Hukum zakat fitrah

Ketika ini semua umat Islam sedang sibuk melakukan ibadat wajib puasa dan solat sunat tarawih pada bulan Ramadan. Selain kita bercakap mengenai berpuasa dan solat Tarawih, tidak lupa juga tentang kewajipan Zakat Fitrah. Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat dalam bentuk wang tunai ataupun beras yang bersamaan nilai mulai 1 Ramadan sehinggalah sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil yang dilantik ataupun di kaunter bayaran zakat yang disediakan

Penertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Pengeluaran Zakat adalah Rukun Islam ke Empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan. Barang sesiapa yakni Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Dalil Zakat Fitrah

Zakat fitrah dalilnya bersandarkan kepada Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada yang bermaksud:

“Rasulullah S.A.W. telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum (syair) ke atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan orang tua atau kanak-kanak yang terdiri daripada orang Islam.” (Riwayat Al-Bukhari)

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Kadar Zakat Fitrah

Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Majlia Agama Islam Negeri-Negeri masing-masing.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib; Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal; Sebelum sembahyang Hari Raya

3. Waktu Sunat; Sepanjang bulan Ramadhan

4. Waktu Makruh; Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. Waktu Haram; Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Niat Zakat Fitrah

“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala. ”

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

16 Responses to Hukum zakat fitrah

  1. salleh says:

    assalam. bgmana pula dgn lokasi utk byr zakat? pg raya dijangka di negeri lain, kerja di negeri lain, rumah di negeri lain..

    • saiful says:

      Salam,merujuk web zakat selngor..
      Zakat lbih baik dilakukn dimana kita mencari rezeki.
      Kirenye dirolling dlm kwsn/negeri itu jg.
      Betulkan jika saya salah.
      Terima kasih

  2. mohd abdul baseer says:

    i dont no is it right or wrong asking like this but i need help assalamualaikum how are you sir i want help from you i found your email i dont want to expand i will tell in simple way i am need of money as i am the whole responsible person for my family my mother is not well she had an operation and i have loans on my head i have done sister marriage also my father left us after my mom operation he has done second marriage we re not getting any money from him i am working but not earning inshallah working hard too but problems are coming and coming i never asked first time doing for my family please help me in the name of allah myself mohd abdul baseer if you want details you can call me +919700072307 allah knows what i am facing i dont want to say anything more ok bye sir allahafiz jaza-e-khair

  3. mohd says:

    asalamualikum, setiap tangungn sa orang bapa ke atas anak2 zakat fitrah ,samapi umur berapa kah anak2 itu di pertangun kan keatas bapa?

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Tuan Mohd,
      Wajib zakat jika seseorang itu, merdeka, Islam dan memiliki nisab harta yang lebih dari keperluan asasi wajib mengeluarkan zakat fitrah. Oleh yang demikian, bapa hendaklah mengeluarkan zakat bagi isteri dan anak-anak dibawah tanggungannya selagi mereka tidak memiliki harta dan kemampuan sendiri. Tetapi jika mereka ingin membayar zakat sendiri kerana mempunyai harta dan kemampuan, maka tidak menjadi kesalahan dan kewajipan zakat fitrah itu telah terangkat.

      Wasalam

  4. izzati says:

    assalamualaikum.. saya ingin bertanya, kalau mengikut ayat di atas, zakat Fitrah ini zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. maksudnye perempuan atau lelaki kalau mampu, perlu la bayar zakat ni kan. tapi ade yg berpendapat, kalau perempuan even dah bekerja tp tak berkahwin, ayahnye masih perlu bayar. dan apabila wanita itu dah berkahwin, suaminye pula perlu membayarnye. boleh tolong jelaskan? terima kasih

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Izzati,
      Bapa bertanggung-jawab terhadap hal ehwal anak perempuannya sehinggalah dia menyerahkan anak tersebut kepada suami anak itu, iaitu apabila si anak perempuan itu berumah-tangga. Selepas akad nikah, maka berakhirlah tanggung-jawab si bapa terhadap anak perempuannya, dan bermulalah tangguang-jawab suami anak perempuan itu. Tanggung-jawab ini termasuk memberikan pakaian, makanan dan tempat tinggal kepada anak perempuannya, walaupun anak perempuan itu sudah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan. Seperti mana dia bertanggung-jawab menjadi wali anak perempuan itu ketika dia berkahwin kelak.

      Oleh kerana tanggung-jawab ini kekal sehingga anak perempuannya berkahwin, maka menjadi tanggung-jawab si bapa untuk mengeluarkan zakat fitrah anak perempuannya. Dia tidak boleh tuntut anak perempuannya bayar zakat fitrahnya sendiri, kerana seperti mana dia bertanggung jawab membayar zakat fitrah isterinya, begitu juga wajib dia membayar zakat fitrah anak perempuannya.

      Zakat fitrah berbeza dengan zakat harta yang menjadi salah satu rukun Islam. Zakat harta tidak bergantung kepada akil baligh atau akad nikah. Selagi mana harta yang terkumpul melebihi nisah dan haul, wajib dikeluarkan zakat. Adapun zakat fitrah, tidak kira tua dan muda, kaya dan miskin, lelaki dan wanita, semuanya diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah yang sudah ditetapkan nilainya oleh Rasulullah s.a.w.

      Wasalam

  5. Bashir says:

    Salam,

    Saya kurang Jelas tentang “Waktu Wajib; Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.”Waktu Wajib; Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.” apakah maksud waktu wajib diatas?

    terimakasih utk masa anda.

    salam

  6. jalanakhirat says:

    waalaikumusalam

    Tuan Bashir,
    Setiap hari itu dikira bermulanya terbit matahari dan berakhir bila martahari terbenam, kerana setelah itu disebut malam pula.

