Perjalanan Sufi


Latarbelakang

Seorang Sufi biasanya dia tidak mengaku dirinya Sufi. Yang pasti , seseorang yang tidak dibimbing oleh seorang atau lebih Nabi a.s tidak selayaknya menganggap dirinya Sufi. Terkadang , mereka yang sampai ke maqam yang tiada maqam pun hanya mengaku dirinya salik (pemula jalan kesufian). Mereka yang dibimbing sampai ke maqam yang tiada maqam tentunya diajari oleh Allah s.w.t sendiri.

Perjalanan Hidup Ahli Sufi

Selalunya mereka akan melalui inisiasi (initiation) contohnya pada awal perjalanan mereka akan bermimpi musyafahah ( bersalam) dengan ummahatul mukminin Saidatina Aisyah ( dalam kes Sh. Abdul Qadir Jilani rah. beliau bermimpi menyusu ( sebagai seorang bayi) dengan Saidatina Aishah r.anha) . Dalam perjalanan peningkatan maqam , mereka akan dihadiahkan khirqah atau jubah oleh guru mursyid mereka – dalam kes Sh. Al-Busiri ( pengarang Selawat Burdah) beliau bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w langsung diberi hadiah sehelai burdah kepadanya. Mereka diajari oleh Allah s.w.t untuk mengamalkan zikir dan wirid berdasarkan pemerhatian (pembukaan) yang telah ditunjuki oleh Allah s.w.t , contohnya mereka akan melihat jasad mereka yang sedang sakaratul maut memberi salam “ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ilayaumilkiyamah” ( kaki kanan beri salam kepada kaki kiri , tangan kanan memberi salam kepada tangan kiri dan seterusnya) – maka , mereka pun menggunakan salam ini kepada orang-orang yang dikasihi mereka.

Allah s.w.t akan memberi nama rahsia kepada mereka sebab nama yang diberikan oleh ibubapa mereka tidak menepati kehendak Allah s.w.t atau mungkin Allah sengaja ingin merahsiakan nama mereka dikalangan manusia sendiri. Ini dibuktikan dengan pelbagai riwayat dimana nama para anbiya’ termasuk nama Rasulullah s.a.w sendiri diberi oleh Allah s.w.t melalui mimpi . Dikalangan sahabat nama Saidina Ali kar. juga diberi oleh Allah s.w.t kepada ibunya melalui mimpi. Dalam perjalanan hidupnya mereka akan mengalami mikraj – seperti Nabi s.a.w sebab perkara ini adalah sunnah . Ada beberapa mod mikraj : satu mikraj dalam mimpi , satu lagi ketika melaksanakan solat (selalunya akan berada di Sidratul Muntaha ) dan satu lagi ketika melakukan zikir atau dalam keadaan pengsan sebab rindu-dendam kepada Allah s.w.t ( selalunya ke bawah Arsy ). Isra’ pula selalunya dilaksanakan ketika solat juga iaitu menghantar roh memasuki Kaabah .

Seseorang ahli Sufi itu akan mencapai haqqul yakin sebab Allah s.w.t memberi peluang untuk dia melihat surga, neraka , Sidratul Muntaha ( dan melihat penempatannya di situ) titian syirat dan lain-lain. Sebahagian besar menyingkapan ini berlaku ketika ahli Sufi ini melakukan zikir atau puji-pujian kepada Allah atau ketika membaca Selawat , samada diiringi oleh para malaikat , dibawa oleh Nabi s.a.w atau para sahabat baginda dan para wali qutub. Dia akan dibimbing oleh gurunya untuk melaksanakan solat daim ( sentiasa membawa zikir ) dan duduk dalam keadaan sentiasa fana’ atau lebih tinggi lagi fana’ baqa’ billah. Dia tahu kedudukan menginati Allah s.w.t diwaktu pagi dan diwaktu petang sebab dia dapat meletakkan kepentingan itu untuk melihat wajah Allah (masimum dua kali dalam sehari ) disruga nanti. Dia dapat menyelami keadaan mengapa jika kita buat satu bulatan ( contohnya ketika bertahlil atau membaca Yasin) tidak dibenarkan seseorang duduk di dalam bulatan itu- apa yang ada di tengah bulatan itu dapat dilihatnya.

