Jalan Akhirat

Mac 11, 2010

Gambar hukuman rejam sampai mati

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 11:02 pm



MOGADISHU – Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

“Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain,” kata seorang pekedai, Halima Osman.

“Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

“Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

“Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri,” tambahnya.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.

“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

“Saya tidak sanggup untuk melihatnya,” kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. – Agensi

6 Komen »

  1. salam….sepatutnya hukuman seperti ini patut dilaksanakan di atas negara yg berlandaskan unsur islam..supaya dapat menjadi teladan kepada muslim yg lain supaya mereka dapat menginsafi diri sendiri dan mengelakkan diri dari melakukan perbuatan zina..insyaAllah….setiap yg Allah tentukan itu ada hikmahnya…wassalam

    Komen oleh azian — Mei 28, 2010 @ 2:01 pm

  2. Kepada binatang pun kita tak sanggub bunuh sebagaimana hukum islam tentang hukum rejam sampai mati si panzina …

    Apakah Tuhan ini kejam .
    Apakah tidak ada hukuman lain untuk cara2 membunuh si panzina itu ???

    Komen oleh sayang — Jun 3, 2010 @ 1:37 pm

    • tuhan itu x kejam.manusialah yg kejam.tuhan yg menciptakn kta.dia lebih megetahui ats makluknya.hukuman akhirat lagi azab.apekah kamu takut melaksanakn hukum allah jika benar kamu beriman.

      Komen oleh ami — Jun 5, 2010 @ 8:35 pm

  3. Setahu saya kita tidak boleh melaksanakan hukum hudud dalam keadaan tidak bernegara. Maksudnya dalam kelompok2 kecil islam tanpa negara tidak boleh dilaksanakan hukum itu. Hanya setelah sah islam memerintah sebuah negara baru hudud wajib dilaksanakan. Sila rujuk kepada pakar.

    Komen oleh jaka — Julai 22, 2010 @ 10:05 pm

  4. Hukuman separti ini patut di laksanakan seperti malaysia tetapi mestilah mengikut prosedur hukum syariah yang bersumberkan hadis , al quran , ijmak ulamak , qias dan mahkamah mestilah mantap perundangannya . Selagi masyarakat dalam keadaan tidak aman dan damai , miskin , ekonomi tidak mantap. Masyarakat tidak di dedahkan dengan huhud menjadikan hukumam islam di ejek dan di rendahkan oleh masyarakat yang tidak faham islam,
    Wassalam

    Komen oleh Shaifuddin — Oktober 12, 2010 @ 9:54 am

    • Cara pendekatan dan perlaksanaan haruslah di teliti sehalusnya supaya masyarakat benar – benar takut , gerun dan berwaspada dengan perbuatan yang ditegah oleh syarak. Contohnya negara Arab Saudi peratus jenayah rogol, zina , bunuh amat kurang kerana masyarakat sedar akan hukuman
      Wassalam

      Komen oleh Shaifuddin — Oktober 12, 2010 @ 9:59 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Theme: Silver is the New Black. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 101 other followers