    Bila terbenam matahari 30 Ramadhan diwajibkan membayar zakat fitrah, tapi jika dibayar sebelum itu adalah lebih baik, iaitu disunatkan. maksudnya disunatkan menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah itu sebelum terbenam matahari 30 Ramadhan.

    Jika telah terbit mata hari esuknya, ia itu masuk hari raya kedua hukumnya haram. tapi zakat fitrah tersebut maseh wajib perlu dibayar.

    wasalam.

  7. Kamal says:

    Disebabkan menangguh membayar zakat fitrah, saya akhirnya telah tidak berkesempatan membuat bayaran (sy tidah tahu sebelum ini yg zakat boleh dibayar sehingga matahari terbenam 1 syawal). Apa yg perlu saya buat? TQ

    • jalanakhirat says:

      Asalamalaikum

      Tuan Kamal,

      saya ulangi lagi mengenai waktu membayar zakat fitrah untuk pengetahuan kita bersama seperti di bawah ini;

      Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

      1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

      2. Waktu Wajib - iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

      3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.

      4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

      5. Waktu Haram - iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

      Berbalik kepada soalan tuan diatas mengenai perkara tersebut, kewajipan tuan untuk menunaikan zakat fitrah tersebut tidak lupus selagi tuan tidak menjelaskanya, kerana ia adalah satu kewajipan. Tuan perlu menunaikanya dengan segera dari sekarang. Selagi lama tuan menangguhkannya, selagi besarlah dosa yang tuan perlu tanggungi mengenainya.

      Wasalam

  8. farhana says:

    assalamualaikum…
    saya ada kurang faham dengan bayaran zakat ni..saya perempuan masih belum berkahwin dan bekerja di selangor..tetapi ayah saya tinggal di pulau pinang…saya sendiri perlu bayar atau ayah saya bayar mengikut kadar bayaran di pulau pinang?

    • jalanakhirat says:

      Waalaikumusalam

      Farhana,
      Jawapan ini saya copy paste daripada jawapan komentar saya di atas. Bapa Farhana perlu membayar zakat fitrah Farhana menurut kadar bayaran di Pulau Pinang.

      Bapa bertanggung-jawab terhadap hal ehwal anak perempuannya sehinggalah dia menyerahkan anak tersebut kepada suami anak itu, iaitu apabila si anak perempuan itu berumah-tangga. Selepas akad nikah, maka berakhirlah tanggung-jawab si bapa terhadap anak perempuannya, dan bermulalah tangguang-jawab suami anak perempuan itu. Tanggung-jawab ini termasuk memberikan pakaian, makanan dan tempat tinggal kepada anak perempuannya, walaupun anak perempuan itu sudah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan. Seperti mana dia bertanggung-jawab menjadi wali anak perempuan itu ketika dia berkahwin kelak.

      Oleh kerana tanggung-jawab ini kekal sehingga anak perempuannya berkahwin, maka menjadi tanggung-jawab si bapa untuk mengeluarkan zakat fitrah anak perempuannya. Dia tidak boleh tuntut anak perempuannya bayar zakat fitrahnya sendiri, kerana seperti mana dia bertanggung jawab membayar zakat fitrah isterinya, begitu juga wajib dia membayar zakat fitrah anak perempuannya.

      Zakat fitrah berbeza dengan zakat harta yang menjadi salah satu rukun Islam. Zakat harta tidak bergantung kepada akil baligh atau akad nikah. Selagi mana harta yang terkumpul melebihi nisah dan haul, wajib dikeluarkan zakat. Adapun zakat fitrah, tidak kira tua dan muda, kaya dan miskin, lelaki dan wanita, semuanya diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah yang sudah ditetapkan nilainya oleh Rasulullah s.a.w.

      Wasalam

      • farhana says:

        tapi apabila saya tanya dekat tempat pembayaran zakat, beliau beritahu yang saya perlu membayar sendiri.kerana sudah akil baligh.saya jadi lagi keliru.tapi saya sudah membuat bayaran zakat tersebut.macam mana pula ye?

  9. ana says:

    assalamualaikum ustaz. bolehkah zakat fitrah di bayar secara online menggunakan akaun bank? terimakasih

  10. jalanakhirat says:

    Waalaikumusalam

    Ana,

    Ada dua syarat yang disepakati ulamak yang wajib dipenuhi oleh pembayar zakat agar zakat yang dikeluarkannya sah;

    Pertama; Berniat di dalam hati ketika mengeluarkan zakat bahawa harta/wang yang dikeluarkan itu adalah zakat.

    Kedua; Memberi milik harta/wang zakat itu kepada orang yang berhak menerimanya secara lansung atau melalui wakil yang dipercayai dapat menyampaikan harta itu kepada orang yang berhak menerimanya. Maksud memberi milik ialah ia memisahkan harta itu dari pemilikannya dan menyerahkan harta itu untuk dimiliki oleh orang-orang yang berhak menerima zakat mengikut yang ditetapkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 60.

    Melihat kepada syarat-syarat di atas, tidak menjadi halangan untuk membayar zakat secara online (Internet banking) dengan syarat hendaklah dipastikan akaun penerima adalah milik orang yang layak menerima zakat atau milik wakil yang dipercayai dapat menyalurkan zakat kepada orang yang berhak menerimanya. Selain itu, hendaklah diniatkan zakat ketika pemindahan dilakukan.

    Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s