Keadaan ( atau hal ) seorang Sufi

Seseorang ahli Sufi dapat membuktikan apa yang orang awam selalu ditanya dan tidak dapat menjawab : apa buktinya Fatihah itu Ummul Kitab? Dengan membaca Fatihah kepada seseorang Nabi a.s atau malaikat , Nabi a.s atau malaikat itu terus hadir dihadapannya –itulah pembuktiannya. Hal atau keadaan seorang Sufi sentiasa menuju kea rah insanul kamil (atau nafsu kamaliyah). Jika dia berada lama dalam hal ini , diharus turun balik ke nafsu mutmainnah kerana menjadi tugasnya untuk bercampur dengan manusia dan menyebarkan misinya untuk membawa manusia mengenal Allah s.w.t. Dia membawa nubuwwah dalam wilayah , kerana wilayah itu lebih am (general) dari nubuwwah. Dia rapat dengan al-Quran dan memahami hakikat al-Quran dalam dirinya – itu sebabnya akalnya bernama aqal Qur’ani ( ini terbukti mengikuti sunnah sebab Nabi Muhammad s.a.w sendiri dihuraikan oleh Saidatina Aisyah r.a sebagai Quran berjalan) . Antara hal-hal yang pelik berlaku ialah Quran turun dari langit terus masuk ke kepala dan dadanya ( dua peristiwa yang berbeza) selalu pada suatu malam Jumaat atau ketika waktu khutbah Jumaat . Dengan prasyarat (dalam bentuk tajalli ini) ini dia akan dapat memahami makna batin al-Quran (selain daripada makna zahir yang boleh dipelajari dari tulisan para Imam –imam mufassirin yang terkenal seperti Ibn Kathir , al-Qurtubi dll) , had dan mathla’nya. 4 dimensi al-Quran ini pula melambangkan pendedahan tentang rahsia alam nasut (makna zahir) , alam malakut (makna batin) , alam jabarut ( hadd) dan alam lahut ( mathla’). Dalam makam-makam dan waktu tertentu ahli Sufi ini akan diajari oleh salah seorang dari 25 nabi-nabi a.s . Itu sebabnya Ibn Arabi menulis kitab Fusus al-Hikam untuk menerangkan dan menghuraikan hikmah-hikmah para anbiya’ tersebut untuk ahli Sufi akan datang kerana hikmah mengatasi ilmu pengetahuan manusiawi. Dia dapat dengan inayah Allah s.w.t mengosongkan jiwanya untuk menerima hikmah ini kerana ilmu kenabian dan wilayah adalah ilmu yang tidak berdasarkan akal melainkan diganti oleh Allah s.w.t dengan akal Qur’ani , bukan akal biasa yang berfikir mengikut hukum fizik ( sebab musabab).

Diantara bukti atau tanda kenaikan maqam seseorang ahli Sufi ialah penerimaan khirqah (jubah) atau mungkin burdah (serban atau kain penutup kepala) . Ini selalunya diterima atau disampaikan oleh gurunya daripada orang lain . Dengan memakainya dia akan dapat bertabarruk dan dapat mengalami hal (keadaan) orang yang pernah memakainya – contohnya dapat melihat cahaya Dzat Allah s.w.t seperti yang dialami Nabi Musa a.s . Penyingkapan lain antaranya ialah mengalami dan menyelami zaman.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Perjalanan Sufi

  1. babajahangir says:

