Ramalan kiamat bermula pada bulan Ramadhan 2012

kiamat bermula pada bulan Ramadhan 2012

Lebih dari 350 judul buku menceritakan mengenai dunia akan berakhir pada tahun 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang diramalkan akan berlaku Kiamat. Khabaran ini dapat dilihat dari cerita fisyen sains yang berjudul 2012 arahan Roland Emmerich yang telah memulakan pengambaran pada bulan Ogos 2008 di Vancouver. Kebanyakkan cerita-cerita ini berpunca dari ahli astronomi dan agamawan. Realiti yang berlaku sekarang seolah-olah memberitahu kita bahawa dunia sudah hampir kepada penamatnya, dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami yang hebat di Jepun baru-baru ini.

Bagi segelintir umat Islam pula, kedatangan Ramadhan 2012 merupakan titik-titk bermulanya tanda Kiamat besar. Mereka percaya bahawa peristiwa itu akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan 2012 pada hari Jumaat. Kepercayaan ini timbul dari beberapa riwayat yang menceritakan tentang akan kedengaran “suara jeritan yang kuat” pada bulan Ramadhan. Salah satu riwayat yang popular dikatakan riwayat dari Abdullah bin Mas’ud ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda:

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .

“Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? “Berkata tiga kali,” Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran “Telah berkata:” Kami berkata: “Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: “Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). “barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]

Riwayat ini membicarakan bahawa peristiwa ini akan berlaku pada hari Jumaat di pertengahan bulan Ramadhan. Menurut kalendar, hari Jumaat 15 Ramadhan dijangka jatuh pada tarikh 3 Ogos 2012.

Tahun 2012 juga menurut kalendar kaum Maya dan terbongkarnya kod rahsia didalam kitab Injil Perjanjian lama mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Menurut kaum Maya, bumi akan berdepan dengan satu malapetaka yang amat besar yang menyebabkan kehancurannya pada tahun 2012, dan ia akan muncul semula selepasnya.

Pada tahun 1994 , sekumpulan penyelidik dikatakan telah menemukan kod rahsia dari Kitab Injil Perjanjian Lama yang mengatakan bahawa bumi akan menghadapi kehancuran, dimana akan berlakunya perlanggaran asteroid dengan bumi.

Ada juga dikalangan astrologi yang mempercayai bahawa PlanetX atau Nibiru akan memberi kesan yang hebat kepada bumi, Tidak akan berlaku perlanggaran diantara bumi dan Nibiru, akan tetapi planet ini mempunyai kuasa magnetik kuat yang boleh mengganggu stabiliti bumi apabila ia berada berdekatan dengan bumi.

Komentar terhadap hadith

Hadith diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya. Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.

Menurut Shiekh Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, hadith ini lemah dan terdapat didalamnya orang-orang yang diragui, dan kita tidak boleh bergantung kepada riwayat tersebut. Hadith yang dinyatakan diatas menurut Dr Salman Audah, didalam ruangan fatwanya di islamtoday (2009), kesemua hadith-hadith yang menceritakan tetang suara jeritan yang kuat pada pertengahan Ramadan statusnya Sangat Lemah (Dhaef Jiddan) dan Palsu (Maudu’). Menurut al-Zahabi didalam Kitabnya Siar A’lam Nubala’, hadith ini Palsu, dan matannya (isi kandungan) pelik (gharib) dan tidak boleh digunakan untuk berhujah. Ibn al-Jawzi juga menghimpunkan riwayat ini didalam kitab al-Maudhuaatnya sebagai status Palsu.

Secara teknikal didalam ilmu hadith, riwayat diatas tidak boleh dijadikan sandaran, kerana statusnya samada sangat lemah atau palsu. Hadith ini tidak boleh digunakan untuk menjadi kayu ukur mengenai tarikh berlakunya kiamat.

