shuffah * katanya:

      “Saya telah bermalam bersama Rasulullah SAW, lalu saya datang kepadanya dengan membawa air wuduk Baginda serta keperluannya. Baginda bersabda, ‘Mintalah (sesuatu) kepada saya.’
      Saya berkata, ‘Saya memohon kepada tuan untuk menemani tuan di dalam syurga.’
      Baginda bersabda ‘Atau ada permintaan selain itu?’
      Saya menjawab, ‘Hanya itu sahaja.’
      Baginda bersabda, ‘Kalau begitu, bantulah dirimu (untuk memperolehi hajat itu, bukan semata-mata dengan memohon kepada saya) dengan memperbanyakkan sujud'”

      [Hadis Sahih Riwayat Muslim]

      Keterangan:
      Hadis ini menerangkan bahawa untuk mencapai matlamat kehidupan di akhirat iaitu syurga ialah dengan menjaga solat serta memperbanyakkannya. Rasullulah SAW telah menyatakan bahawa Baginda sendiri tidak dapat membantu sesiapa untuk memasuki syurga jika orang itu sendiri tidak menjaga solatnya…..Wallahu’Alam

      Allah SWT berfirman,
      Maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar…”
      (Surah al-‘Ankabut 29:45)

      * Ahlu ash-shuffah ialah orang-orang islam yang miskin dan tinggal di perkarangan Masjid Nabi SAW di zaman Baginda.

      (Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)

  5. sei berkata:

    Sejak bila Awis Al-Qirani menjadi ahli sufi? Adakah beliau mendapat hakikat makrifat dan sebagainya? Beliau adalah seorang Muslim yang lebih taqwanya… Sesungguhnya yang paling dekat dengan Allah adalah yang paling taqwa… Saudaraku… janganlah kamu mencampuri riwayat2 shiah dalam beragama… ketahuilah bahawa mereka banyak mengatakan sesuatu itu dari Allah dan Rasul sedangkan ia tidak. Ana berasa pelik.. bukankah dizaman rasullullah, hampir kesemua sahabat yang tinggal di madinah adalah ahli masjid.. mereka tidak meninggalkan solat berjemaah? bagaimanakah boleh wujud golongan kecil ber nama ahli suffah? yang kelihatan begitu besar jasanya? dan begitu rapat kepada Rasullullah lebih dari sahabat? dan langsung tidak di kenal namanya? Dan langsung tiada hadis tentangnya? Yang mana riwayatnya hanya wujud lama setelah Islam meluas… di mana telah banyak muncul hadis2 dan riwayat2 palsu… Saya berharap saudara benar2 merujuk dengan teliti sumber2 yang didapati untuk penulisan agar saudara tidak memberikan kefahaman yang silap kepda masyarakat.

    • raf berkata:

      Saudara..sahabat2 rasulullah yg dikenali mmg sudah kita sedia maklum..tp saudara pun tahu sahabat nabi jumlahnya ribuan orang..

    • si hina berkata:

      duhai saudara,ahli sufi ini tak nak nama apalagi dikenali didunia ni(pahamkan ini dulu)
      bahkan mereka ini terkenal di alam tinggi..ilmuNya ini luas bukan setakat yang dikitabkan sahaja..”meliputi” ilmuNya akan tiap2 sesuatu

  6. al-hallaj berkata:

    saudara,janganlah dikisahkan apa yang dikatakan oleh mereka yang bermata ikan kering ini kerana biarkanlah kita pastikan kita sedang bercakap dengan siapa…hanya ahli sahaja yang boleh memahami apa yang saudara cuba sampaikan…bersabarlah saudara…

  7. ahmad berkata:

    Ahli suffah memang satu golongan sahabat yang banyak berjasa,tetapi bukanlah mereka langsung tidak dikenali,antara Sahabat terkenal drp kalangan Ahli Suffah ialah Saidina Abu Dzar Al ghifari dan juga saidina Abdullah ibnu Mas’ud.

  8. nasir berkata:

    apakah sumbangan ahli sufi dari segi ekonomi?

