Makam makam nafsu manusia

1. NAFSU AMMARAH (JAHAT)

Nafsu ammarah ialah nafsu tingkatan yang paling jahat. Ia tidak lain mengajak manusia yang dikuasainya ke jalan kejahatan, melakukan maksiat dan seronok melakukannya.

Nafsu ammarah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran, Firman Allah yang bermaksud,

“ Sesungguhnya nafsu (ammarah) itu sangat menyuruh berbuat jahat. “ (Surah Yusuf: 53)

SIFAT SIFAT ORANG YANG BERNAFU AMMARAH:

1. Selalu terdedah kepada godaan nafsu dan syaitan. Nafsu ammarah sentiasa menyuruh seseorang berbuat kejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak.

2. Tidak merasa duka atau sesal di atas perbuatan jahatnya, malah perasaannya lega dan gembira. Contohnya bila tertinggal solat, hatinya tidak runsing dan kesal sedikit pun, bahkan kadang kadang merasa gembira dan senang.

3. Terlalu gembira bila mendapat nikmat dan berputus asa bila ditimpa bala dan kesusahan.

“ Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa. “ (Ar-Rum: 36)

4. Sifat sifat yang timbul dari benih nafsu ammarah ini ialah bakhil, tamak dan haloba akan harta dunia serta terlalu cintakan keduniaan, panjang angan angan, sombong, takabbur, sukakan kemegahan, ingin namanya terkenal dan mahsyur, hasad dengki, dendam kesumat, khianat dan niat jahat, lalai terhadap Allah dan sebagainya.

Barang siapa mendapati di hatinya ada salah satu sifat tersebut, itu tandanya dia termasuk dalam golongan ammarah. Orang berilmu atau tidak berilmu boleh terjebak dalam golongan ini. Nafsu ammarah ini adalah serendah rendah darjat dan sejahat jahat nafsu dalam dunia Tasawwuf. Tempat yang wajar untuk golongan ini ialah KAWAH NERAKA yang penuh azab yang maha pedih.

2. NAFSU LAWWAMAH (MENCELA)

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman yg bermaksud:

“ Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah (mencela dan pengkritik diri). ” (Al-Qiamah: 2)

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik atau mencela diri sendiri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa atas dirinya.

Contohnya, apabial tertinggal solat, hatinya menyesal dan segera memohon ampun kepada Allah dan mengqadhakannya. Bila terlajak berbuat dosa, ia segera menyesal. Walaubagaimana pun, untuk berbuat kebajikan dan taat, ia masih terasa berat dan dilakukan dalam keadaan terpaksa dan tidak terasa nikmat.

Nafsu lawwamah lebih tinggi sedikit daripada nafsu ammarah kerana orang ini melakukan sesuatu dengan ilmu dan kenal kejahatan dengan ilmu. Namun, hatinya masih lemah dan nahsunya masih rakus dan banyak mazmumah. Cuma dia mudah tersedar bila ditegur. Walaupun hatinya boleh dan mudah terdorong kearah ibadah dan kebaikan tetapi nafsunya masih belum dapat ditundukkan sepenuhnya.

Sabda Rasulullah SAW:

“ Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya (sendiri). “ (Riwayat Abu Mansur Ad-Dailami)

SIFAT SIFAT ORANG YANG BERNAFSU LAWWAMAH:

1. Mencela kesalahan diri sendiri.

2. Selalu berfikir (bertafakur) mengenang dosa dan keburukan.

3. Rasa takut bila rasa bersalah.

4. Mengkritik terhadap apa jua yang dikatakan kejahatan.

5. Mudah merasa riya’ ya’ni hendak menunjuk nunjuk kepada orang apabila membuat kebaikan.

6. Mudah merasa sum’ah, iaitu ingin mmperdengarkan atau mmberitahu kepada orang sesuatu kebajikan yang dibuatnya supaya mendapat pujian orang.

7. Mudah juga merasa ujub, iaitu perasaan yang melonjak lonjak dalam hati, merasakan diri lebih lebih baik daripada orang lain, walaupun pada zahirnya ia menunjukkan sifat tawadhu’ atau tidak mahu terkenal atau pemurah.