Menafikan teori kalendar Maya dan planet Nibiru

Menurut seorang pakar pengkaji kaum Maya, Mark Van Stone, tidak ada sebarang petunjuk didalam kaum Maya atau Aztec yang mencadangkan wujudnya perubahan apa-apa pada tahun 2012. Menurut Susan Milbrath, kurator Seni dan Arkib Amerika Latin yang berpusat di Muzium Florida berkata : Kami tidak mempunyai rekod atau maklumat bahawa puak Maya boleh berfikir yang dunia akan tamat pada tahun 2012. Sandra Noble, Pengarah Eksekutif Yayasan Kajian Mesoamerican, mengatakan bahawa perkara ini adalah satu fabrikasi dan menjadi peluang untuk orang menjana duit. Menurut pihak NASA, malahan 21 Disember 2012 tidak wujud didalam calendar Maya.

Pihak NASA juga mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda planet akan terkeluar dari paksinya sekurang-kurangnya untuk beberapa dekad yang akan datang. Bumi tidak mungkin akan keluar dari orbitnya pada tahun 2012. Memang setiap tahun Bumi dan Matahari menyelaraskan (align) kearah kedudukan tengah Galaksi Milky Way, akan tetapi ini merupakan kejadian tahunan yang tidak memberi kesan kepada apa-apa..

Mengenai apakah benar-benar Planet X atau Nibiru wujud? Pihak NASA mengatakan bahawa ini merupakan penipuan internet. Tidak ada dasar kenyataan mereka. Jika benar Planet X benar wujud dan menuju kearah bumi pada tahun 2012, maka sudah tentu ramai para astronomi sudah mengenal pasti planet ini dan planet itu sendiri dapat dilhat dengan mata kasar kerana tahun 2012 akan muncul tidak lama lagi.

Fenomena ini juga dikaitkan dengan kalendar Maya ini. Pernah Mei 2003 dikatakan kiamat akan berlaku, namun tidak berlaku apa-apa dan tarikh itu telah dipindahkan ke 2012.

Sikap orang Islam

Jika kita di tanya dengan soalan bilakah akan berlaku kiamat? Katakan : hanya Allah yang mengetahui. Sains tidak mungkin dapat menjangka dengan tepat bilakah akan berlaku kiamat. Firman Allah swt :-

إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى. فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى.
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.” [surah Taha : 15 - 16].

Banyak sekali petanda-petanda yang menunjukkan hari Kiamat akan berlaku, akan tetapi tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Ramalan-ramalan yang didapati di internet yang menunjukkan 2012 akan berlaku kiamat adalah sama sahaja seperti ramalan kiamat yang sepatutnya berlaku pada tahun 2000 dan jelas tiada apa pun terjadi. Ini menunjukkan bahawa hanya Allah swt sahaja yang tahu bilakah masanya. Firman Allah swt :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” [surah al-'Araaf : 187].

Bagi kita yang beriman dengan apa yang Allah turunkan (al-Quran), seharusnya kita tidak mudah mempercayai berita-berita yang tersebar diinternet. Mungkin ada yang bertanya, bukankah realitinya banyak sekali berlakunya gempa bumi disana-sini dan baru-baru ini dunia dikejutkan oleh tsunami yang berlaku di Jepun, bukankah itu petanda kiamat? Benar, Islam mengajar kita akan alamat-alamat kiamat, sehinggalah turunnya nabi Isa as. Pokok persoalan yang dibincang adalah penetapan tarikh kiamat. Malah, kematian Nabi Muhammad :saw itu sendiri menandakan bumi sudah sampai penghujungnya. Baginda adalah penutup segala Nabi, dan sudah tentu kematian baginda menandakan bila-bila masa akan berlaku kiamat.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

18 Responses to Ramalan kiamat bermula pada bulan Ramadhan 2012

  1. Banjoe says:

    Jika ramalan kiamat bermula pada bulan Ramadhan 2012, maka tidak akan berlaku
    kiamat selagi tidak muncol Imam Mahdi. Al-Hadis menyatakan : “Jika sekiranya usia
    bumi ini tinggal sehari lagi (akan kiamat), nescaya Allah akan bangkitkan seorang dari
    keturunan-ku (Ahlulbait dari sulbi Nabi) yg akan memenuhi bumi ini dgn keadilan dan
    kemakmuran, sebagaimana bumi sebelumnya dipenuhi dgn kezaliman dan kekufuran”.

