Soal Jawab Mengenai Jimak (bersetubuh)

Hukum Mencium Alat Kelamin

Soalan: Apa hukumnya suami mencium faraj isteri dan isteri mencium zakar suami?

Jawapan: Setelah melangsungkan perkahwinan seorang suami halal berseronok-seronok dengan isterinya sebagaimana halal kepada seorang isteri berseronok-seronok dengan suaminya. Perkahwinan adalah satu saluran terbaik kepada seorang suami dan isteri melepaskan runtunan nafsu semulajadinya dan cara ini dihalalkan oleh syarak dan diiktiraf oleh masyarakat. Selain itu Islam juga menekan soal adab sopan dalam menjalani rumah tangga. Melihat kepada nas Al-Quran secara umumnya ia menjelaskan keharusan mendatangi isteri mengikut yang disukai oleh suaminya.

Bagaimanapun suami melihat dan mencium alat kelamin isteri dan isteri melihat alat kelamin dan mencium alat kelamin suami ketika melakukan persetubuhan menjadi satu perkara yang diperselisihkan di kalangan ulamak. Sesetengahnya berpendapat makruh berbuat demikian kerana ia boleh mewarisi penyakit buta dan ia juga melambangkan kurang kesopanan antara suami dan isteri.
Sesetengahnya pula berpendapat perbuatan tersebut dibenarkan oleh syarak berdasarkan umumnya ayat di atas. Pendapat ini dinukilkan dari imam An-Nawawi dan juga imam Al-Qurtubi. Pengarang kitab Ahkam Al-Awrat dan An-Nazar berpendapat dibenarkan berbuat apa sahaja kepada suami isteri yang sudah sah perkahwinannya.

Kesimpulannya para ulamak masih berselisih pendapat tentang hukum di atas di antara yang mengharuskannya dengan yang memakruhkannya. Apa yang jelas ialah Nabi SAW ketika bersama dengan Aisyah RA tidak pernah melihat alat kelaminnya sebagaimana Aisyah juga tidak pernah melihat alat kelamin nabi SAW. Inilah adab sopan yang sewajarnya diikuti.

Persetubuhan Melalui Dubur

Soalan: Hadis/kitab mengatakan persetubuhan melalui belakang (dubur) adalah HARAM. Bagaimana pula kalau dilakukan di belakang tetapi melalui faraj ?

Jawapan: Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Bila terjadi isteri harus berusaha menolaknya sekalipun dia diancam oleh suami dengan berbagai seksaan. Kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan yang sangat terkutuk di sisi Allah. Orang yang berbuat demikian adalah orang yang buruk moralnya dan merendahkan darjat kemanusiaan. Termasuk golongan orang yang zalim serta bersifat seperti binatang. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Terkutuk, terlaknatlah siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya”
(HR. Ibnu Adi, Abu Dawud dan Ahmad)

Mengenai cara berjimak terpulanglah kepada kita masing-masing untuk melakukannya asalkan perlu di jaga adab-adab berjimak seperti tidak melalui dubur serta menutup tubuh dengan selimut serta menjaga adab-adab yang lain agar hubungan suami isteri lebih harmoni. Melalui depan atau belakang tidak ada masalah bahkan dalam ayat Al Quran secara jelas menerangkan:

“Isteri-isterimu adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana saja yang kamu kehendaki”
(Surah Al Baqarah ayat 223)


Mengambil Wuduk sebelum dan Sesudah Jimak

Soalan: Wajib atau sunat membasuh kemaluan dan mengambil wudhuk, apabila hendak meneruskan persetubuhan kali kedua ?

Jawapan: Hukum mengambil wuduk sebelum melakukan jimak adalah sunat. Begitu juga setelah berjimak mengambil wuduk ketika itu juga sunat hukumnya, namun Rasulullah SAW selalu mengamalkanya jika baginda ingin melanjutkan jimaknya, tujuannya agar badan terasa lebih segar sehingga untuk meneruskan jimak berikutnya ghairah syahwat lebih tinggi dan dapat menimbulkan kepuasan antara kedua-dua belah pihak antara suami dan isteri.

Adab Berjimak

Soalan:

1) Apakah adab-adab untuk berjimak?
2) Bagaimana kalau si isteri termakan sperma suaminya dan apakah hukumnya?
3) Apakah hukumnya seseorang lelaki itu melancap?

Jawapan:

1) Diantara adab berjimak iaitu:

Dalam melakukan persetubuhan dengan isteri bukanlah semata-mata hanya memenuhi keinginan nafsu berahi belaka. Niat dalam hati adalah untuk memenuhi kewajipan dari Allah dan sunnah Rasulullah.