8. Lain lain sifat mazmumah dlm hati masih tidak mampu dilawan dan sedang menguasai hatinya.

Martabat nafsu lawwamah terletak pada kebanyakan orang awam. Syurga untuk orang martabat ini tidak terjamin, kecuali setelah mndapat kemapunan Tuhan dan rahmat-Nya.

Jalan selamat utuk orang yang bersifat nafsu lawwamah ialah perlu sntiasa brgaul dengan orang baik dan sentiasa berada dalam lingkungan (suasana) baik. Ia hendaklah menjauhi kawan kawan dan suasana jahat, kerana hatinya mudah tergoda dan terikut terikut kejahatan.

Selain itu, orang yang brsifat atau yang berada pada makam nafsu ini hendaklah:

a) Belajar dan berusaha untuk melatih diri bermujahadah bagi melawan hawa nafsu dengan cara menanamkan benci kepada maksiat dan menanamkn rasa cinta kepada kebajikan.

b) Dibantu pula dengan zikrullah supaya hati lebih lembut.

c) Setelah itu dibantu lagi dengan berdoa memohon pertolongan Allah untuk memudahkn melawan nafsunya itu.

d) Hendaklah juga dipimpin guru mursyid.

3. NAFSU MULHAMAH (ILHAM)

Setelah seseorang melaului mujahadah yang sungguh sungguh untuk meleburkan nafsu ammarah dan lawwamah maka nafsunya akan meningkat kepada nafsu mulhamah. Nafsu peringkat ini sudah menerima proses kesucian hati atau mujahadatunnafs. Tiada lintasan lintasan kotor atau was was syaitan lagi, sebaliknya malaikat atau Allah mengilhamkan kebaikan pada hatinya.

Firman Allah,

“ Demi nafsu (manusia) dan yg mnjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yg buruk dan mana yg baik, sesungguhnya dpt kemenanganlah org yg mnyucikan hatinya dan rugilah (celakalah) org yg mngotorkannya. ” (As-Syam: 8-10)

SIFAT SIFAT ORANG YANG BRNAFSU MULHAMAH:

a) Tidak sayangkan harta, tidak sayangkan dunia.

b) Merasa cukup dgn kurniaan Allah (qanaah).

c) Mendapat ilmu laduni dan ilham.

d) Timbul perasaan merendah diri kepada Allah (tawadhu’).

e) Taubat yg benar2 (hakiki).

f) Tahan menanggung kesusahan dan lain2 sifat trpuji.

Mereka dlm martabat ini mulai masuk ke sempadan makam wali dan mulai mencapai fana yg mnghasilkan makrifat dan hakikat (syuhud).

Walaupun bagaimanapun sifat sifat baik sama ada zahir atau batinnya belum benar berakar umbi dgn teguh dalam diri dan hatinya. Oleh itu ia kena menjaganya dgn mengawal diri dan hatinya serta perlu meningkatkan mujahadah dan meningkatkan amalan solehnya. Kerana ujian ke atasnya sentiasa ada. Sekiranya ia tidak berjaga2 nanti Allah akan mencabut kembali makam itu menjadai lawwamah.

4. NAFSU MUTMAINNAH (TENANG)

Hasil latihan yg berterusan, nafsu mulhamah akan meningkat kepada nafsu mutmainnah. Hati sudah sampai ke peringkat suci dan tenang. Nafsu mutmainnah adalah martabat nafsu pertama yg telah mula mendapat keredhaan Allah dan ia telah layak memasuki syurga.

Firman Allah,

“ Wahai orang yang bernafsu mutmainnah, pulanglah ke pangkuan tuhan-Mu dalam keadaan redha-merdhai dan masuklah ke dalam golongan hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku. “ (Al-Fajr: 27-30)

SIFAT SIFAT ORANG YANG BERNAFSU MUTMAINNAH:

a) Murah hati dan tidak lekat wang di tangan kerana bersedekah.

b) Tawakkal yg benar.

c) Arif dan bijaksana.

d) Kuat beribadah.

e) Syukur yg benar.

f) Redha pada segala hukuman Allah.

g) Takwa yg benar dan lain2 sifat trpuji.