    Tahun 2012 Year Of The Water Dragon amat mencemaskan dgn serba kemungkinan.
    By 21/12/2012 the End-Time when Neptune the foggy planet will enter Pisces it’s own
    House. What was written and coded in the Mayan Prophecy will be revealed, i.e. when
    the Auroborus will swallow his tail. Apakah End-Time/Akhir Zaman bermaksod Kiamat?
    Allahu’alam dan Salam.. “Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Selamat Bersahur…”

  2. ahmad fauzan says:

    hanya Allah yg tahu segalanya…..kiamat hak preogratief Allah,…ttg hadist di atas adalah palsu tidak bisa jadi rujukan…

  3. elfan says:

    Apakah ada pada sisi mereka pengetahuan tentang yang gaib lalu mereka menuliskannya? (QS. Ath-Thuur:41)

    Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. (QS. An-Naml: 65)

  4. koplax… kiamat tak ada seorang pun yang tahu… oneng

  5. noor hayati bt bahari says:

    Kembalilah kepada rukun iman…jangan mempercayai apa yang diramalkan oleh manusia..Renung kembali kepada Al-Quran dan sunnah. Percayalah pada Allah yang satu.

  6. ayoem says:

    Sesungguhnya kiamat itu adalah rahasia Alloh tiada yang mengetahui waktu kejadiannya kecuali hanya Dia dan hamba yang dikehendaki oleh-Nya.Nabi pun tidak mengetahui kapan pasti terjadinya,namun walaupun begitu nabi Muhammad SAW telah diberitahukan tanda-tanda akan kedatangannya,supaya umatnya dapat mengambil hikmah dan pelajaran darinya.
    Saat ini banyak orang yang tidak bertanggung jawab dan orang-orang jahil yang mengaku-ngaku dapat meramalkan waktu kejadian hari kiamat,padahal mereka tidak memiliki dasar ilmu yang bersumber langsung dari Sang Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu yaitu Alloh SWT,sehingga banyak orang yang tertipu dan tersesat dengan ramalan-ramalan tersebut.Tidak jarang juga orang yang mengaku beriman masih juga percaya dan termakan oleh ramalan-ramalan palsu tersebut,contohnya ada yang meramalkan kiamat akan terjadi pada tanggal 12 bulan 12 tahun 2012, ada lagi yang meramalkan kiamat akan terjadi pada tanggal 21 Mei 2011,namun ternyata kiamat tidak terjadi,dengan alasan kiamat ditunda waktunya.

  7. dr hj zain says:

    Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya, Allahuakbar allahuakbar

  8. Banjoe says:

    RAMALAN KIAMAT BERMULA RAMADHAN 2012… Apakah dia Kiamatul Kubra (Kiamat Besar) dan Kiamatul Sugra (Kiamat Kecil) terdapat berbagei pendapat menghuraikannya. Tidak akan berlaku Kiamatul Kubra (Kiamat Besar) selagi belum bangkitnya Imam Mahdi AS. Namun Kiamatul Sugra (Kiamat Kecil) berlaku berterusan berpanjangan setiap detik masa dan ketika. Itulah kematian bagi setiap bernyawa yang dihidupkan. Memang bener hanya Allah Al-Alim Yang Maha Mengetahui. Namun peristiwa2 dari sejarah2 silam bisa direnongkan buat kita dijadikan peringatan dan pengajaran…

    VENUS TRANSIT 2012… Fenomena ini berlaku apabila planet “Venus Conjunction Sun”. Maknanya planet Venus (Kejora / Zurah) berada selari antara Matahari dan Bumi. Tanggal 6 Jun 2012 yg lalu telah berlaku Venus Transit. Rata2 pencinta2 Astromoni dan Astrology dari seluruh dunia tidak melepaskan peluang ini utk mengaksikan secara langsong fenomena yg jarang2 berlaku. The next Venus Transit will be in December 2117 and December 2125. Sejarah Venus Transit yg silam bisa disingkap semula seperti berikut. Apakah kesan2nya pada Bumi dan Isi Bumi…???

