Ajaran sesat Kahar Ahmad



Ketua ajaran sesat “Rasul Melayu”, Abdul Kahar Ahmad pada hari ini meminta para pengikutnya yang terpengaruh dengan ajarannya supaya insaf dan bertaubat serta melupakan ajarannya itu secara mutlak.

Abdul Kahar sebelum itu telah mengaku salah ke atas lima pertuduhan pindaan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 pada 24 Sept lepas. Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 8 (a), 7 (1), 12 (c), 10 (b) dan 13 (1) enakmen itu memperuntukkan hukuman denda RM21,000 dan penjara maksimum 13 tahun serta sebatan.

Antara pertuduhan itu ialah Abdul Kahar telah mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam.

Dalam kenyataan bertulis beliau, Abdul Kahar mengakui kesalahannya dan insaf serta telah bertaubat dan berharap taubatnya itu diterima Allah. Beliau juga memohon maaf kepada semua orang Islam, pihak-pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Selangor, pihak polis dan pihak penjara di atas kesilapan yang dilakukannya.

Apa yang saya ingin nyatakan disini adalah permohonan peguam beliau, Zulkifli Che Long yang memohon hukuman ringan bagi anak guamnya itu di hadapan Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad. Peguam itu meminta anak guamnya dikecualikan daripada hukuman penjara dan sebat kerana Abdul Kahar kini berumur 59 tahun dan mempunyai masalah kesihatan iaitu asma dan lemah jantung.

Beliau merujuk Seksyen 97 dan Seksyen 129, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 yang menyebut bahawa kesihatan pesalah sebagai salah satu daripada perkara yang harus dipertimbangkan oleh Mahkamah apabila memutuskan sama ada melepaskan pesalah atas bon kelakuan baik. Peguam ini turut berhujah bahawa mengikut Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah, hukuman sebat tidak boleh dikenakan kepada orang yang tidak siuman, wanita dan lelaki berusia lebih 50 tahun kecuali di dalam kes rogol. Hujah lain yang meminta Rasul Kahar ini dikenakan hukuman ringan ialah kesalahan ajaran sesat Kahar adalah kesalahan kali pertama dan pengakuan bersalahnya patut diambil kira oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman kerana ia menjimatkan masa dan kos mahkamah serta saksi-saksi. Malahan peguam itu turut berhujah bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Kahar bukanlah melibatkan seluruh masyarakat tetapi sebahagian sahaja, iaitu sekitar 100 orang yang jadi pengikutnya atau nisbah 0.000005 peratus iaitu 100 orang berbanding 21 juta rakyat Malaysia.

Saya melihat walaupun boleh diringankan hukuman kepada Rasul Kahar ini, tetapi ia adalah tak relevan dan menzalimi hak umat islam di Malaysia ini. Kerana tindak-tanduk kesesatannya telah menyebabkan ramai Umat Islam difitnah dan agama islam itu dihina yang dikatakan orang bukan islam sebagai mempunyai ajaran sesat. Adakah kita rakyat Malaysia pernah mendengar ada ajaran sesat hindu mahupun budha? Tidak bukan. Jadi orang-orang seperti Rasul Kahar, dan juga rakan sekapal, Ayah Pin perlu dikenakan tindakan yang tegas. Tidaklah kira tua atau kesalahan pertama, kerana perbuatan jenayah rasul melayu ini telah memburukkan imej islam itu sendiri.

Dan pada masa yang sama bagi menyedarkan individu-individu islam di Malaysia agar tidak terlibat dan perkara sama. Sememangnya hukuman bagi murtad adalah hukuman bunuh sepertimana yang terdapat beberapa hadis yang didatangkan dari beberapa orang sahabat utama seperti Saidina Uthman Affan ra, Saidina Ali kw, ‘Aisyah, Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Abu Musa as-Sya’ary, Muadz bin Jabal, Anas Bin Malik, Abu Hurairah radhiyallahuanhum ajma’in. Antara hadis yang kuat dan popular berkenaan dengan hukuman Murtad ini ialah:

1. Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya” ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282)

