Perbezaan air mani dan mazi

Air mazi akan keluar terlebih dulu sebelum air mani. Air mazi akan mula keluar apabila seseorang lelaki itu merasa ghairah manakala air mani akan keluar apabila seseorang lelaki mencapai orgasm.

Warna air mazi adalah jernih manakala air mani pula putih kekuningan. Air mazi dirembeskan oleh kelenjar cowper. Ia adalah cecair jernih, melekit dan tidak mempunyai bau. Fungsi utama air mazi ialah sebagai cecair pelincir untuk membantu seseorang lelaki melakukan proses penetrasi.

Kebanyakan lelaki akan mengeluarkan air mazi apabila merasa ghairah. Namun, kuantitinya berbeza mengikut individu. Namun begitu, ada sebahagian kecil dari lelaki tidak mengeluarkan air mazi langsung .

Masalah tidak mengeluarkan air mazi bukan disebabkan oleh penyakit. Cuma kelenjar cowper tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan ia tidak berkaitan dengan penyakit serius atau akan membawa apa-apa kemudaratan.

Zakar boleh berfungsi seperti biasa dan penetrasi masih boleh dilakukan. Ini kerana ketika hubungan seks, pasangan wanita juga akan mengeluarkan cecair pelincir dari vagina. Ini akan membantu proses penetrasi.

Jika masalah tidak cukup lubrikasi terjadi, cecair pelincir yang boleh dibeli di farmasi seperti KY Jelly. Pastikan menggunakan pelincir yang larut air (water base) dan bukannya oil base.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Perbezaan air mani dan mazi

  1. aswaja club says:

    السلام عليكم…

    salam kenal ,link back bila berkenan…..http://www.benderaaswaja.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s