    Tanggal 6 Disember 1882 telah terjadi Venus Transit. Tidak sampei 9 bulan kemudian, kesannya tanggal 28 Ogos 1883 telah berlaku volcanic eruption Mount Krakatoa diSelat Sunda Jawa, Indonesia. Disusuli dgn gempa bumi kuat dan gelombang tsunami hingga kehilangan melebehi 10,000 korban jiwa dan kerosakan harta benda. Peristiwa dan suasana malapekata dikala itu tidak banyak dapat dibuktikan secara photo dan filem, tetapi ada dicatitkan oleh Pegawai dari Penjajah Belanda ketika itu…

    Tanggal 8 Jun 2004 berlaku lagi Venus Transit. Tidak sampei 6 bulan kemudian dunia telah dikejutkan dgn satu peristiwa yg paling menggemparkan. Tanggal 26 Disember 2004, telah berlaku gempa bumi kuat dilaut persisiran Acheh, Indonesia, hingga berlakunya gelombang besar Tsunami paling trajis dlm Sejarah Moden. Melebehi 150,000 korban nyawa dan tidak sedikit kehilangan keluarga dan kerosakan harta benda. Hinggakan Banda Acheh bageikan Padang Jarak Padang Terkukor… Kekuatan gelombang Tsunami tersebut telah menular tempiasnya kePenang Malaysia, kePulau Puket Thailand, hingga keLautan Hindi, melanda keSri Langka dan laen2 negara lagi. (Yg melucukan ada pihak yg mengaku, dialah pelaku Tsunami tersebut)…

    Perlu diingat bumi “Mother Earth” kita ini bageikan roda yg sentiasa berpusing. Begitu juga planet2 diAlam Cosmic Semesta Raya itu sentiasa berputar mengikut orbitnya. Ada kalanya kehadiran planet2 luar biasa mengganggu putaran normal orbitnya. Tahun 2012 @ 6 Jun 2012 telah berlaku sekali lagi Venus Transit. The End-Time seperti as coded in the Mayan Calender 21 Dicember 2012 sudah dekat. Apakah perkara yg sama akan re-cylce, bisa berulang semula..?? Hari2 makan pengat, sendirilah mahu ingat. “Man Plans but God Laughs”…

    Allahu’alam Wasalam…

  9. kasut hitam says:

    dh abis raya pon…mane kiamatnye???

    bila kita mati…itulah kiamat…

  10. mohd khairuddin rashid says:

    Kiamat semua Allah yang tentukan bukan manusia, jadi jangan nak melebih :-)

  11. biarlah rahsia says:

    assalammualaikum,,ya allah. . knpa orang sekarang bnyk sngt crita psal hry pengakhiran. .mw sngt kh kiamat awal?sesungguh nya,kta tk tw bila hry itu akan muncul. . tk pyh d pkir sngt. . yg pnting sekarang kita hanya menunaikan pekara yang membawa kita ke jalan allah. . .assalammualaikum. .

  12. tiada ramalan kiamat dlm kitab injil…ternyata anda pembohong

  13. atiqah says:

    klau btol lah kamat akn jtoh pd trikh 21/12/12 iaittu esk.. mka mrila kte brsme brrdoa utk damponkn dsa buat kli trakhir..

  14. Yudi says:

    untk umat islam masalah kiamat tdak perlu kwatir karna kiamat ithu sudah ada yg
    Mengatur.ykni @llah swt

  15. sebagai umat islam kita tidak wajib mempercayainya jika kita mempercayainya kita termasuk orang orang yang musrik percaya apabila adanya kiamat tapi bukan manusia yang menentukan

  16. shazwani says:

    saya copy artikel anda. terima kasih banyak2 :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s