Hari Asyura (10 Muharam) – Peristiwa penting dan amalan sunatnya

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:

* Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

* Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.

* Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.

* Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.

* Allah menjadikan Siti Hawa.

* Allah menjadikan Syurga.

* Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.

* Taubat Nabi Adam diterima Allah.

* Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.

* Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja
Zamrud.

* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

* Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

* Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.

* Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.

* Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.

* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.

* Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:

* Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.

* Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.

* Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.

* Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.

* Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
* Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.

* Menziarahi orang sakit – Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.

* Bersedekah – Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.

* Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali–Doanya dimakbulkan Allah.

* Sunat bercelak mata – InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.

* Sunat menginai dan mengerat kuku.

* Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.

* Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar – Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.

* Memperkukuhkan silaturrahim – Insya Allah dipanjangkan usianya.

* Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

12 Responses to Hari Asyura (10 Muharam) – Peristiwa penting dan amalan sunatnya

  1. Muhammad Qayyum berkata:

    Assalamualaikum. Tuan punya blog, boleh saya sumber senarai di atas di ambil. Terima kasih. ^^,

  2. Magic Number 212 berkata:

    Mengenai 10 Muharam (Asyura) adalah:
    – Hari duka bagi Umat Islam Karena Hari tersebut adalah hari Syahidnya Abu Abdillah ( Imam Husain bin Ali bin Abi Tholib atau cucu dari Rosulullah). Sudah selayaknya bagi umat islam khususnya pencinta Ahlul Bait meninggalkan urusan dunia pada hari ini, tidak menyimpan harta dirumahnya, bersedih, menangis, melakukan aza’ (bela sungkawa) untuk Imam Husain as. Selayaknya pada hari Asyura membaca sejarah terbunuhnya imam Husain as dan memberiahukan kepada orang lain kesedihan beliau. Bahkan ketika Nabi Musa as diperintahkan untuk bertemu dengan nabi Khidir as untuk belajar, pertama kali yang beliau (Nabi Khidir as) sampaikan kepada nabi Musa as adalah musibah yang menimpa keluarga Suci Nabi Muhammad SAW dan keduanya (nabi Musa as dan nabi Khidir as) menangis tersedu-sedu.
    – Membaca Surat Al-Ikhlas pada hari Asyura mempunyai keutamaan yang sangat besar. Diriwayatkan bahwasannya Allah SWT memandang orang itu dengan pandangan penuh rahmat
    – Sudah selayaknya para pencinta keluarga suci Nabi Muhammad (ahlul bait) pada hari asyura tidak makan dan minum tapi tidak dengan niat puasa hingga asar kemudian berbuka dengan makanan yang biasa dimakan oleh orang yang tertimpa musibah seperti yoghurt, susu dan semacamnya, bukan jenis makanan yang enak. dan juga memakai pakaian yang bersih selayaknya orang yang tertimpa musibah.
    – Pada tanggal 9 dan 10 Muharam lebih baik tidak puasa, sebab bani Umayah pada dua hari ini melakukan puasa sebagai permusuhan dan rasa syukur atas terbunuhnya Imam Husain as. Mereka (bani Umayah) telah berbohong kepada Rasulullah SAW dengan membuat hadist-hadist palsu yang menjelaskan keutamaan dua hari ini (9 dan 10 Muharam)
    – Mengenai Tobatnya nabi Adam yang diterima oleh Allah SWT terjadi di bulan Zulhijah (bukan pada bulan Muharam)
    – Mengenai Yunus dari perut ikan terjadi di bulan Zulqaidah.
    – Mengenai berlayarnya bahtera Nuh As terjadi pada hari ke-10 bulan bulan Zulhijah.
    – Mengenai dibelahnya lau bagi Nabi Musa As terjadi pada bulan Rabi’ul Awal

    • MOH TOHIRIN berkata:

      ITU KOMENTAR KOK BERLAWANAN YANG DIATAS YA.PADA PUNYA DASAR APA TIDAK ITU,APA SANGGER NGOMONG.SADARLH TIAP KATA YANG TERUCAP DICATAT MALAIKAT.AWAS HATI2

    • Edoawdus kuffa berkata:

      Peristiwa karbala yg membunuh cucunda baginda Rasul merupakan peristiwa besar AL-HUSAIN di 10 Asyuro di-penggal lehernya stlh di tancap oleh 40 anak panah di dada suci Al-Husain, Subhanalloh. mereka yg membunuh adlh Yazid bn Muawiyah bin Abu Sufyan……BETUL ini hrs di-ketahui oleh Umat Islam ——> betapa sangat memilukan bagi umat Islam——-> Jangan di-kubur kronologi sejarah Rasulullah dg Ahlulbayit-x.

  3. hashim berkata:

    drpd syd muhd qautsullah dlm kitab al-jawahir–ssiapa yg mmbaca hasbunallahu wanikmal———– 70 kali……dan doa ini —-subhanallahi mil,ul miizan ———- pd hr asyura mk tidak dimatikan allah pd thn itu jk ajalnya pd thn itu mk dia tdk dberi taufiq utk mmbacanya

  4. syaiful berkata:

    assalammualaikum wbr… magic number 212, statement anda menyerupai penganut syiah… pulanglah ke jalan Allah swt….

  5. Mahera berkata:

    oooohhh,,ini majelis orang dungau toh? saling mencela,,dan sebagainya.. mari kita introspeksi diri masing2,, m

  6. ibnu arif berkata:

    Astagfirullahal ‘azhiim,,, mau beramal kok cuma kepleset di cacimaki…
    Model agamawan akhir zaman, ilmunya digunakan tuk memaki orang lain,,,

  7. Dya diana berkata:

    Islam adalah jalan keselamatan..Agama berarti tidak kacau.Benarkah kita telah beragama?Inikah Islam yang diajarkan Rosul SAW,Mari kita saling berjalan sesuai keyakinan kita,tak perlu saling mencaci dan mengkafir.Toleransi!!!,Afwan.

  8. Muhammad Sharif berkata:

    Nabi kita sendiri tidak mahu kita umat Islam berduka atas syahid nya cucuanda beliau sebab Nabi kita sudah mengetahui nya terlebih dahulu semasa cucuanda2 beliau masih kecil. Banyak sahabat2 Nabi yang lain pun syahid kerana memperjuangkan agama Islam yang suci.

  9. ahmad najdi berkata:

    jangan hanya 10 muharram fokoskan amalan sehingga hujung nyawa muhasabah setiap hari moga dapat hidayah berpanjangan

  10. Ruslan berkata:

    hari ini 10 muharram dan saya berpuasa karena saya Islam ahlusunnah wal jamaah bukan agama syiah

Tinggalkan Jawapan kepada MOH TOHIRIN Batal balasan