5. NAFSU RADHIAH (REDHO)

Hasil kegigihan melatih diri untuk memakrifatkn diri kepada Allah, org yg brnafsu mutmainnah akan meningkat kepada nafsu radhiah. Orang ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dengan Allah.Orang ini memdapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yang tajam atau dikenali sebagai firasat.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

“ Takutilah akan firasat org mukmin, bahawasanya org2 mukmin itu melihat dgn nur Allah (petunjuk Allah SWT). “ (Riwayat At-Tirmizi)

Tabiat orang peringkat ini luar biasa, ia tidak takut pada bala Allah dan tidak tahu gembira pada nikmat Allah, yang ia tahu hanya keredhaan Allah dan hukuman-Nya.

Firman Allah yg brmaksud:

“ Ssungguhnya wali2 Allah itu tak pernah rasa takut dan bimbang. “ (Surah Yunus: 62)

Nafsu mereka sudah terkikis dari akar umbinya sekali dan mereka disinari oleh nur syuhud kepada makrifat, bertalu2 masuk ke dalam hati nurani yg tetap waja itu.

Alam di sekeliling mereka laksana cermin. Apabila melihat alam ia ‘nampak’ (teringat atau terasa) akan Allah. Hal itu berlaku setiap ketika.Makam ini jg disebut sbg makam musyahadah spt mana Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis ttg sifat ‘al-ihsan’.

Sabda Rasulullah SAW:

“ … maksud ehsan ialah apabila engkau menyembah Allah hendaklah terasa seolah olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya ketahuilah bahawa Allah melihat kamu. “ (Riwayat Muslim)

Sifat sifat mahmudah yang timbul dari nafsu radhiah ialah zuhud, ikhlas, wara’, mninggalkan perkara2 yg bkn urusannya, memelihara hukum-hakam Allah dan lain2 sifat kerohanian yg tinggi.

Makam nafsu ini hanya dapat dicapai oleh para wali Allah. Mereka dpt merasa nikmatmelakukan kebajikandan berbudi luhur. Zikir wiridnya hebat, bukan sekadar di lidah tetapi hatinya penuh khusyu’ dan tawadhu’ mengingati Allah.

Firman Allah SWT:

“ Berzikirlah pada Tuhanmu dalam hatinya dalam keadaan merendah diri dan takut. “ (Al-A’raf:205)

6. NAFSU MARDHIAH

Mereka yang telah sampai ke peringkat nafsu mardhiah kelihatan lebih tenang dan tenteram. Hati dan jiwanya telah benar benar sebati dengan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yg brmaksud:

“ Apabila kamu sekalian melihat seseorg mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah ia. Ssungguhnya dia akan mengajar kamu ‘hikmat’. “ (Riwayat Ibnu Majah)

Segala gerak-geri org di peringkat nafsu ini diredhai Allah. Sabda Rasulullah SAW dlm hadis Qudsi:

“ Sentiasalah hamba-Ku berdampingan kepada-Ku dengan mengerjakan ibadat sunat hingga aku kasihkan dia maka apbila Aku kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yg ia mendengar dgnnya, penglihatan yg ia melihat dgnnya, pertuturan lidahnya yg ia bertutur dgnnya, penampar tgnnya yg ia menampar dgnnya, brjalan kakinya yg ia brjalan dgnnya dan brfikir hatinya yg ia brfikir dgnnya. “ (Riwayat Imam Bukhari)

Orang yang dapat mncapai martabat nafsu mardiah digelar wali Allah dlm martabat yang istimewa.