    http://www.babajahangir.com
    Philophical Essence
    Know Thyself, that is the most celebrated philosophical essence of human race. Man, whose comprehension has expanded from the minuscule atomic world to the collossum deatils of the galactic bodies and who has exerted great influence upon nature through the mastering of engineering is now facing the more important question of how much had we really learnt about our own self or how much self-control we could exert upon ourselves. In answering this we come close to Sufism which is an applied philosophy in the way to realize and communicate with the core driving force of our very existence.
    Man is made by God in the style of all the other living things making him a slave to his own instinct and tendency. However, he has not also been spared with the potential of overcoming this trend and tendency. He has been blessed with the power to win the incompliable hurdles of our nature. More often than not, we are misled by the tricky six senses playing within us. We have inside us the unbreakable link between fear and inertia. Sufism holds in our hand and takes us away free from the fruitless burden of these senses, namely, sex, pride and fear. It then allows us to settle down with the pure soul living dormant deep down in our heart.
    God exists in every soul that he has laid down to roam upon the earth. Man can attain the humane fullfilment by awakening the omnipotent Master in himself through focusing upon and purifying one’s soul. Because Creator is only the other name of that absolute soul.
    As goes in the Hadith-e-Kudsi: I was always there hiding from your eyes, I desired to express myself and I created All and expressed myself. Creator expresses himself through his Creation. We can find him in the non-living things in the qualitative form and in human beings as the living soul. He who has been successful in waking up that dormant soul is considered an `Olee’ i.e. a friend of God. What he says and what does becomes the saying and the doing of God. He is the possesor of all his attributes. We are advised merely to follow him. Because He is the one who has been trully blessed.
    To ensure this self-purification and self-awakening we need an effective Guru or Murshid or Peer and attain self-knowledge, self-purification and self-satisfaction through sitting for a Morakaba or Meditation under his able guidance. The Prophet himself set an example before us by doing the same for fifteen years at the Cave of Hera.
    Sufism is an effective philsophy. It leads us to a peaceful and pragmatic life on this very dusty earth.

  2. ..apa pun zaman yg ditempuh….keagongan pasti muncul

  3. Setiap haiwan yang bernama manusia, thingking animal, beragama Islam, mesti “mempunyai tarikat, guru mursyid, yang mengajar dan menterjemahkan “pengembaraan rohani”, bisa mentafsir mimpi,-yang anehhnya, kini zaman akhir zaman, ramai ulama-ulama dunggu yang mempunyai master, sarjana, dalam pelbagai disiplin agama, “menolak tarikat”, malah ada yang berani mengeluarkan “fatwa ” tarikat, menyesat dan disesatkan, lalu “apa yang ingin kita katakan” tentang suffisme ?
    Disebabkan kita hidup diakhiir zaman, banyak rahsia allah yang tidak kita ketahui, seumpanya, rukun Islam, ada lima, rukun iman ada enam, rukun “ihsan”, ada berapa, tidak banyak orang Islam tahu, sedangkan Jibrarail sewaktu bertemu Nabi Muhammad s.a.w ada mengajar tentang Islam, Iman dan Ihsan. anehnya kenapa rukun ihsan tidak dibicarakan, malah ramai ulama-ulama hari ini tidak mengetahui dan tidak dapat menjawab, apabila ditanya, rukun ihsan ada berapa ? Kenapa keadaan ini berlaku?

  4. Dalam kitab mengenal Tuhan yang bernama Allah dalam ubudiah dan minta tolong digarap Ustaz Haji Ahmad Chedin, dikenali dengan nama Mat Janggur, menetap di Kg selama, Perak, Guru Abjad,dalam muka surat 39, beliau menulis, Pengertian Rabitah mengikut ahlihaq(Orang yang sentiasa mengambil allah jadi wali dalam ubudiah dan minta tolong Maksudnya : Tambat, ikat,hubung kait, mesra kasih sayang yang jitu yang dibenam dan dipacak kukuh lagi teguh dalam lubukhati hati seorang murid terhadap gurunya seorang ulama ahlihaq atau orang-orang soleh yang benar dalam ilmu amalnya atau Nabi-nabi dan rasul-rasul alaihimussolawatu samaada masih hidup atau sudah mati yang menjadi pembimbingnya,murshidnya dan murrabinya serta terukir rupa sheiknya itu dalam ingatannya sehingga terpancar keluar cahaya keagungannya, kebesaran,kemuliaan,iman dan taat sheiknya pada dirinya dan seluruh ingatan dalam hidup dan kehidupannya

  5. For unmarried utilize, you may pick buying the coffee maker which will pour coffee any
    cup at the time, even though keeping the coffee maker
    stuffed with coffee, and also retaining the freshness up until the very previous cup.

    I would try to be very amazed provided you could discover this particular Western fold Easy –
    Drip 10-mug coffee maker for deal anywhere, however you may be competent discover the used definitely one using the internet, possibly in craigslist, e –
    Bay, or perhaps Bid – Cactus.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s