Sebelum bersetubuh hendaklah membaca doa.
Waktu melakukan persetubuhan dengan isteri dilakukan dengan hati yang gembira serta menjauhkan

perasaan susah. Tidak dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi kenikmatan.
Dianjurkan kepada suami dan isteri memakai pakian yang bersih dan memakai harum-haruman.
Suami tetap berusaha agar kedua belah pihak mencapai kepuasan secara bersama.
Islam juga menganjurkan agar berwuduk sebelum melakukan jimak serta mengulangi wuduk kembali jika

ingin melakukan persetubuhan yang kedua. Dengan berwuduk kesegaran badan kembali pulih.
Setelah bersetubuh suami dan isteri hendaklah mencuci kemaluannya atau berwuduk sebelum tidur.
Ketika bersetubuh tutuplah dengan selimut agar tidak menyerupai perangai binatang dan menjaga aib

keluarga. Demikianlah di antara ada berjimak, masih banyak lagi ketentuan dan sunnah yang ditunjukkan

oleh Rasulullah SAW yang dapat kita baca melalui buku-buku atau kitab-kitab.

2) Setengah ulama mengatakan hukum termakan sperma itu makruh, kerana sperma bukan najis

Lama Masa Untuk Berjimak

Soalan: Berapa lamakah masa yang selalu diambil oleh seseorang lelaki ketika melakukan jimak, iaitu sebelum keluarnya air mani?

Jawapan: Dalam melakukan jimak, yang dituntut oleh sunnah adalah puncak kepuasan berjimak itu sendiri. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memerintahkan agar suami melakukan cumbu rayu sebelum melakukan jimak. Cumbu rayu ini bertujuan agar kepuasan berjimak itu dapat dinikmati bersama dan tidak hanya sebelah pihak sahaja. Lama masa bukanlah menjadi ukuran, tetapi yang menjadi perkara asas adalah kepuasan. Walaupun satu minit jika kepuasan dapat dinikmati, maka tujuan jimak telah tercapai. Tetapi jika masa digunakan panjang sedangkan faktor kepuasan dan kenikmatan bersama diabaikan maka tujuan jimak tadi tidak mengikut sunnah. Jika ini yang terjadi maka suami mengabaikan hak isteri dan jika disengajakan maka hukumnya berdosa. Wallahu A’lam.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Soal Jawab Mengenai Jimak (bersetubuh)

  1. puteramutiara says:

    apakah hukum mandi bersama isteri??

  2. riffola says:

    Soalan-Benarkah jika seorang ayah meninggal dunia….anak2 yang sudah berumahtangga dilarang utk berjimak dgn pasangan masing2 bagi menghormati kematian si ayah?benarkah ada hukum ini di dalam islam?minta pencerahan?sangat keliru

  3. riffola says:

    Apakah hukumnya jika seorang istri tidak mahu melayan kehendak suaminya utk berjimak sedangkan pada masa itu si istri tidak uzur dan sihat segalanya?

  4. afif says:

    Apakah hukum jika isteri berkehendak untuk berjimak di dubur..?bukan kehendak suami tp kehendak isteri.

  5. lara says:

    Apakah hukumnya jika si suami ingin jimak bersama isterinya sedangkan si isteri sedang uzur @pun berada d saat akhir datang bulan (habis darah haid tapi belum mandi bersih)….si isteri sudah menyatakan keadaannya tetapi si suami masih mengoda si isteri & akhirnya berlakulah jimak antara mereka….

  6. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    Puan Lara,
    Mengadakan hubungan seks atau berjimak dengan isteri ketika didatangi haid adalah haram dan termasuk di antara dosa-dosa besar. Hukum ini bagi suami yang melakukannya secara sengaja, mengikut kehendak hatinya, nafsunya, perasaanya dan tahu hukum haramnya. Sekiranya dia menghalalkan perbuatan menyetubuhi isterinya sedang haid, maka dia jatuh kepada kufur. Firman Allah yang berbunyi :

    “Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah : 222)

    Bagi suami yang melakukan persetubuhan dengan isterinya ketika haid perlu bertaubat, beristiqfar dan membayar kaffarah dengan menyedekahkan satu dinar atau setengah dinar.

    Menurut Imam Al Ghazali mengatakan bahawa : “Melakukan hubungan seks sebelum isteri melaksanakan mandi hadas (selepas haid terhenti) boleh mewariskan penyakit kusta ke atas anak yang lahir hasil hubungan seks tersebut.”

    Wasalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s