SIFAT SIFAT ORANG YANG BERNAFSU MARDHIAH:

a) Elok dan tingginya budi atau kesusilaan org ini umpama nabi2.

b) Lemah-lembut dalam pergaulan masyarakat sbgaimana perangai nabi2.

c) Sentiasa ghairah utk brdamping dan bribadah kepada Allah.

d) Sentiasa brfikir pada kebesaran Allah.

e) Redha dan rela dgn apa2 pemberian Allah dan lain2 sifat trpuji.

7. NAFSU KAMILAH (SEMPURNA)

Orang yang berada di peringkat nafsu kamilah ini, berada di peringkat nafsu tertinggi. Setiap perlakuannya benar2 mengikut garis keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan.

Cintanya tertumpu pada Allah, ingatannya pada Allah tidak pernah putus. Allah SWT membayangkannya dalam hadis Qudsi yang brmaksud:

“ Ssungguhnya telah lama org yg baik2 itu rindu utk brtemu dgn Aku, dan (sebaliknya) Aku lebih rindu utk brtemu dgn mereka. ” (Riwayat Abu Darda’)

Hanya para rasul, para nabi dan wali Allah shj yang boleh sampai ke taraf nafsu kamilah. Orang soleh, pejuang kebenaran boleh menuju ke tingkat nafsu yg tinggi itu dgn proses mujahadah yg brsungguh sungguh.

Apabila kita telah mengenal di mana tahap nafsu kita, maka dapatlah kita brusaha meningkatkannya ke peringkat yg lebih tinggi dan mndorongnya kpd kebaikan. Bahkan tuntutan meningkatkn nafsu ke makam yang tinggi adalah diperintahkan.

Kerana orang yang berada di peringkat nafsu terendah yang brtaraf binatang, bererti ia sentiasa berada dalam suasana maksiat dan berdosa serta menderhakai Allah. Maka wajiblah meninggalkan segala maksiat dan kembali menjadi hamba Allah yang taat.

Info: TINGKATAN TINGKATAN NAFSU: KEMULIAAN MARTABAT INSAN oleh Ustaz Jaafar Salleh.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Makam makam nafsu manusia

  1. warnadi says:

    1 nafsu aluamah ada di lesan 2 nafsu amarah ada di telinga 3 nafsu sutiyah ada di mata 4 nafsu mutmainah ada di hidung 5 nafsu rohiyah ada di hati 6 nafsu mudiyah ada di otak 7 nafsu ngubudiyah ada di jantung . Ini yg di namakan langit saf tujuh,man arafa nafsahu

  2. noor says:

    Assalamualaikum. . Tuan sy ingin berguru ingin memiliki ilmu laduni ingin membersihkan nafsu.. sy mohon pertolongan. . Kalau di Malaysia dengan guru mana sy boleh berguru.. dimana lokasinya. ..

    • marcelo says:

      Assalamualaikum noor.. Izinkan sy beri pandangan.

      Pertama sekali..perbetulkan niat.. Kalau nk memperoleh ilmu laduni tu.. Sy rasa kurang tepat.. Ada satu artikel ustaz tentang kaedah mengenal guru mursyid dan doa mendapat petunjuk allah.. Ada satu ustaz sy pesan.. Pada peringkat org awam ni jgn tunggu petunjuk dari mimpi khuatir iblis menyamar sebab kita masih peringkat bawahan lagi. Ikut sahaja gerak hati..teruskan solat taubat, hajat dan tahajud konsisten..insya allah.. Sy pun macam puan jugak dulu.. Alhamdulillah.. Syukur..

      Lokasi tarikat yg muktabar ada beberapa tempat.. Dgn syeikh dr jahid ( kuang), syeikh fuad kamaluddin ( yayasan sofa ampang), syeikh murtadza ( n.sembilan) dan beberapa tempat lg.. Apa2 pun pohon petunjuk allah dahulu dan perbetulkan niat puan..
      Insya allah..

  3. Diens says:

    Solat hajat 2 rakaat mintak Alloh Temukan seorang guru hakiki yg lagi makrifat.. yg dapat membimbing ke jalan yg benar lurus lagi hakiki.. mintak alloh tunjukkan wajagnya tempatnya insyaaaa Allohhhh……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s