2. Mafhumnya : …Inilah wahai Rasul seorang lelaki yang dahulunya Yahudi kemudian telah Islam dan kemudian telah kembali kafir (murtad) kepada agamanya yang buruk, Bersabda Nabi : Aku tidak akan duduk sehingga dibunuh, menurut hukuman Allah dan Rasulnya, Maka Muadz (mempersilakan Nabi utk duduk) berkata : Silakan duduk..Sabda Nabi : Aku tidak akan duduk sehinggalah ia dibunuh, hukuman Allah dan Rasulnya sebanyak 3 kali, maka diarahkannya untuk membunuh lelaki murtad tadi, lalu dibunuh…( Riwayat Bukhari bab hukuman murtad ( no 6923) ; Muslim ( no 4695) dan Abu Daud dalam kitab aqdhiyah dan Hudud(no. 4354); Riwayat An-Nasaie, Jld 7/104, dan lihat juga Tuhfatul Asyraf. Juga diriwayatkan oleh Imam Syafie Jld 2/280)

3. Dari Ikrimah ,Ia berkata: “Ali R.A pernah membawa beberapa orang yagn murtad,lalu semuanya dibakar.Maka setelah berita itu sampai ke Ibnu Abas ia berkata : “Kalau aku tidak akan membakarnya,kerana RasulALLAH pernah melarang iaitu bersabda : “janganlah kamu menyeksa seseorang seperti siksaan Allah”.Tetapi aku akan membunuhnya,kerana Rasul pernah bersabda “barangsiapa menukar agamanya (dari Islam ke agama lain) maka bunuhlah dia” .(HR Jamaah kecuali Muslim,dalam kitab Nailul Authar imam Syaukani)

4. Riwayat dari Muadz dan dianggap hasan oleh Hafiz Ibnu Hajar bahawa Nabi Muhamad SAW ketika mengutus Muadz ke Yaman beliau berpesan: “Setiap lelaki yang bertindak Murtad maka panggillah dia,bila ia menolak untuk kembali lagi kedalam Islam maka penggallah lehernya!begitulah pula setiap perempuan yang bertindak murtad maka panggillah dia,bila ia menolak untuk kembali ke dalam Islam maka penggallah lehernya”(Feqh Sunnah m/s 167 bab riddah)

5. Muadz Bin Jabal dan Abu Musa As-Sya’ari juga pernah melaksanakan hukuman bunuh di Yaman, terhadap seorang Yahudi yang Islam kemudian kafir kembali. Berkata Muadz setelah itu (Hukuman Allah Dan Rasulnya) – (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dan Ahmad; Sila lihat Nailul Authar bab hukuman tentang Murtad m/s 2695)

Justeru itu, saya melihat akan keseriusan gejala murtad yang memberi kesan kepada tercetusnya memerangi Islam dan mengajak orang Islam kepada kekufuran dan mereka ini dihukum bunuh. Tetapi, Islam itu adalah agama yang toleransi dan kasih saying. Tidaklah pelaku murtad itu terus dibunuh setelah sabit kesalahannya,tapi Islam menganjurkan mereka-mereka ini bertaubat dan tanggungjawab pihak berwajib memberi nasihat dan penerangan kepada perlaku-perlaku ini.

Menurut sebahagian Ulama kesempatan yang diberikan kepada orang yang murtad untuk menghilangkan keraguannya dan kembali ke dalam Islam adalah selama 3 hari.Akan tetapi ada sebahagian ulama lain ada yang tidak sependapat dengan pendapat tadi.Sebahagian ulama mengatakan bahawa orang yang murtad hanya diberi penjelasan dan pandangan secara berulang-berulang sehingga dapat diperkirakan dengan mantap,apakah ia tetap murtad atau kembali kepada Islam.Bila ia tetap murtad maka ia dijatuhi hukuman Bunuh.(sila lihat feqh sunnah m/s 169)

Pendapat ulama yang mengatakan bahawa 3 hari ialah kerana mereka bersandar kepada Qaulu Sahabi iaitu saidina Umar Al-khatab “Dan dari Muhammad Bin Abdullah bin Abdullah al-Qari dia berkata : “ ada seorang laki-laki dari tawanan Abu Musa,lalu Umar betanya kepada Abu Musa tentang (pendapat) orang banyak (sahabat lain),kemudian Abu Musa memberitahukannya.Kemudian Umar betanya lagi “ ada apa berita baru?Abu Musa menjawab “Ya ada iaitu berita seorang lelaki yang kufur setelah masuk islam,Umar betanya “Lalu apa yang kamu perbuat terhadap dia?Abu Musa menjawab “Kutarik dua kupukul lehernya,Umar berkata “mengapa engkau tidak tahan saha dia selama tiga hari dan kamu memberi makan setiap hari dengan sepotong roti,lalu kamu suruh dia supaya taubat,barangkali dia mahu taubat dan mahu menarik kemabali urusan Allah itu.Demi Allah sesungguhnya aku tidak akan hadir dan tidak rela,” kerana begitulah yang telah sampai kepadaku. (HR Syafie sila lihat Nailul Authar m/s 2696 juga sila lihat dalam feqh sunnah m/s 169)