    • si hina berkata:

      ada..ber”iman” dengan ALLAH dan RasulNYA ‘dahulu’ kemudian baru pahamkan ekonomi islam disebaliknya

  9. Nik berkata:

    Nampaknya terlalu tegas saudara kita ingin bukti Uwais al Qirni itu sufi atau takwa. Bolehkah orang tiada takwa cintai Allah dan orang cintai terlalu dunia jadi taat,takwa dan sabar.Padahala ia adalah dalam perkara yang berkaitan antara satu dengan lain.Jangan bincang cara wahabi.Segala-gala perlu fakta dan Nas. Ini bukan universiti.Ahli suffah adalah ahli dari luar Madinah yang memeluk islam dan meninggalkan kampong halaman untuk ilmu islam dan perjuangan islam. Jika mereka tidak mati masa perang. Masa aman mereka diutus menjadi guru ke daerah dan negri yang memerlukan guru. Mereka tidak digalakkan berperang kerana bimbang ilmu yang dipelajari oleh mereka tidak dapat disebarkan.Kecuali memang tentera amat tidak mencukupi. Mereka tiada kuda dan makanan dan baju besi serta pedang.

    Anda terlalu berjaga-jaga dengan nas dan hadis palsu.Saya ingin bertanya sedikit.Bilakah bermula sufisme.Nabi Ibrahim ditinggalkan dalam gua oleh ibunya semenjak dilahirkan sam pai besar tanpa bekalan makanan dan teman itu apa jenisnya.?Hantu atau sufi.andakah perlu nas?.nabi Adam dicampakan ke bumi selama ratus tahun dengan gelap gelita tanpa cahaya matahari itu sufi atau jin dalam gelap?.Adakah tidak pernah ada kaum sufi sebelum ada agama islam ,nabi Muhamad,Al Quran dan hadis?. Bukankah semua rasul dan nabi itu kaum sufi dan wali sekali gus?.Oleh kerana umat islam ada Quran dan hadis maka bimbang pula kita angkat dan puji kaum sufi ini.Maka adakah tidak wujud dalam sejarah para sahabat tersebut.Ada kah data ditipu?BUKAN KITA KATA ABU JAHAL TU SUFI TAPI ORANG LAIN.aNDA NAK FAKTA NAS JUGA.?iNIKAH BUKAN PERKARA TAUHID UTAMA.ANDA TIDAK PERCAYA BIARKANLAH BUKAN RUKUN IMAN.mAHU SIRAH DAN KITAB SEGALA. MASAKAN SEDAP LAZAT PUN MAU KITAB DAN SIRAH JUGA. janganlah terlalu wahabiah iaiitu menapis maklumat benar cara barat.padahal Kitab injil itu 70 % kandungannya adalah bukan benar ulasan penulis semata-mata tentang ucapan Isa a.s..Inikan agama ia mistik dan misteri,metafizika.Ia dulu,ia ada yang dapat diberi nas tapi masih ada yang menolak.Ini kumpulan ilmuan sahabat nabi.Maka kawan kita di universitilah.Buat apa tekankan mereka nafikan mereka.Bukanakah mereka memang wujud disitu sebagai sahabat nabi?.Itulah fakta. Maka ia kembangkan ilmu itu tentulah jujur.Dia bukan muawiah dan Yazid.Ia seperti Salman Farisi,Bilal,Abu Dzar,Abu Hurairah,sahabat sahabat kanak-kanak dan pemuda seperi jabir,muaz,abdullah Abbas,Abdullah mas ud,Abu Huzaifah,ibu Abbas..Nak fakta nas juga ke?Mereka itu periiwayat dan penghafal hadis kelas pertama.mereka ada yang jadi penulis wahyu..dan khadam sukarela kepada nabi sejak nabi berhijrah ke Madinah.Jangan buat perangailah ,kalau tidak menghargainya tidak mengapa.Ia tidak perlulah taji taji. Namun adakah anda bebas dari syirik tersembunyi bermula dari mandi junub,berwudhu,beribadat,berdoa,bertaubat ,berzikir dan bersedekah atau tidur itui? Dah bebas.?kalau masih syirik tersembunyi dalam perkataan dan perbuatan segalanya ditolak hanya tinggal terconggak kalimah sahadat buat anda.apa-apa yang lain ditolak.Nak nas dan sandaran juga?.Kalau tidak ada Quran dan hadis ,tidak adakah tuhan yang Maha Esa?bernama Allah?.Bagaimana kamu buktikan .tentu kamu rujuk kitab-kitab Allah yang terdahulu.Apakah dalam perkara kaum sufi perkara baru? sedangkan semua rasul itu sufi.Jangan wahabi melampau batas ini bukan tauhid ,ini cuma gelar sufi,suffah dan fakir. Apa bukti ada mazhab zaman nabi?.apa bukti ada Sunnah wal jamaah dan Syiah zaman nabi?.Mengapa ia kekal ada walaupun tidak ada zaman nabi ratus tahun kemudian.

  10. MUAZ JABAL berkata:

    NAH…TERJAWAB SUDAH…BARU KENA BUKU DENGAN RUAS…

Tinggalkan Jawapan kepada si hina Batal balasan