Manakala bagi ulama yang berpegang pada pendapat kedua ialah mereka berpegang pada tindakan Muadz .Ketika Muadz datang ke Yaman dan bertemu dengan Abu Musa Al-Asyari.Disebelah Abu Musa ada seorang lelaki yang terikat.Muadz bertanya “ada apa ini?” Jawab Abu Musa “ lelaki ini asal yahudi lalu ia masuk Islam dan kembali kepada Agama Asalnya iaitu Yahudi. Lelaki yahudi tersebut telah dinasihati untuk bertaubat selama 20 malam atau hamper 20 malam sebelum Muadz datang. Kemudian Kata Muadz “aku tidak mahu duduk selagi ia tidak dibunuh”Bunuh itu adalah keputusan RasulALLAH!Muadz mengulangnya sebanyak 3 kali maka dibunuh lelaki tersebut. (sila lihat feqh sunnah m/s 170)

Walaubagaimanapun, Ulama’ ittifaq (sepakat) bahawa jenayah riddah akan gugur (hukumannya) sekiranya si Murtad bertaubat (bagi mereka yang tidak muharabah). Ini adalah kerana maksud istitab adalah mengembalikannya kepada Islam. (al-Mabsut As-Sarakahsi; Fathul Qadir Ibn Humam ;Bidayatul Mujtahid Ibn Rusd ; Al-Mughni al-muhtaj Khatib Syarbini; al-Mughni Ibn Quddamah). Jadi ikut pendapat ulama’ kini, jenayah murtad hanyalah cukup sekadar bertaubat semata-mata. Bagi saya. Hukuman keras perlu dikenakan kepada Kahar ini. Dia dan pengikutnya telah mendatangkan persepsi jahat terhadap agama islam. Justeru itu, tindakan peguam merayu meringankan hukuman rasul melayu ini jelas membelakangkan prinsip pencegahan dan menyebabkan para murtad di luar sana untuk ‘cuba-cuba’ melakukan amal kesesatan. Walauapapun, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Ajaran sesat Kahar Ahmad

  1. Muhadah. says:

    Pergilah nasihatkan orang-orang yang dah sesat tu. Pulihkan akidah mereka. Jangan pula dijadikan bahan cemuhan dalam lagu! #%&@BesartaikAmadFitriYahya jugak!

  2. Banjoe says:

    … BUNG KHAHAR RASUL MELAYU …???

    Wah… betapa hebatnya Sang Rasul Melayu, Bung Abdul Kahar Ahmad itu. Khabarnya apakah benar tatakala serbuan oleh Penguasa Agama dan polisi Malaysia itu, Bung Kahar sedang enakan makan juadah hidangan dibulan puasa disiang hari? Kalo orang itu mengaku dia seorang Rasul, makanya bermakna dia juga seorang Nabi. Kerana Kerasulan itu satu wajah dgn Kenabian. Pastinya Bung Khahar telah banyak mendapat wahyu, koq..?? Sedangkan apa yg Kanjeng Rasul SAW Sabdakan : “Selepas aku tiada lagi itu Nabi….” Agaknya inilah yg dinamakan Fitnah Akhir Zaman. Manusia nggak bisa lagi dapat membedakan antara intan dgn kaca. Kalo keegoaan keakuan telah menguasai diri, manusia nggak bisa lagi memelihara kesucian agamanya.

    Orang2 Yahudi nggak ada yg mengaku dia itu Nabi baru ato Rasul baru bagi bangsa Yahudi. Kepercayaan dan harapan mereka hanya kepada Nabi mereka Musa AS, kerana mereka yakin beliau itulah Messiah bagi bangsa Yahudi yg akan menjanjikan “The Promised Land”. Begitu juga orang2 Kristian nggak ada yg ngaku dia itu Nabi baru dan Rasul baru bagi Bani Nasrani, kerana mereka yakin Nabi Isa AS itulah satu2nya “Messiah The Savior” penyelamat bagi mereka itu.

    Tetapi sayangnya Ummat Muhammad SAW telah ramai yg oppressive, telah ramai yg mengaku begitu begini… Nah sekarang bangsa Melayu telah bangkit bikin pengakuan yg meribotkan, udah nggak ada rasa malu, mudahnya mengaku dirinya itu sebagai Rasul Melayu. Hinggakan Doktrin Rasul Melayu telah disebarkan melalui internet. Apakah motif Bung Khahar itu? Apakah pengakuan Bung Khahar itu hanya mahukan populariti dan sanjungan? Wallahu’alam…

    Setelah tertangkapnya itu Bung Khahar lalu didengarkan tudohan2 terhadapnya dan hukaman2 yg akan dijatuhkan terhadap kesalahannya itu, maka barulah datangnya itu seribu serba satu sesalan. Denda uwang seberapa banyak sekali pun bisa dibayari. Hukuman penjara berapa lama sekali itu pun bisa dilalui. Tetapi jika hukuman dicebok dgn cemeti…… koq itulah yg Bung Khahar amat geruni. Pasti sekali Bung Khahar meraung menjerit kesakitan terkencing2. Kesan parutan cebokannya itu pastinya akan dikenang Bung Khahar hingga keakhir hayatnya.

    Seluruh Dunia Islam mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah Khatamul Anbia – Obor Penutup Segala Kenabian. Maksodnya Doktrin Syariat Muhammad dan Hakeqat Muhammad itu telah lengkap lagi sempurna pada zaman Nabi Muhammad SAW, seperti apa yg termaktub dlm Kitab Suci Al-Quran Al-Karim itu. Fahamnya setelah lengkapnya Agama Samawi dari Allah SWT yg bernama Islam itu, nggak akan ada lagi itu Nabi yg akan membawa agama baru. Fahamnya Baginda SAW itu adalah Nabi Terakhir, Nabi Akhir Zaman. Namun ilmu Kewalian itu akan berterusan. Maka ilmu dan alam Kewalian itu pastinya akan diterajui pula oleh Imam Mahdi Nasab Ahlul Bait yg dinamakan Khalifah Akhir Zaman.

    Maka bagi Risalah Kenabian dan Kerasulan itu pula akan berpanjangan, disampaikan pula oleh Warisatul Anbia, yaitu wakil2 Nabi sebagai penyambung warisan keilmuan itu, yg berbagai cabang2nya itu. Apakah ketulenan ajaran2 Kanjeng Rasul SAW itu maseh terpelira, ato telah diselewengkan ditelan zaman, ato telah dicemari oleh pengaruh2 Dajjal Al-Masikh….????

    Wallahu’alam….

  3. kaharjr says:

    When a man say;
    I am a messenger….

    They say;
    It’s a wonder…
    He’s in wander…
    He’s a liar…
    He’s a forger…
    He’s a foreteller….
    He is giler…
    He wants to conquer…
    He is slumber…
    He is blur…
    He wants glamour…
    He’s drunks on beer..
    I want him murder…
    Give him to the tiger…
    Jailed him forever…
    And many other….
    And nevertheless
    Never!!!….

  4. kaharjr says:

    Matter about a ‘Rasul’ is WHOSE BUSINESS?

    IS IT GOD’S BUSINESS?
    @
    MALAYSIAN’S GOVERNMENT OR ANY STATE GOVERNMENT BUSINESS (URUSAN SERI PADUKA BAGINDA)?

    Can anyone claimed the matter as – ‘MY BUSINESS!’, beside GOD HIMSELF?

  5. kaharjr says:

    There are thousands accusations of CRAZY from thousands of men on rasul melayu above (My father), and is still on going. (All over internet and all over the nation)

    Then why is he in prison?

    A confirmation for temporary prison already can almost make you crazy, BUT
    A confirmation for eternal prison, Hell will surely make you crazy.

    Even to send a man for a life sentence of prison require almost 100% proven facts and acts,

    Well to send a man for eternal sentence in Hell surely require perfect 100% proven facts and acts.

    There’s possibility of innocent man being prison in this world (example – Yusof), but would there be any innocent man held in Hell, in the Hereafter?

    ‘Nun. By the pen and whatever they record, you, by your Lord’s favor, are no madman! You will receive payment which will never be withheld. You have been [formed] with tremendous character, so you will observe even as they observe, which of you is mad’. (The Koran, The Pen, 1 – 6)

    MAKA KELAK KAMU AKAN MELIHAT DAN MEREKA PUN AKAN MELIHAT, SIAPA DI ANTARA KAMU YANG GILA.’ (Al Quran, Al Qalam : 5 – 6)

  6. Czar Soujiro says:

    aku penah jumpe haji kat penjara…dia ok jew… “tidakkah pernah datang kepada kamu seorang rasul dikalangan kamu menyampaikan seruanku” nie yang dia tanye aku…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s